Keputusan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang diumumkan baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan pelajar. Selain kegembiraan bagi yang berjaya, tidak kurang juga yang berdepan rasa kecewa apabila gagal PKSK dan permohonan ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah teknikal tidak membuahkan hasil.
Gambar Hiasan
Namun, menurut seorang pendidik berpengalaman, kegagalan dalam PKSK bukan berpunca daripada faktor nasib semata-mata. Sebaliknya, terdapat beberapa punca utama yang sering terlepas pandang oleh ibu bapa dan pelajar ketika membuat permohonan.
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, Cikgu Haziq Azree tampil menjelaskan lima faktor sebenar yang sering menjadi penyebab permohonan PKSK tidak berjaya, sekali gus memberi gambaran lebih jelas tentang realiti proses pemilihan yang jarang didedahkan.
1. Markah PKSK Tidak Mencapai Aras Standard
Faktor paling utama pelajar gagal PKSK ialah markah PKSK yang tidak mencapai aras tolerasi atau standard minimum yang ditetapkan. Walaupun pelajar memohon ke sekolah atau negeri yang berbeza, permohonan tetap berisiko ditolak sekiranya markah asas tidak memenuhi syarat kemasukan.
Menurut Cikgu Haziq, isu sebenar bukan terletak pada sekolah pilihan, sebaliknya pada pencapaian markah PKSK itu sendiri. Ramai ibu bapa tersalah anggap bahawa pemilihan sekolah luar negeri atau kurang popular akan meningkatkan peluang, sedangkan asas penilaian masih bergantung pada markah.
Kredit: Galeri MARA
2. Persaingan Terlalu Sengit di Sekolah Khusus
Sekolah khusus seperti MRSM dan SBP sentiasa menerima jumlah permohonan yang sangat tinggi setiap tahun. Keadaan ini menyebabkan tahap persaingan menjadi terlalu sengit, terutamanya bagi sekolah yang berstatus premier dan berprestij.
Ads
Hakikatnya, walaupun pelajar memiliki keputusan yang baik, mereka masih boleh gagal PKSK sekiranya markah berada di bawah kelompok teratas berbanding ribuan pemohon lain yang turut memohon sekolah sama.
3. Tidak Lulus Temu Duga atau Ujian Khas
Bagi program tertentu seperti sekolah vokasional dan sekolah menengah teknik, sesi temu duga atau ujian khas menjadi penentu penting. Pelajar yang gagal menunjukkan keyakinan, kemahiran komunikasi atau kesesuaian dengan program yang dipohon berisiko ditolak walaupun markah akademik melepasi syarat minimum.
Ini membuktikan bahawa PKSK bukan sekadar menilai akademik semata-mata, sebaliknya turut menilai potensi, minat, sikap dan keperibadian pelajar secara menyeluruh.
Ads
KPM Mansuh Peperiksaan
4. Pemilihan Sekolah Tidak Seiring Tahap Akademik
Antara kesilapan paling kerap dilakukan ibu bapa ialah memohon sekolah berstatus tinggi tanpa mengambil kira tahap penguasaan sebenar anak. Menurut Cikgu Haziq, ibu bapa perlu menilai prestasi anak secara realistik berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), bukan sekadar bergantung pada harapan semata-mata.
Pemilihan sekolah yang lebih seiring dengan kemampuan akademik dan minat pelajar mampu mengurangkan risiko gagal PKSK serta meningkatkan peluang kemasukan secara signifikan.
5. Aras Tolerasi Berbeza Mengikut Sekolah
Setiap sekolah mempunyai aras tolerasi tersendiri, dan sekolah yang lebih popular lazimnya lebih selektif dalam pemilihan pelajar. Justeru, bagi permohonan rayuan, ibu bapa disarankan memilih sekolah yang kurang menjadi tumpuan bagi membuka peluang yang lebih besar.
Cikgu Haziq turut menasihatkan agar ibu bapa tidak membuat keputusan secara emosional, sebaliknya menilai pilihan dengan rasional dan strategi demi masa depan pendidikan anak.
Kesimpulan: Gagal PKSK Bukan Penamat Segalanya
Kesimpulannya, gagal PKSK bukanlah penamat kepada masa depan pelajar. Dengan memahami punca sebenar kegagalan dan membuat perancangan yang lebih bijak, pelajar masih mempunyai banyak laluan pendidikan berkualiti yang mampu membentuk kejayaan pada masa hadapan.
Pendidikan bukan hanya tentang memasuki sekolah elit, tetapi tentang bagaimana potensi anak dibangunkan secara konsisten, berperingkat dan sesuai dengan keupayaan sebenar mereka.
Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan hanya dirasai oleh masyarakat Malaysia, namun organisasi seperti Zoo Negara juga turut merasai tempiasnya. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sebahagiannya daripada pendapatan hasil jualan tiket, tetapi selepas perlaksanaan PKP ini sudah pasti membuatkan dana bagi menampung kebajikan haiwan di sana terjejas.
Menurut Harian Metro, Zoo Negara kini terpaksa berjimat cermat dalam pengurusan kos operasi berikutan bekalan kewangan yang ada hanya mampu bertahan sehingga April. Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, setakat ini pihak mereka masih mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji pekerja.
