Entah perbuatan individu mana yang sakit jiwa melihat lukisan mural indah yang memaparkan wajah pemimpin negara termasuk DYMM Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menjadi mangsa contengan individu biadap.
Hari ini kecoh di media sosial wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin termasuk wira negara dalam tangani isu COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah termasuk wajah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut ditulis perkataan yang mengaibkan “ba**.
Dalam satu perkongsian oleh individu ini beliau berkongsi bagaimana lukisan mural yang memaparkan wajah beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah menjadi sasaran vandalisme oleh individu yang tidak bertanggung jawab malam tadi.
Menerusi gambar yang disebar di media sosial, mural tersebut diconteng dengan perkataan menghina seperti ba** dan bangsat.
Ternyata netizen mengecam perbuatan tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu kerana perbuatan ini dianggap sebagai terlalu biadap.
Sebelum ini mural tersebut dilukis oleh pelukis kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali sebagai tanda menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pendemik Covid-19.
Boleh ke perlakuan begini hanya dikenakan hukuman khidmat masyarakat sahaja?
Carian REMAJA berkaitan akta vandalisme telah menemukan sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama.
Dalam satu kenyataan yang pernah disiarkan di BERNAMA pada 31 Disember 2018, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan supaya melaksanakan hukuman khidmat masyarakat kepada mereka yang melakukan perbuatan vandalisme bagi menimbulkan rasa malu dan takut dalam kalangan pelaku.
Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan hukuman itu dilihat sebagai cara yang lebih berkesan berbanding hukuman lain terutama kompaun dan denda.
Ads
"Saya berharap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan bertindak memastikan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat oleh semua pihak berkuasa tempatan terhadap mereka yang melakukan vandalisme.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang dikuatkuasakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi dan efektif bagi menangani masalah itu," katanya dalam satu kenyataan.
Lee menjelaskan, pada masa ini pesalah dikenakan hukuman mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan yang menyebabkan kerugian bernilai RM25 ke atas boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Menurut Lee, sudah tiba masanya untuk Akta Vandalisme diperkenalkan agar hukuman khidmat masyarakat diwajibkan manakala hukuman rotan dikenakan kepada pesalah tegar.
Ads
Beliau berkata langkah itu boleh dilaksanakan kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan yang melarang pekerjaaan secara paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas.
"Mereka yang didapati bersalah melakukan sebarang perbuatan vandalisme hendaklah melakukan khidmat masyarakat mengikut bilangan jam yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa berkenaan.
"Ia merupakan hukuman yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat yang menerima kesan akibat tindakan pelaku.
"Hakim selalunya memerintahkan pesalah melakukan khidmat masyarakat sebagai tambahan atau ganti kepada hukuman lain, seperti penjara atau denda," katanya.
Beliau berkata, meskipun tahap vandalisme di negara ini tidak begitu membimbangkan, namun tahap kerosakan kemudahan awam adalah serius dan menjadi ancaman sosial sekali gus mewajarkan undang-undang ketat untuk menangani masalah itu.
Pada pandangan korang, sesuai ke orang yang sakit jiwa begini dikenakan khidmat masyarakt sahaja atau perlu diberi “hukuman”? Rasa-rasa macam mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai peminat memuja artis yang mereka sukai. Masa yang sama mengagungkan dan mempercayai apa yang artis suarakan. Tidak hairanlah, ramai pengeluar atau peniaga suka mengambil artis sebagai jurucakap kerana yakin produk mereka boleh terjual dengan banyak.
Mungkin tidak pernah sedar tentang isu makanan tambahan untuk bayi yang pernah kecoh suatu ketika dahulu, kali ini Neelofa telah mempromosikan satu produk menambah ketinggian pula. Biar memaklumkan bahawa senaman perlu dilakukan untuk membantu pertumbuhan seseorang tetapi artis kesayangan ramai ini mungkin tidak menyedari bahawa seseorang tidak mungkin bertambah ketinggiannya bila tulang sudah matang iaitu pada usia 19-21 tahun.
Selepas menyedari isu ini mula diperkatakan, Neelofa dikatakan telah memadamkan tweet berkenaan tetapi ia sempat di” capture” oleh segelintir peminatnya dan ianya mula tular sehingga mendapat perhatian dari para doktor yang arif mengenainya.
Baca pandangan dari doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan yang secara ilmiah menerangkan bahawa ketinggian manusia akan mencapai tahap matang pada usia mencecah 19-21 tahun.
PUTIH, KURUS, & TINGGI : itulah definisi cantik pada mata masyarakat kita.
Oleh itu, permintaan untuk produk pemutih, kurus atau peninggi, amat rencam. Antara produk ketiga-tiga produk ini, peninggi adalah yang paling banyak memusykilkan.
