Pencipta kandungan dan usahawan teknologi Malaysia, Reina Lum (@reinalum) baru-baru ini meraih perhatian pada malam kemuncak TikTok Awards Southeast Asia 2026 selepas dinobatkan sebagai penerima anugerah Changemaker of the Year. Acara berprestij yang berlangsung di Bali International Convention Centre (BICC), Bali, Indonesia itu menyaksikan beliau menerima pengiktirafan khas berkenaan atas usaha beliau mencetuskan impak positif kepada masyarakat menerusi perkongsian ilmu perundangan dan kesedaran sosial di TikTok.

Difahamkan, selain Reina, tiga pencipta kandungan dari Malaysia turut membawa pulang pengiktirafan serantau pada acara berkenaan. Nabil Nazrol (@nabilnazrol) dinobatkan sebagai Rising Creator of the Year, manakala Ikhmal Nour (@ikhmaln0ur) menerima anugerah TikTok LIVE Creator of the Year dan Moses Wong (@moseswck) pula diiktiraf sebagai Popular Video of the Year. Kemenangan ketiga-tiga wakil Malaysia itu secara tidak langsung memperlihatkan kepelbagaian bakat tempatan yang berjaya mendapat perhatian di peringkat Asia Tenggara.

Reina Lum, Nabil Nazrol, Ikhmal Nour dan Moses Wong Harumkan Nama Malaysia Di TikTok Awards SEA 2026, Tahniah!
Reina Lum, Changemaker of the Year
Reina Lum, Nabil Nazrol, Ikhmal Nour dan Moses Wong Harumkan Nama Malaysia Di TikTok Awards SEA 2026, Tahniah!
Nabil Nazrol, Rising Creator of the Year

Menurut Reina, pengiktirafan tersebut membawa makna yang lebih besar daripada sekadar jumlah tontonan atau tanda suka kerana impak kandungan yang dihasilkan turut dilihat menerusi perubahan yang berlaku dalam kehidupan sebenar masyarakat.

Jelasnya akses kepada ilmu pengetahuan seharusnya lebih inklusif agar orang ramai dapat memahami hak mereka, membuat keputusan yang bijak serta mempunyai keyakinan untuk menggunakan suara mereka bagi membawa perubahan positif.

Ads
Reina Lum, Nabil Nazrol, Ikhmal Nour dan Moses Wong Harumkan Nama Malaysia Di TikTok Awards SEA 2026, Tahniah!
Erika Richardo, Creator of the Year

Dalam pada itu, gelaran Creator of the Year yang menjadi antara pengiktirafan utama pada TikTok Awards Southeast Asia 2026 pula menjadi milik pencipta kandungan dari Indonesia, Erika Richardo (@erikarichardo).

“Saya masih tak percaya semua ini. Terima kasih kepada semua pengikut saya sebab sentiasa menyokong selama ini. Saya juga ingin mengingatkan bahawa semua orang boleh bermimpi secara besar kerana kalau saya sendiri tidak bermula, semua ini tidak akan pernah terjadi,” kata Erika dalam ucapannya.

Ads
Reina Lum, Nabil Nazrol, Ikhmal Nour dan Moses Wong Harumkan Nama Malaysia Di TikTok Awards SEA 2026, Tahniah!
Moses Wong, Popular Video of the Year
Reina Lum, Nabil Nazrol, Ikhmal Nour dan Moses Wong Harumkan Nama Malaysia Di TikTok Awards SEA 2026, Tahniah!
Ikhmal Nour, TikTok LIVE Creator of the Year

Sementara itu, bagi kategori lain, berikut adalah senarai penuh pemenang: 

  • Creator of the Year: @erikarichardo dari Indonesia 
  • Rising Creator of the Year: @nabilnazrol dari Malaysia 
  • Popular Video of the Year: @moseswck dari Malaysia
  • TikTok LIVE Creator of the Year: @ikhmaln0ur dari Malaysia 
  • Beauty & Fashion Creator of the Year: @tasyafarasya dari Indonesia 
  • Education Creator of the Year: @justkeepthinking dari Singapura
  • Sports Creator of the Year: @dokimphuc.official dari Vietnam 
  • Food Creator of the Year: @jujumaoo dari Filipina
  • Lifestyle Creator of the Year: @bas_gowentgo dari Thailand 
  • Entertainment Creator of the Year: @pizza_movie dari Thailand
  • TikTok Shop Creator of the Year: @yok_jittraphan dari Thailand

Changemaker of the Year: 

  • @reinalum dari Malaysia
  • @pandawaragroup dari Indonesia
  • @aidanjloo dari Singapore
  • @greencivil.gc dari Thailand
  • @chulongquan9 dari Vietnam
  • @jaxreyes_ dari Filipina

BACA: Adam Shamil Guna Duit Sendiri Lebih RM100,000 Tunaikan Enam Manifesto Selepas Menang Creator of the Year TikTok Awards 2026!

Ads

Malam anugerah berkenaan turut diserikan dengan gandingan Indra Herlambang dan Miss Cosmo 2024, Ketut Permata Juliastrid yang menggalas tugas sebagai pengacara. Bukan itu sahaja, kemeriahan acara semakin terasa menerusi persembahan daripada barisan penyanyo terkenal seperti No Na, Tulus, NPD, Raim Laode, Toton Caribo, Lullaboy, ALLY dan 52Hz.

TikTok Awards SEA 2026 bukan sekadar mengiktiraf pencipta kandungan dalam dunia hiburan, malah turut mengetengahkan bakat dalam bidang makanan, pendidikan, kecantikan, sukan, gaya hidup dan perniagaan digital. Penganjuran di Bali itu sekaligus menjadi ruang untuk meraikan kreativiti serta pengaruh barisan content creator dari seluruh Asia Tenggara yang terus mencorakkan landskap digital masa kini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads