Video memaparkan sesi latihan lakonan pelakon, Akmal Asyraf mencuri perhatian ramai apabila turut mendapat reaksi positif daripada Pengasas Enfiniti, merangkap penerbit dan pengarah pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), Puan Sri Tiara Jacquelina.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di platform Threads, Tiara dilihat meninggalkan emoji tepukan tangan sebagai tanda penghargaan terhadap video latihan lakonan pelakon berkenaan.

Video Latihan Akmal Asyraf Curi Perhatian Tiara Jacquelina, Beri Bayangan Peluang Sertai Teater Enfiniti?

Malah, individu tersebut turut berharap agar Akmal diberikan lebih banyak peluang untuk mengembangkan bakatnya, khususnya dalam bidang pementasan teater.

“More opportunities for Akmal to shine, please! Hopefully dapat tengok Akmal dalam theatre lagi!” tulisnya.

Video Latihan Akmal Asyraf Curi Perhatian Tiara Jacquelina, Beri Bayangan Peluang Sertai Teater Enfiniti?

Ads

Tiara Jacquelina Terbuka Beri Peluang Uji Bakat

Menariknya, perkongsian tersebut turut mendapat respons daripada Tiara sendiri apabila beliau membalas hantaran berkenaan dengan memberikan bayangan bahawa pihak Enfiniti terbuka untuk memberikan peluang kepada Akmal menjalani uji bakat bagi menyertai produksi teater mereka pada masa akan datang.

Perkara itu sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang berharap pelakon tersebut berpeluang mengembangkan lagi potensi lakonannya di pentas teater.

Video Latihan Akmal Asyraf Curi Perhatian Tiara Jacquelina, Beri Bayangan Peluang Sertai Teater Enfiniti?

Ads

Netizen Cadang Akmal Bawa Watak Sultan Melaka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik kemungkinan tersebut dan tidak ketinggalan memberikan cadangan watak yang dirasakan sesuai untuk dibawakan Akmal.

Antara yang mencuri perhatian apabila ada netizen mencadangkan agar pelakon itu diberikan watak Sultan Melaka sekiranya berpeluang terlibat dalam pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL).

Antara komen yang ditinggalkan termasuklah,

Ads

“Yes pleaseee! He would be perfect for Sultan Melaka.

“Yassss please! Hopefully one day we would be able to watch him in one of your theatre productions. We love your PGL theatre the other day.

“For PGL IB please!” komen netizen.

Video Latihan Akmal Asyraf Curi Perhatian Tiara Jacquelina, Beri Bayangan Peluang Sertai Teater Enfiniti?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads