
Penyanyi dan pelakon terkenal, Tomok baru-baru ini mencuri perhatian peminat selepas berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di media sosial miliknya, Tomok atau pemilik nama penuh Shah Indrawan Ismail (42) berkongsi momen bermakna sempena Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-28 yang melibatkan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.
“Alhamdulillah,” tulis pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang itu ringkas bagi menzahirkan rasa syukur atas pencapaian tersebut.

Untuk rekod, perjalanan akademik Tomok di UPSI bermula pada April 2025 apabila beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana selepas menerima tawaran daripada universiti berkenaan.
Keputusan itu secara tidak langsung membuktikan minat mendalam beliau terhadap bidang seni, bukan hanya menerusi penglibatannya dalam industri hiburan, malah dari sudut akademik.
Sebelum ini, Tomok turut pernah berkongsi hasratnya untuk menyambung pengajian menerusi laporan Remaja pada Mac 2025, selepas beliau terlebih dahulu menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2023.

BACA: “Perjalanan Baru Buat Saya” Tomok Kini Sambung Pengajian Peringkat Master Di UPSI
Meskipun mempunyai komitmen sebagai penyanyi, pelakon dan ketua keluarga, kesungguhan Tomok untuk meneruskan pengajian sehingga berjaya menamatkan pengajian Sarjana sememangnya satu pencapaian yang wajar dibanggakan.
Kejayaan ini juga menjadi inspirasi bahawa faktor usia dan kesibukan kerjaya bukanlah alasan untuk seseorang berhenti menuntut ilmu, sebaliknya setiap impian masih boleh dikejar selagi mempunyai keazaman dan usaha.
Sumber: Instagram & Threads Tomok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!










