Pada mulanya kami melihat entree di Twitter ingatkan Starbucks ada projek baru mengeluarkan cup yang berkonsepkan lukisan doodle.
Tapi rupa-rupanya ia adalah hasil tangan seorang pemuda, NasSuha_ yang melukis di cawan kertas Starbucks sementara menunggu flight balik ke kampung baru-baru ini.
Perkongsian ini dibuat di laman twitternya dan mendapat kira-kira 14 ribu retweet.
Dikhabarkan, pemuda ini ingin memasuki contest yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang dahulunya dia pernah meraih hadiah sagu hati daripada pertandingan ini.
Ads
Ini adalah hasil lukisannya pada 2016 bertemakan Harimau Jadian. Katanya, line/stroke lukisan terdahulu tak berapa nak kemas. Sekarang ni Nas mengakui skillnya untuk memperkemas lukisan lebih baik. Tapi apa yang kami nampak, cantik je kan? Hiks!
Ads
Reaksi netizen
Ada yang terkejut dan menyangka bahawa pemuda ini hanya bergurau dan tak sangka rupa-rupanya ia adalah hasil lukisan asli daripada Nas sendiri.
Ramai juga yang menyarankan agar Starbucks berkolaborasi bersama anak muda ini untuk menghasilkan edisi istimewa seperti ini.
Ads
Korang boleh lihat sendiri hasil kreatif doodle yang lain di laman Instagramnya sendiri.
Apa-apa pun kami ucapkan syabas dan selamat maju jaya bro! Semoga makin ramai lagi anak muda terinspirasi dengan bakat dan daya kreativiti ini dan membuka mata remaja lain untuk lebih berani mencuba sesuatu yang baru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini menandakan satu lagi hujung minggu yang dipenuhi dengan kemunculan ramai selebriti dari Korea Selatan di Malaysia.
Sebentar tadi, kumpulan K-Pop GFriend baru saja menamatkan persembahan konsert sulung mereka di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Sementara itu, baks ahli Sistars iaitu Hyolyn juga berada di Kuala Lumpur semalam untuk showcase tertutup.
Terlebih dahulu, pelakon dan ahli grup Super Junior iaitu Choi Siwon telah menemui peminatnya di Sunway Pyramid sempena jelajah Kiehl’s memperkenalkan produk kosmetik terbaru mereka.
Sejak semalam, dia telah sibuk berjumpa dengan para peminatnya di sini. Kemunculan istimewa Siwon bersama pelakon Lisa Surihani di SMK Tinggi Kajang, Selangor menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.
Mereka dibawakan khas oleh UNICEF untuk kempen #StandTogether dan mengingatkan penulis kepada sebuah lagi kempen UNICEF yang menyatukan Siwon dan Lisa pada tahun lalu, juga di Malaysia.
Mereka berdua yang dilantik sebagai duta UNICEF negara masing-masing meluanhkan lebih 2 jam di sekolah berkenaan untuk bercakap tentang isu buli di kalangan remaja.
Ia merupakan inisiatif untuk menamatkan trend membuli dan dipimpin sendiri oleh pelajar sekolah melalui tagline #StandTogether.
Menurut Siwon, dia sudah melawat beberapa negara di bawah program UNICEF dan setiap kali ke negara berasingan, dia tak kekok melayan pelajar dan menghiburkan mereka walaupun mungkin terbatas dari segi bahasa.
Semasa melayan peminat di kalangan pelajar semalam, sebuah video yang kini viral di media sosial menunjukkan seorang pelajar perempuan menolak pelawaan Siwon untuk bersalam tangan atas alasan bukan muhrim.
Pada awalnya, riak wajah Siwon jelas sedikit bingung dan seorang lelaki di sebelahnya berbisik seperti ingin menjelaskan keadaan tersebut. Pelakon itu pantas memahami situasi itu dan tidak mengambil hati.
Pada hari ini pula semasa di Sunway Pyramid, Siwon dilihat bertanya terlebih dahulu kepada peminatnya di atas pentas jika mereka okay untuk bersamalan dan mengambil selfie bersama. OMG, considerate sangat!
Patutlah kehadiran Siwon ke Malaysia dinanti-nantikan pada setiap tahun walaupun dia kerap ‘terbang’ ke sini atas tujuan kerja ataupun bercuti.
Peminat menghargai budi bahasanya yang sentiasa menghormati kepercayaan budaya serta agama berlainan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang meminati filem bergenre seram terutamanya dari karya James Wan, juga merupakan pengarah filem seram box office seperti Conjuring Series, Anabelle, dan Insidious. Terbaru, buah tangan dari beliau ialah M3GAN.
Bakal memeriahkan pawagam Malaysia pada tanggal 5 Julai 2022. Dalam filem M3GAN, bukan wajah seram yang akan menjadi antagonis, tetapi anak patung robot dengan wajah cantik yang diprogramkan untuk menjadi kawan baik anak-anak.
Filem M3GAN mengisahkan tentang anak patung robot bernama M3GAN yang dibuat untuk menemani seorang gadis. Seorang kanak-kanak bernama Cady yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan.
Kisah M3GAN sendiri bermula dengan Gemma, seorang pereka robot yang bekerja untuk sebuah syarikat mainan. Beliau kini sedang membangunkan robot Android Generatif Model 3 (M3GAN) dengan menggunakan Kepintaran Buatan.