Ada produk menjanjikan tambahan ketinggian tidak terikat pada umur pengguna. Hakikatnya, selepas umur 19-21 tahun, secara fisiologinya, ketinggian tubuh sudah tidak bertambah kerana tulang sudah matang dan tidak akan memanjang.
Ada produk menggambarkan kadar peninggian sebanyak 1 cm seminggu, dan penambahan maksimum sebanyak 5-15 cm. Ketika kanak-kanak pesat membesar, kadar peninggian pun hanya lebih kurang 1-1.5 cm sebulan.
Ada produk yang dakwa negara-negara Asia lain melihat penambahan ketinggian rakyatnya secara umum kerana meraka mengambil produk peninggi. Ini tak benar sama sekali.
Jika anda dah lebih 21 tahun, tak perlulah kiranya ambil apa-apa produk untuk tambah ketinggian. Tak membantu.
Semalam merupakan minggu kedua program Big Stage 2019 yang menyaksikan para peserta dari pelbagai negara berentap.
Walaupun kesemua peserta memberikan persembahan yang mantap namun begitu, netizen tertarik dengan persembahan terakhir yang diberikan oleh peserta dari Korea Selatan, Hanbyul.
Menyanyikan lagu Vroom Vroom yang dinyanyikan oleh Nabila Razali, penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya memberikan nafas baru buat lagu tersebut sekaligus membuatkan orang ramai tertarik untuk mengenalinya.
Fuh, Power orang korea nyanyi lagu melayu. Lirik dia semua betul! slang korea pun sikit je😍😍😍 Hanbyul #bigstage2019 terbaik! Better dari Nabila Razali. #HANBYUL
Yang comelnya pasal han byul ni bila nak tahu markah dia punya rasa nervous tu kemain sampai nak terduduk duduk ha, lepastu dia punya happy tu cam menang loteri 😬 #bigstage2019#hanbyul
Hanbyul really owns the night. Alif was right, they saved the best for last. Hanbyul just shows a great example and literally shut some judgemental Malaysians who looked down on Korean artist. Hanbyul proved everyone wrong.
Untuk pengetahuan, Hanbyul atau nama sebenarnya, Jang Hanbyul dilahirkan di Brisbane, Australia namun meluaskan kariernya sebagai penyanyi di Korea Selatan.
Pernah menjadi penyanyi untuk sebuah rock band, LEDApple mula menyertai industri pada tahun 2011 menerusi mini album, CODA.
Selain itu, Hanbyul juga aktif di laman Youtube menyanyikan lagu cover penyanyi-penyanyi lain sebelum menyertai program Big Stage.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dihormati oleh rakyat Jepun sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara matahari terbit itu, Shinzo Abe telah ditembak ketika sedang memberikan ucapan pada satu majlis berkempen di bandar Nara, barat Jepun, pada jam 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.
Abe, 67 dilaporkan rebah dalam keadaan berdarah setelah satu bunyi seperti tembakan kedengaran di kawasan lapang tersebut dan terus dikejarkan ke hospital berdekatan menggunakan helikopter.
Buat masa ini, Abe dikatakan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin sekali mengalami serangan jantung. Begitupun, keadaan sebenarnya masih belum dapat dipastikan.
Seorang suspek lelaki berusia 42 tahun telah ditahan di lokasi kejadian. Beliau dikenali sebagai Tetsuya Yamagami dari Nara dan merupakan bekas ahli pasukan pertahanan diri maritim.
Suspek semasa diberkas di lokasi kejadian dan peranti yang dipercayai dicipta sendiri di rumah (homemade weapon).
Menurut seorang wartawan stesen penyiaran NHK yang bertugas di lokasi, mereka terdengar bunyi dua das tembakan berturut-turut semasa Abe sedang berucap di kempen pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 10 Julai, hujung minggu ini.
Khabarnya, kesemua anggota kabinet yang sedang berkempen atau sedang membantu proses kempen telahpun diarahkan pulan ke Tokyo dengan segera. Sementara itu, kerajaan Jepun pula sedang meneliti insiden tersebut dan dipercayai sedang menyelaras tindak balas.
Imej terdekat sebelum dan selepas kejadian di Nara, Jepun. Sumber Foto : NHKShinzo Abe. Sumber Foto : Politico.EU
Shinzo Abe mencatat rekod sebagai Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat sejak tahun 2006 hingga 2022. Terdahulu pada usia 52 tahun, beliau juga mencatat rekod merupakan Perdana Menteri termuda pernah dilantik di Jepun.
Abe dikenali sebagai individu bercita-cita tinggi dalam membantu reformasi ekonomi Jepun (popular dengan gelaran Abenomics) dan berjaya membentuk hubungan diplomatik penting bagi negara itu.
Abe melepaskan jawatan hampir dua tahun lalu disebabkan masalah kesihatan pada usia 65 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...