Satu inisiatif baik telah dilakukan oleh Masjid Nur As-Sa’adah Kampung Pengkalan Batu, Melaka apabila pihak masjid akan menghadiahkan basikal kepada kanak-kanak yang menunaikan solat berjemaah selama 40 hari di masjid itu.
Menurut laporan BERNAMA, inisiatif berkenaan telah dijalankan sejak awal bulan ini bertujuan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada kanak-kanak sebagai usaha melahirkan generasi berakhlak serta berdisplin.
Pengerusi masjid Datuk Amzah Osman berkata program ini bertujuan menjadikan tempat ibadah ini mesra kanak-kanak, sekali gus mengimarahkannya. Mereka seronok melihat perkembangan positif di masjid tersebut.
Pada hari persekolahan, ramai kanak-kanak hadir ke masjid lengkap berpakaian sekolah untuk menunaikan solat Subuh dan setiap seorang diberikan kad yang akan dicop sebagai tanda hadir solat berjemaah.
Jelasnya program itu melibatkan kos sekitar RM20,000 dan sejak dilaksanakan kehadiran generasi muda di masjid dilihat semakin bertambah terutamanya pada hujung minggu bagi mengikuti tazkirah, kelas pengajian agama dan ceramah.
Ads
Mengulas lanjut, Amzah berkata, program itu tidak membabitkan penggunaan wang tabung masjid, sebaliknya sumbangan rakan, ahli keluarga dan orang ramai.
Inisiatif ini juga turut mendapat sokongan orang ramai yang menyifatkan ia adalah satu usaha yang baik bagi menarik anak muda melakukan solat berjemaah di masjid.
Ads
Ads
Tahniah diucapkan kepada pihak Masjid Nur As-Sa’adah Kampung Pengkalan Batu, semoga lebih ramai golongan muda kembali mengimarahkan solat jemaah di masjid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai mengunakan perkhidmatan ‘delivery’ dan kurier untuk membeli barang secara ‘online’.
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar pusat operasi J&T dimana penerima barang di kawasan ‘Red Zone’ tidak akan menerima pesanan mereka. Hal ini disebabkan J&T tidak menghantar pesanan di beberapa “Red Zone” mengikut poskod.
— Adila Anak Buah MakCik Kiah #StayAtHome (@adilafarhanaali) April 4, 2020
Sila semak alamat poskod seperti berikut. Jika anda berada atau tinggal di kawasan berdekatan, ambil perhatian!
Terkini, maklumat yang tular tidak sepenuhnya tepat kerana J&T Express masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah, tapi akan berlaku kelewatan daripada biasa.
Bagi mengelak salah faham dan kekliruan, J&T Express mengeluarkan satu posting di Facebook. Baca kenyataan penuh di bawah:
Sebenarnya, bukannya J&T ni tak hantar ke kawasan ‘Red Zone’ cuma berlaku kelewatan daripada biasa. Namun mereka masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah.
Ish…tu la netizen, semua benda nak viralkan walaupun tak tahu sahih atau tidak. So korang tak perlu la risau kalau barang korang tak sampai lagi tu k.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang biasa menunaikan ibadah umrah sebelum ini, tentu tahu antara syarat wajib yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi, mana-mana gadis atau wanita bujang perlu membawa mahram bersama ketika menunaikan ibadah umrah.
Namun kalau usia wanita sudah mencapai 45 tahun atau lebih, mereka tidak memerlukan mahram lagi sebaliknya boleh melakukan ibadah ini dengan mengikut mana-mana agensi pelancongan bertauliah.
Bagi gadis atau wanita yang mempunyai mahram tentu tidak sukar membawa sekali namun bagi yang tiada mahram niat untuk melakukan ibadah umrah sudah pasti terbantut. Kita mungkin mempunyai duit namun mahram mungkin belum cukup duit, boleh menjadi sebab ibadah umrah tertangguh.
Kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya memperkenalkan Tourist Visa selama 90 hari kepada dunia sekaligus meningkatkan sektor pelancongan di negara terbabit
Namun bermula 27 September lalu, visa pelancong atau disebut Tourist Visa yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya kepada dunia membolehkan mana-mana wanita bujang menunaikan umrah tanpa mahram selain melakukan aktiviti pelancongan di negara terbabit.
Dalam laporan Bernama sebelum ini, Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) mengumumkan buat pertama kali, kerajaan melancarkan visa pelancongan yang akan dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia. Selain pergi ke kedutaan, permohonan visa pelancong juga boleh dibuat melalui atas talian dengan hanya perlu membayar 300 Saudi Riyal atau RM335.68 sahaja untuk tempoh penggunaan setahun bagi visa tersebut.
Dengan pengumuman itu, rakyat dari 49 negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman, Singapura, Brunei dan Malaysia layak memohon visa pelancong secara dalam talian.
