Di saat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berjuang demi masa depan masing-masing, seorang pelajar bernama Alisyia berdepan ujian cukup berat apabila menerima berita pemergian ibu tercinta sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan Pendidikan Islam (PAI).

Kisah menyentuh hati itu dikongsikan oleh seorang guru menerusi hantaran di platform Threads menggunakan nama akaun @azwaeiyta.

Menerusi perkongsian tersebut, guru berkenaan meluahkan rasa sebak mengenangkan perasaan anak muridnya yang terpaksa menerima khabar duka ketika sedang melalui fasa penting dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar.

Ketika calon lain mungkin sedang menarik nafas lega selepas selesai menjawab kertas peperiksaan, Alisyia pula diuji dengan kehilangan insan yang cukup bermakna dalam kehidupannya.

Baru Selesai Jawab Kertas Pendidikan Islam SPM, Calon Ini Diuji Dengan Berita Pemergian Ibu Tercinta

“Semoga Allah berikan kekuatan buat anak SPM kami ini. Sungguh tak terbayang perasaan awak ketika diberitahu berita duka ini sebaik selesai menjawab paper PAI pagi tadi,” tulisnya.

“Anak, Teacher Pinjam Semangat Awak Ya…”

Dalam perkongsian sama, guru tersebut turut menzahirkan rasa kagum terhadap ketabahan Alisyia dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Lebih meruntun hati, pelajar berkenaan masih perlu berdepan dengan peperiksaan Matematik yang dijadualkan berlangsung pada keesokan harinya.

Bukan mudah untuk membayangkan betapa beratnya ujian yang perlu dilalui oleh seorang calon SPM apabila dalam masa yang sama perlu menguruskan emosi dan mempersiapkan diri untuk menghadapi kertas peperiksaan seterusnya.

Ads

“Hebatnya anak ini, Allah pilih hari dia selesai menduduki peperiksaan Pendidikan Islam untuk menerima berita pemergian ibu tercinta.

“Ya Allah, permudahkan urusan menjawab kertas Matematik esok, tenangkan hati dan fikirannya. Semoga setiap langkahnya dipermudahkan.

“Teacher rasa tak sekuat ini. Anak, teacher pinjam semangat awak ya,” luahnya.

Luahan guru berkenaan cukup menyentuh hati, sekali gus menggambarkan betapa besarnya rasa kasih seorang pendidik terhadap anak muridnya yang sedang berdepan dengan ujian kehidupan.

Disifatkan Sebagai Pelajar Baik, Lemah Lembut & Menghormati Guru

Baru Selesai Jawab Kertas Pendidikan Islam SPM, Calon Ini Diuji Dengan Berita Pemergian Ibu Tercinta

Dalam satu lagi perkongsian, guru berkenaan mengakui dirinya sendiri tidak cukup kuat menahan sebak ketika melihat Alisyia menerima khabar duka tersebut, meskipun begitu ingin memeluk anak muridnya itu.

Menurutnya, Alisyia merupakan seorang pelajar yang baik, lemah lembut dalam pertuturan, menghormati guru serta mempunyai peribadi yang menyenangkan.

“Insya-Allah, semoga kejayaan buat awak dalam SPM ini. Di sebalik ujian berat ini, ramai yang mendoakan awak,” titipnya.

Guru tersebut turut memohon orang ramai untuk bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ir. Rohaida binti Mohd Ramli, ibu kepada Alisyia.

Ads

Di sebalik tanggungjawab mendidik, terselit juga rasa kasih, keprihatinan dan doa seorang guru yang mahu melihat anak muridnya terus melangkah dalam kehidupan, meskipun sedang berdepan dengan ujian yang cukup berat.

Baru Selesai Jawab Kertas Pendidikan Islam SPM, Calon Ini Diuji Dengan Berita Pemergian Ibu Tercinta

Calon SPM Diuji Dengan Pemergian Ibu Tercinta

Sesungguhnya, bukan mudah untuk seorang anak berdepan kehilangan ibu, apatah lagi ketika sedang menduduki peperiksaan penting seperti SPM yang menuntut fokus dan persediaan mental.

Lebih-lebih lagi apabila peperiksaan tersebut merupakan antara fasa penting dalam perjalanan seorang pelajar sebelum melangkah ke alam pendidikan yang seterusnya.

Ads

Namun, dalam menghadapi saat-saat yang cukup sukar ini, semoga Alisyia diberikan ruang dan masa untuk menguruskan kesedihan serta menerima sokongan daripada ahli keluarga, guru dan insan-insan di sekelilingnya.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Sumber: Threads @azwaeiyta

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads