Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal, Adam Shamil (32) meraih perhatian di media sosial apabila mengumumkan enam manifesto kebajikan bernilai lebih RM100,000 sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai susulan kejayaannya merangkul gelaran ‘Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2026’.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Adam berkongsi hasrat untuk menggunakan wang peribadi bagi merealisasikan kesemua inisiatif tersebut selepas menerima hampir dua juta undian daripada peminat dan pengikut. Baginya, kemenangan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya peluang untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya.

“Apalah ertinya sebuah kemenangan kalau hanya saya seorang yang dapat merasakan nikmatnya? Jadi hari ini, dengan penuh rasa syukur, saya mempersembahkan Majlis Manifesto Rakyat 2026,” katanya.

Adam Shamil Guna Duit Sendiri Lebih RM100,000 Tunaikan Enam Manifesto Selepas Menang Creator of the Year TikTok Awards 2026!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADAM SHAMIL (@adamshamil)

Difahamkan, antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk pengagihan 1,000 croffle secara percuma kepada orang ramai di premis perniagaannya, Chunk&Dunk, di Gaya Street, Kota Kinabalu. Selain itu, beliau turut memperuntukkan RM15,000 bagi membantu keluarga kakitangan premis berkenaan melunaskan bil utiliti tertunggak atau menampung keperluan asas, mengambil inspirasi daripada pengalaman keluarganya yang pernah berdepan kesukaran kewangan ketika beliau kecil.

Selain itu, dalam usaha menyokong bidang pendidikan, Adam turut melancarkan The Adam Shamil Education Fund dengan peruntukan awal RM20,000 untuk membantu 10 pelajar terpilih. Setiap penerima bakal menerima RM2,000 bagi menampung perbelanjaan pendidikan termasuk pembelian komputer riba, buku rujukan dan yuran pengajian.

Ads

Tidak melupakan golongan warga emas, pempengaruh itu turut menyediakan dana sebanyak RM10,000 bagi membantu 10 individu yang memerlukan. Inisiatif tersebut diinspirasikan oleh pengorbanan neneknya yang memainkan peranan besar dalam membesarkan beliau sehingga berjaya mencapai kedudukan seperti hari ini.

BACA: Adam Shamil Cipta Sejarah, Dinobat Pemilik Lotus Eletre Termuda Malaysia!

Ads

Adam Shamil Guna Duit Sendiri Lebih RM100,000 Tunaikan Enam Manifesto Selepas Menang Creator of the Year TikTok Awards 2026!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADAM SHAMIL (@adamshamil)

Selain bantuan kewangan, Adam turut menawarkan tiga sesi perkongsian ilmu dan pengalaman secara percuma yang dianggarkan bernilai RM36,000 untuk sebuah sekolah, sebuah universiti serta satu sesi terbuka kepada orang awam. Orang ramai dan pelajar turut diberi peluang mencadangkan institusi pendidikan yang wajar dikunjunginya menerusi ruangan komen.

Ads

Menariknya, manifesto terakhir Adam cukup menyentuh hati apabila mengisytiharkan pemberian makanan percuma seumur hidup di premis perniagaannya kepada ibu dan nenek tersayang. Jelasnya, penghargaan itu merupakan tanda terima kasih kepada dua insan yang banyak berkorban dan menjadi tulang belakang kejayaannya.

Bagi merealisasikan beberapa inisiatif tersebut, Adam turut membuka ruang kepada orang ramai untuk mencalonkan pelajar serta warga emas yang layak menerima bantuan menerusi perkongsian di ruangan komen video berkenaan. Usaha murni ini membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian dan populariti, tetapi juga sejauh mana seseorang mampu memberi manfaat serta menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

Sumber: TikTok Adam Shamil

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads