Bukan mudah untuk menjadi seorang personaliti popular di medan mainstream atau alam maya. Segala tindak-tanduk akan diperhatikan dan menerima analisa head-to-toe daripada netizen serta pengikut.
Dalam hal yang berlaku kepada si cantik, Sharifah Rose, kepalanya tanpa mengenakan hijab yang menjadi isu kelmarin.
Selepas fotonya bersama rakan-rakan yang sedang bercuti di Phuket tersebar, ramai yang bertalu-talu mengecam Rose sehingga dia perlu memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar pada hari kejadian.
Maklumlah, Rose merupakan personaliti berhijab yang mempunyai jumlah followers yang ramai terutamanya di kalangan hijabi remaja.
Katanya menerusi sebuah posting di Twitter semalam, dia merasakan perlu untuk memberikan penjelasan.
“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana membuat kamu terkilan dan kecewa.
“Walaupun tiada alasan untuk apa yang telah saya lakukan, saya masih ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan insiden ini.
Ads
“Saya ke Phuket dengan kawan rapat dan ibu bapa saya tahu serta telah memberikan izin. Saya tidak cuba menyembunyikan atau berbohong kepada ibu bapa saya tentang keberadaan saya.
Berkenaan dengan gambar yang tersebar dan dimuat naik di media sosial, Rose berkata screenshot tersebut diambil daripada Instagram Story salah seorang rakannya.
“Dalam screenshot itu, saya dilihat tidak mengenakan hijab. Biar saya jelaskan, saya ke pantai dan seperti yang kamu lihat, saya berpakaian sesuai.
“Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menyembunyikan rambut. Topi tersebut basah dan saya membukanya untuk membiarkannya kering sebentar.
Ads
“Sepanjang 10 minit semasa saya membuka topi, saya tidak sedar IG Story saya telah diambil.
“Ia adalah 10 minit paling bodoh dalam hidup saya dan kini saya sedar apa saja boleh berlaku dalam tempoh 10 minit itu.”
Ads
“Ia adalah satu kesalahan dan saya belajar daripadanya. Terima kasih kepada mereka yang berhubung dengan saya untuk memberikan nasihat dan. I hope we can move past this,” tulisnya panjang lebar.
Rose turut meminta netizen agar memadamkan fotonya tanpa hijab tersebut sama ada ia telah di-tweet atau retweet kerana dirinya telah belajar daripada kesilapan ini.
Sebelum kita berterusan mengecam Rose, lebih baik sekiranya kita fikirkan diri sendiri dahulu dan sama ada kita ini kalis daripada kekhilafan. Betul tak?
Ini bukanlah insiden personaliti berhijab dilihat menanggalkan hijabnya dengan sengaja atau tidak sengaja.
Bagus betul inisiatif ini dalam usaha mengimarahkan lagi masjid…
Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.
Terbaharu, masjid ini sekali lagi menawarkan ganjaran yang lebih menarik iaitu berupa hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.
Tetapi ada syaratnya, iaitu jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak turut hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh 40 hari tersebut.
Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Amzah Osman berkata program berkenaan adalah lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia sebelum ini.
Kini ia diperluaskan bagi melihat ahli-ahli kariah masjid dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.
Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.
“Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi,” katanya.
Seronoknya, penduduk di kawasan sekitar Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini dan tempahan janji temu vaksinasi tersebut telah pun dibuka secara berperingkat sejak 31 Jan lalu.
Pengambilan vaksin ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat.
Namun, bagi mengelakkan pembaziran vaksin yang perlu digunakan sebelum enam bulan ia dikeluarkan, tarikh tamat harus ditetapkan. Program Vaksinasi COVID-19 kepada Kanak-kanak (PICKids) akhirnya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi beroperasi atas sebab pembaziran mulai 16 May 2022.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali menyatakan bahawa tarikh ini sudahpun ditetapkan oleh Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak(CITF-C) kerana jumlah kanak-kanak yang mengambil vaksin tidak ramai.
Bagi mengelakkan pembaziran vaksin yang perlu digunakan sebelum enam bulan ia dikeluarkan, tarikh tamat harus ditetapkan.
Bawa Anak-anak Sebelum 15 Mei
Jadi, Ibu bapa disarankan membawa anak-anak mereka berumur lima tahun ke 12 tahun untuk divaksinasi boleh pergi ke PICKids sebelum 15 May.
Sumber: Twitter
“Selepas tarikh ini, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala bagi vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta.
“Bagaimanapun, keputusan ini tidak membabitkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia lima tahun 15 Mei 2022,” katanya
Tambahan lagi, CITF-C bersetuju untuk membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 untuk Kanak-kanak bawah 18 tahun.
Borang yang sudah diubah tidak akan ada lagi klausa ‘Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya”.
Jadi apa tunggu lagi pergi bawa adik atau anak sedara korang cepat-cepat sementara tengah percuma ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau korang yang lahir tahun 90-an pasti membesar dengan saluran NTV7 ni. Sebagaimana kita tahu, NTV7 merupakan merupakan salah sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Melayu, Inggeris, Korea dan Mandarin.
23 tahun beroperasi, akhirnya saluran TV ini mengundurkan diri bagi memberi laluan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM pada Khamis ini.
Sementara itu, pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa sedih dilaman facebook miliknya. Menurut beliau, saluran NTV7 merupakan titik permulaan kerjayanya sebagai seorang pengacara.
”Selamat tinggal ntv7 Malaysia.. saya memulakan perjalanan karier tv di sini.. mengacara pelancaran ntv7 pada 7 April 1998 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman..” tulisnya.
Sumber Gambar : Youtube
Untuk pengetahuan semua, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.
Nantikan DidikTV, sebuah program pendidikan maya melangkaui bilik darjah untuk semua peringkat persekolahan.