M3GAN ialah robot yang kelihatan seperti kanak-kanak perempuan dan diprogramkan untuk menjadi kawan dan penjaga kepada kanak-kanak. Pada suatu hari, anak saudara Gemma, Cady, baru sahaja kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan, jadi dia terpaksa ditinggalkan di rumahnya.
Gemma juga juga memperkenalkan Cady dengan M3GAN supaya mereka berdua menjadi kawan yang sering bermain bersama. Tetapi perkara pelik mula berlaku, beberapa hari kemudian M3GAN berkelakuan pelik dan menjadi agresif. Dia juga sering menimbulkan huru-hara sehingga tidak dapat dikawal.
Filem arahan James Wan ini dibintangi oleh beberapa bintang Hollywood yang popular. Salah seorang daripada mereka ialah Allisons Williams yang akan memainkan watak Gemma, seorang pereka robot AI yang bekerja untuk sebuah syarikat mainan.
Sementara itu, anak saudaranya, Cady, akan dilakonkan oleh VioletMcGraw, yang menjadi Elena kecil dalam Black Widow. Selain itu, Jenna Devis juga merupakan pelakon suara bagi watak M3GAN yang dilakonkan oleh Amie Donald.
Beberapa pelakon lain yang akan memainkan peranan dalam filem ini ialah Ronny Chieng, Brian Jordan Alvarez, dan Lori Dungey. Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton?
Khas Untuk Peminat Majalah Remaja, pada Rabu, 4 Januari 2022, jam 9.00 malam bertempat di GSC The Starling Mall, Hall 7. Kami ingin mencari pembaca bertuah untuk memenangi sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!
Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.
***
Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 3 Januari 2022.
Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Keputusan hakim adalah muktamad.
Pemenang akan dihubungi pihak Majalah Remaja melalui IG anda.
Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC The Starling Mall, pada 4 Januari 2023 bermula jam 8.00 malam hingga 8.30 malam.Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 8.45 malam TIDAK AKAN DILAYAN
Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Shila Amzah memang sinonim dengan industri muzik Malaysia. Menceburi dunia seni sejak kecil, anak kepada ND Lala ini berjaya memahat nama sebagai salah seorang penyanyi berkaliber negara. Kehebatan vokalnya tidak perlu disangkal lagi.
Shila antara penyanyi yang banyak menyertai pertandingan dan menerusi platform-platform tersebut dia berjaya memahat nama dalam ingatan para peminat. Bermula dengan Bintang Kecil RTM yang mana dia mendapat tempat kedua, ibu kepada seorang cahaya mata ini mencipta nama sebagai penyanyi cilik terkenal. Ketika itu dia popular dengan gelaran Shila Tekno. Lagu-lagunya menjadi siulan ramai seperti Kita Berdansa dan Yang Teristimewa.
Kemudian pada tahun 2007 ketika berusia 17 tahun dia mengambil keputusan untuk menyertai One in A Million, sebuah rancangan realiti nyanyian yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta. Pada penghujung pertandingan dia terpaksa berpuas hati sebagai pemenang tempat kedua di belakang juara, Ayu Damit.
Pada 2012, Shila menyertai pertandingan nyanyian Mania! yang disiarkan di Astro Ria namun dia hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja. Terus mencuba dan tak kenal erti kalah, wanita berusia 32 tahun ini mengambil keputusan untuk menyertai sebuah pertandingan jauh di negara China pada tahun yang sama.
Pertandingan nyanyian yang diberi nama Asian Wave ini ternyata menjadi titik tolak kepada kemasyhuran namanya di luar negara. Dia yang tampil anggun dalam balutan hijab menyerlahkan persembahan yang cukup memukau sepanjang minggu dan sekaligus bergelar juara. Sejak itu namanya mekar di sana dan mengumpul jutaan peminat berbangsa cina.
Bukan sekadar menjadi juara Shila memenangi banyak anugerah atas pencapaiannya yang memberangsangkan. Selain Asian Wave, Shila turut menyertai rancangan I Am Singer musim kedua pada 2014 yang mana dia berjaya berada di kedudukan ketiga. Menerusi pertandingan ini namanya mekar sehingga ke Hong Kong dan Taiwan.
Menerusi kejayaannya di negara China, Shila mengecap status sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa. Lebih membanggakan, dia berjaya mengungguli dunia muzik yang bukan berbahasa Inggeris.
Pemilik nama penuh NurShahila Amir Amzah ini sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila dia rupa-rupanya suara di sebalik maskot Rambutan yang menjadi juara dalam rancangan realiti The Masked Singer Malaysia musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Warna yang disiarkan awal tahun ini.
She is definitely in it to win it! Kini Shila sekali lagi mencipta gelombangnya tersendiri apabila menjadi salah seorang peserta rancangan hiburan popular, Gegar Vaganza. Ternyata kehebatan vokal dan kredibiliti persembahannya meletakkan dia antara peserta yang melangkah ke peringkat akhir.
Sepanjang pertandingan yang sudah berlangsung selama sepuluh minggu, dia boleh dikatakan selesa berada di kedudukan yang baik apabila mencatat markah tinggi.
Jadi adakah Shila akan menjadi juara Gegar Vaganza? Sama-sama kita nantikan. Apa yang boleh disimpulkan, semangat yang dimiliki oleh penyanyi versatile ini cukup mengagumkan. Dari satu pertandingan ke pertandingan yang disertai, dia muncul sebagai antara yang terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!