Foto: Instagram Zoo Negara Malaysia
Dana yang ada ketika ini mencukupi bagi kos operasi sepanjang PKP yang berakhir 18 Februari ini. Namun begitu, pihak pengurusan Zoo Negara berasa bimbang sekiranya PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang.
Jika dilanjutkan, mereka terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan.
Menurut Rosly lagi, Zoo Negara kurang menerima sumbangan seperti makanan haiwan sejak PKP dilaksanakan tahun ini berbanding PKP tahun lalu.
Pada PKP tahun lalu, orang ramai berebut-rebut ingin memberi sumbangan makanan haiwan dan dana sehingga pihak mereka berjaya mengumpul RM10 juta. Kempen haiwan angkat yang dilancarkan pada tahun lalu juga masih lagi diteruskan namun sambutannya sudah berkurangan.
Korang masih boleh menyokong kempen itu dengan memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off (sekali sumbangan)a atau secara bulanan mengikut pakej yang ditetapkan.
Bagi yang berkemampuan, marilah sama-sama kita menyalurkan sumbangan kepada pihak Zoo Negara agar mereka dapat terus menjaga haiwan-haiwan didalam zoo tersebut dengan baik. Sedih bila mengenangkan nasib haiwan di sana. Marilah kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini segera beransur pulih.
Sidang media harian yang dilaksanakan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah menceriakan umat Islam di Malaysia.
Ia berikutan lampu hijau yang diberikan oleh pihak jawatankuasa serta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membenarkan perlaksanaan solat Terawih dan operasi Bazar Ramadan serta Bazar Aidilfitri pada bulan Ramadan tahun ini.
Biarpun masih ada tempoh sebulan sebelum kehadiran Ramadan, pengumuman tersebut adalah wajar memandangkan pelbagai persediaan perlu dilakukan mulai sekarang oleh pihak peniaga, pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
“Setelah melakukan perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia; dan setelah mendapat pandangan juga daripada ahli mesyuarat yang lain, hari ini mensyuarat jawatan kuasa teknikal telah bersetuju utnuk membenarkan operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negara.
“Bagaimanapun, SOP adalah ketat dan perlu dipatuhi oleh peniaga bahkan oleh pengunjung-pengunjung.
Foto Hiasan: The Star
“Antara syarat-syarat bazar Ramadan adalah lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala pintu masuk dan keluar yang berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk dan ada kawalan jumlah pengunjung.
“Waktu operasi bazar Ramadan adalah dari jam 3 petang hingga jam 8 malam. Manakala bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. SOP yang lain akan diumumkan kemudian.”
“Dari sudut lokasi, jumlah gerai, saiz tapak dan lain-lain akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing,” jelas beliau.
Solat Terawih
Pengumuman berkenaan kebenaran untuk melaksanakan solat Terawih secara berjemaah di rumah ibadah telah menceriakan ramai pihak. Bagaimanapun, kebenaran ini masih tertakhluk kepada SOP dan keputusan daripada negeri masing-masing
Foto Hiasan.
“Seperti yang kita ketahui, apa saja aktiviti keagamaan adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Ini juga termasuklah aktiviti bertadarus, ceramah agama ataupun tazkirah dan sebagainya – SOP dan jumlah kehadiran akan ditentukan oleh kerajaan Negeri.
“Cuma di peringkat jawatankuasa ini telah bersetuju untuk membenarkan solat Terawih dan aktiviti di dalam masjid dan surau dalam bulan Ramadan,” kata beliau lagi.
Kecoh beberapa hari ini tentang atlet terjun Great Britain, Tom Daley yang asyik mengait sambil menyaksikan rakan atlet lain bertanding. Dia yang menggondol emas Olimpik sulungnya dalam acara terjun bergandingan 10-meter mendapat hobi tersebut ketika lockdown mula-mula dilaksanakan di negaranya tahun lalu.
Kegilaannya terhadap hobi mengait ini jelas apabila dia turut mencipta satu akaun baru yang diberi nama ‘Made with Love by Tom Daley’ khusus untuk menampilkan hasil akhir dari hobinya itu.
Meninjau ke laman instagramnya, ternyata bukan sahaja untuk manusia, bahkan Tom turut membuat pelbagai jenis rekaan untuk haiwan kesayangan miliknya dan juga teman. Selain itu sebahagian kreativitinya itu turut dilelong untuk tujuan kebajikan.
Comel!
Menariknya dalam satu hantaran di laman Instagram, jejaka berusia 27 tahun ini turut menghadiahkan sehelai cardigan rona merah jambu hasil kaitannya kepada atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong.
Jun Hoong bersama Tom Daley
Dalam hantaran itu dia berkata, “Saya menghasilkan untuk rakan saya, Cheong Jun Hoong sehelai cardigan! Sementara berjauhan dengan keluarga ini saya telah menghasilkan banyak rekaan menggunakan benang @hooked.zpagetti yang berubah warna sepanjang penghasilannya. Saya obses dengannya!”
Tom turut menjelaskan dalam laporan portal iNews yang hobinya ini membantu dia mengahadapi tekanan ketika bertanding. “Mengait sudah menjadi satu cara untuk saya mencapai ketenangan, kesedaran dan melepaskan tekanan. Saya sukakannya. Belajar mengait banyak membantu perjalanan saya di Olimpik. Kami memang emas kelmarin dan saya menghasilkan sarung khas untuk medal supaya tidak tercalar,” ujarnya.