Melalui tourist visa, pelancong beragama islam boleh menunaikan umrah (tidak bagi haji) dan tidak memerlukan mahram bagi ibadah umrah dan kemudian meneruskan perjalanan pelancongan mereka. Tourist visa ini boleh dimohon melalui e-visa di kedutaan Arab Saudi
Langkah itu adalah satu daripada agenda utama program reformasi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai persediaan untuk ekonomi terbesar rantau Arab itu berdepan zaman selepas era minyak dan menarik syarikat asing untuk melabur dalam sektor berkenaan yang diharapkan dapat menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Gua Thur antara tempat selalu dikunjungi ketika menunaikan umrah di MakkahQasr Al Farid di Arab Saudi antara lima tempat yang diikriraf oleh UNESCO
Hokay, ini peluang baik kepada mana-mana gadis atau wanita yang ingin menunaikan umrah namun bermasalah dengan mahram kerana dengan Tousist Visa itu membolehkan kita menunaikan umrah dan kemudian meneruskan perjalanan pelancongan khususnya melawat lima Tapak Warisan Dunia UNESCO. Malah ada banyak lagi kebudayaan tempatan selain pemandangan semula jadi yang cukup indah yang tidak pernah dibuka sebelum ini.
Dalam menarik lebih ramai pelancong,kerajaan Arab Saudi turut melonggarkan kod berpakaian bagi wanita asing, membenarkan mereka keluar tanpa memakai abaya yang masih menjadi mandatori kepada wanita tempatan. Bagaimanapun, wanita asing perlu mengenakan pakaian sopan.
Tak perlu tunjuk sijil nikah untuk tinggal sebilik di Arab Saudi
Arab Saudi membenarkan lelaki dan wanita warga asing menyewa bilik hotel bersama tanpa membuktikan mereka mempunyai hubungan, selepas pentadbiran diraja konservatif itu melancarkan pelaksanaan visa baharu untuk menarik pelancong.
Wanita termasuk warga tempatan, juga dibenarkan menyewa bilik hotel bersendirian, dalam perubahan terhadap peraturan sebelumnya.
Tindakan itu jelas memberi laluan kepada wanita yang tidak ditemani untuk melancong lebih mudah dan bagi pelawat asing tidak berkahwin untuk tinggal bersama di negara Teluk itu, seperti dilaporkan oleh Berita Harian semalam.
Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi mengesahkan dalam satu laporan kelmarin oleh akhbar bahasa Arab, Okaz sambil menambah: “Semua rakyat Arab Saudi diminta menunjukkan kad pengenalan keluarga atau bukti hubungan jika mendaftar masuk hotel.
“Perkara ini tidak disyaratkan kepada pelancong asing. Semua wanita termasuk rakyat Arab Saudi boleh menempah dan tinggal di hotel bersendirian, namun perlu menunjukkan kad pengenalan ketika mendaftar masuk.”
Arab Saudi membuka pintu kepada pelancong asing dari 49 negara minggu lalu ketika ia cuba menumbuhkan sektor berkenaan dan mempelbagaikan ekonominya selain eksport minyak.
Sebagai sebahagian langkah itu, ia mengeluarkan arahan bahawa pelancong tidak perlu memakai jubah hitam keseluruhannya namun sopan. Alkohol masih dilarang. -Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasihan brader ini. Niatnya cuma nak membantu tetapi tak sangka, akhirnya dirinya yang menjadi mangsa kepada orang dibantunya. Kata pepatah, seperti melepaskan anjing tersepit. Itulah nasib seorang remaja apabila terpaksa tanggung kerugian lebih RM10,000 selepas motosikal jenis Y125ZR dan barangan berharga miliknya dilarikan seorang pemuda, kelmarin.
Mohd Haikal Amilrudin, 17, berkata, dalam kejadian kira-kira 9 pagi, dia menumpangkan lelaki berkenaan tanpa menyedari orang yang membantunya melarikan motosikal dan telefon pintar model iPhone 6S serta dompet yang mengandungi dokumen peribadi. Menceritakan kejadian, Haikal berkata, dia berjumpa dengan pemuda lingkungan 20an berkenaan di hadapan sebuah restoran di bandar ini.
“Ketika itu saya baru pulang dari bekerja sebuah premis serbaneka 24 jam. Lelaki itu merayu untuk menumpang dengan alasan kakinya cedera. Saya nampak lelaki itu berjalan terhincut-hincut jadi bersimpati untuk menumpangkannya. Pada mulanya dia duduk di belakang lepas tu beralih tempat sebab alasan kakinya sakit,” katanya.
Disinilah tempat dia menemui orang yang cuba dibantunya tetapi akhirnya, motornya sendiri lesap dicuri orang dibantunya
Inilah motosikal miliknya yang dilarikan, CDV 2267
Menurutnya, selepas bergerak kira-kira 200 meter, lelaki terbabit memberikan alasan untuk turun di sebuah perhentian bas.
“Memang ada rasa tak sedap hati tapi fikirkan kakinya sakit, saya pun turun.Tiba-tiba lelaki itu terus memecut. Saya sempat tarik baju lelaki itu tapi dia berjaya terlepas,” katanya di sini, semalam.
Haikal berkata, semua barangan diletakkan dalam sebuah beg di dalam raga motosikal terbabit. Dia juga mengakui terkilan kerana motosikal nombor pendaftaran CDV 2267 itu baru digunakan selama setahun dan masih berbaki pinjaman. Katanya, lelaki berkenaan memakai jaket berwarna merah hitam dengan fizikal sedikit berisi dan berkulit sawo matang.
“Memang kecewa sebab niat nak membantu tetapi berkesudahan begini. Saya harap sangat motosikal itu ditemui semula sebab itu saja pengangkutan utama untuk pergi bekerja,” katanya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama.
Pada geng-geng Remaja di luar sana dan kalau ternampak motosikal dengan nombor pendafraran CDV2267, lapor segera ke balai polis ya. Moga brader ini dapat semula motosikalnya yang hilang selain barangan lain yang turut dilarikan perompak tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!