Demi membendung penularan wabak Covid-19, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan mulai esok sehingga 26 Mac ini semua aktiviti di masjid dan surat termasuk solat Jumaat berjemaah ditangguhkan.
Beliau memaklumkan, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau itu selepas mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Berdasarkan taklimat yang disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan beberapa perkara.
“Selain semua aktiviti keagamaan ditangguhkan, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.
“Tempoh 10 hari adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ads
Penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau selepas mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin – Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tiada aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat bagi tempoh 10 hari adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gambar hiasan.
Dr Zulkifli berkata, sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia.
“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.
Ads
“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut,” katanya.
Menurutnya, bagi pelaksanaan perihal aktiviti keagamaan dan pengurusan jenazah, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.
“Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan aktiviti keagamaan dan pengurusan jenazah adalah terpakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, penangguhan ini khusus untuk Wilayah Persekutuan dan negeri beraja sahaja. Bagi negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, mereka perlu menunggu kenyataan daripada Mufti Negeri masing-masing.
Beberapa hari lepas kita banyak mendengar khabar tidak baik tentang industri pelancongan yang terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka berikutan pandemik COVID-19, terutamanya bidang perhotelan.
Menurut Berita Harian, Plenitude Bhd menutup sepenuhnya operasi tiga hotel milik syarikat mereka, selain mengecilkan operasi hotel yang lain.
Syarikat itu membuat kenyataan kepada Bursa Malaysia, menjelaskan bahawa antara hotel-hotel yang ditutup adalah seperti:
1. Mercure Penang Beach
2. The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang
3. Travelodge Ipoh di Perak
Selain itu, Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang baru saja beroperasi pada Januari tahun lalu terpaksa menutup hotel mereka berikutan terkesan dengan wabak COVID-19 ini juga.
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Jazz Hotel, dua buah lagi hotel yang dikendalikan oleh VHM Hotel Management Group, Penaga Hotel dan Jerejak Island Resort bakal ditutup.
Jerejak Island Resort
The Star turut melaporkan Kinta Riverfront Hotel and Suites akan ditutup pada 30 April ini selepas 8 tahun beroperasi.
Impak dari COVID-19 yang melanda dunia memang amat besar dan memberi kesan paling teruk buat perniagaan seluruh dunia, terutamanya industri pelancongan yang dijangkakan mungkin menjadikan sektor terakhir yang akan kembali meningkat nanti.
Sebaiknya selepas situasi pandemik ini berakhir, sama-samalah kita menaikkan lagi ekonomi industri pelancongan tempatan dengan bercuti di dalam negara. Sebenarnya, masih banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang kita boleh kunjungi. Jadi selepas ini mungkin kita perlu merantau di negara sendiri, untuk membantu meningkatkan ekonomi.
Semoga semua pihak yang terkesan diberikan kesabaran dan didoakan agar industri pelancongan Malaysia dapat membangun semula.
Sebagaimana kita tahu, ahli anggota BTS iaitu Jung-kook kini sedang menjalani latihan ketenteraan. Namun beliau tetap aktif di media sosial untuk berkongsi perkembangannya bersama para peminatnya.
Menerusi hantaran terbaharu Jung-kook di Weverse, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan kini sedang berkhidmat sebagai tukang masak di kem latihan tentera.
Saya sihat. Saya bekerja keras untuk bersenam. Saya juga sangat pandai membersihkan kawasan, hingga ke siling. Selain itu, saya juga telah memasak untuk kru.
Menurut laporan dari industri muzik dan pihak berkuasa yang berkaitan, Jung-kook telah beralih peranannya sebagai ‘tukang masak’ selepas menamatkan latihan asas di kem tentera.
Sebelum ini, Jung-kook juga sering menunjukkan kemahiran memasaknya sewaktu sesi siaran langsung di Weverse bersama para peminat.
#JUNGKOOK being the most athletic member of the group but then choosing cooking as his duty in the military is the most unexpected yet expected thing 😭you never know what to expect with him my cutie patooti chefpic.twitter.com/xykeqWOmjv
Menurut sumber, memasak adalah salah satu kerja yang sukar dalam tentera kerana pelatih perlu bangun awal dan bekerja lebih masa setiap hari. Tambahan, ia adalah kerja yang melibatkan pisau, api dan minyak, serta perlu membawa dan mengalihkan barang berat sepanjang masa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Salute! Ternyata kanak-kanak ini cukup luar biasa. Dalam usia yang cukup muda, baru 6 tahun, dirinya diiktiraf sebagai Programmer termuda dalam Guiness World Records baru-baru ini. Budak tersebut bernama Arham Om Talsania berasal dari Ahmedabad, India.
Menurut India Times, budak itu adalah seorang pelajar kelas dua dan telah lulus peperiksaan sijil Microsoft di Pearson VUE Test Centre. Selain itu, bapa kepada Arham Om Talsania ini juga sebenarnya adalah seorang jurutera perisian dan dialah orang yang bertanggungjawab menarik minat anaknya dalam coding dan mengajar mengenai perisian.
“Sejak dari kecil lagi dia menunjukkan minat yang sangat mendalam pada gajet. Dia pernah bermain game guna tablet dan menyelesaikan puzzle. Dengan bermain game, dia mula terfikir mahu membinanya. Dia juga biasa melihat saya membuat coding,” ujar bapa kanak-kanak ini.
Dia kemudiannya mula mengajar programming kepada Arham dan anaknya itu mula menghasilkan permainan video sendiri. Dia juga dilantik sebagai Microsoft Technology Associate serta mereka turut mendaftar Guinness Book World Records.
Malahan, menurut kanak-kanak ini juga dia mula bermain tablet ketika usianya 2 tahun. Pada umur 3 tahun, dia dapat gajet tersedia dengan iOS dan Windows. Arham Om Talsania mendapat tahu bapanya bekerja di Phyton dan dia mula mendapatkan sijil dari syarikat itu dengan menghasilkan permainan video ringkas.
Setelah itu, mereka minta dia menghantar bukti hasil kerjanya itu. Beberapa bulan kemudian mereka luluskan Arham Talsania dan dia berjaya mendapatkan sijil dari Guinness World Records.
Wah…patut la bijak, bapanya juga seorang jurutera perisian, Apapun, tahniah diucapkan dan moga terus maju jaya buat Arham Talsania.