Dek kekhilafan ketika menghantar ciapan di akaun Twitter, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn terlepas daripada menyertai temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pada bulan Mei.
Ini setelah keputusan mesyuarat di antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia merumuskan Hanis bersalah di atas ciapan berbaur perkauman yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Bukan setakat itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga melaporkan bahawa pemain berusia 27 tahun itu telah digantung sementara waktu daripada menyertai mana-mana perlawanan antarabangsa.
Hanis Nadiah Onn
“Jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain.”
Sebagai konteks, Hanis telah memuat naik ciapan berbunyi, “Bau best la kat dalam itu,” berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata di gambar serta video yang terlebih dahulu dimuat naik oleh Kosmo Online.
Komen Hanis itu merujuk kepada para penonton yang menghadiri konsert AR Rahman, seorang artis dan komposer terkenal dari India di Stadium Nasional Bukit Jalil, lewat Januari lepas.
Susulan perbuatannya itu, warganet tampil mengecamnya kerana tidak sensitif dengan topik perkauman sehingga memaksanya memadamkan ciapan asalnya serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Biarpun Hanis menegaskan tidak mempunyai apa-apa niat bagi mencetuskan sentimen perkauman menerusi ciapan itu, ‘jenaka’ yang cuba diketengahkan olehnya itu tidak menerima respon seperti yang diharapkan.
Sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis sewajarnya lebih cakna dengan komen-komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran atau kemarahan masyarakat.
‘Backlash’ yang diterimanya kini bukan sekadar mencalarkan imejnya. Malah ia juga dikhuatiri mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan apabila ia secara jelas melanggar kod etika Konfiderasi Hoki Malaysia.
Menurut mereka lagi, tindakan ini akan dinilai semula sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh tersebut.
Situasi ini saling tidak tumpah ibarat perumpamaan; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Ads
Biarpun ramai yang bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ini, rasa terkilan tentunya dirasai oleh sesetengah pihak terutamanya peminat sukan hoki Malaysia memandangkan Hanis merupakan seorang pemain yang cukup baik prestasinya di atas padang.
Sejak mewakili Malaysia pada tahun 2014, dia telah berjaya menjaringkan 36 gol dalam 84 penampilan antarabangsa.
Hanis ketika ditemui pemberita selepas membantu pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Sumbangsih semalam menerima tindakan tersebut dengan hati terbuka dan akan teruus fokus kepada perlawanan Liga Hoki Wanita Malaysia bersama Negeri Sembilan.
Setelah memperolehi kejuaraan pertama semalam, Hanis tekad untuk membantu pasukannya untuk memenangi dua lagi piala yang dipertandingkan di peringkat liga tempatan.
“Saya sedar sebagai atlet, saya juga ada batasnya.
“Jika jurulatih anggap saya masih relevan di masa akan datang dan mahu menyenaraikan saya, saya akan sedia mewakili pasukan kebangsaan,” komennya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pemilik salun warga Malaysia dan pasangannya telah berpisah selepas dua minggu berkahwin.
Pemilik salon yang mempunyai seramai 167,000 pengikut di TikTok, Danny, berkahwin dengan Nur Azera Fatehah Abdullah berusia 22 tahun pada 15 Julai lalu di Layang-Layang, Johor, menurut laporan Berita Harian.
Menurut sumber, netizen mula menyedari pasangan itu telah bercerai selepas Danny memuat naik foto dan video dirinya bersama Azera, dengan kapsyen berbunyi,“I’m over it”, diikuti dengan emoji sedih.
Hubungan mereka mula mendapat perhatian ramai apabila kedua-duanya mengumumkan rancangan mereka untuk berkahwin bulan lalu, walaupun baru mengenali antara satu sama lain selama lima hari.
Mengesahkan penceraian kepada Harian Metro, Danny berkata mereka berpisah secara rasmi pada 30 Julai lalu menerusi lafaz cerai di aplikasi WhatsApp.
“Saya tidak boleh berkongsi punca perpisahan secara terperinci, tetapi apa yang boleh saya katakan ia berlaku kerana silap kami sendiri,
“Saya membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.
“Keluarga saya memang mengambil berat terutama ibu saya. Saya tidak menjawab panggilan telefonnya sehingga hari ini (5 Ogos) kerana belum bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun dia sedih dengan perkahwinan yang singkat itu, dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman bergelar suami.
“Dalam tempoh dua minggu berkahwin, saya dapat merasai pengalaman bergelar suami, belajar erti kasih sayang terhadap seorang wanita, dan merasai kemeriahan hidup berkeluarga yang sentiasa saya idamkan, walaupun hanya sementara,” kata lelaki tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi dan juga kesihatan. Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat.
Di Jakarta, pemerintah negeri tersebut telah mula menjalankan proses vaksinasi secara menyeluruh dan dalam masa yang sama memberi amaran bagi mereka yang enggan mengikuti program vaksinasi tersebut. Jika didapati ingkar arahan, setiap orang boleh dedenda sebanyak 5 juta rupiah bersamaan RM1440.
Hukuman ini dilihat sebagai satu langkah untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan baharu yang mewajibkan inokulasi terhadap jangkitan virus Covid-19. Menurut laopran Reuters, naib gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata kepada wartawan, “Jika anda tolak, akan dala dua perkara perlu anda lalui iatu tiada bantuan sosial dan juga denda.”
Indonesia mendepani masalah pandemik Covid-19 paling buruk di Asia dan mensasarkan untuk memberi vaksin kepaa 181.5 juta dari 270 juta populasi penduduk negara itu dalam masa 15 bulan di bawah program vaksinasi yang telah bermula bulan lalu. Sehingga ini seramai lebih kurang 34,000 warga Indonesia yang diketahui meninggal akibat virus tersebut.
***p/s – Di Malaysia, vaksin dijangkakan tiba pada 21 Februari ini. Golongan pekerja barisan hadapan dan juga warga tua akan diberikan keutamaan untuk menerima vaksin tersebut. Jangan kita terpengaruh dengan dakyah puak anti-vaksin. Ini adalah usaha demi menjaga kesejahteraan kita sebagai rakyat di negara berdaulat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapat hadiah yang kita idamkan memang la teruja dan seronok.
Syarikat Sony belum lagi melancarkan produk terbaharu mereka iaitu PlayStation 5 kepada peminatnya, namun kasihnya seorang bapa beliau berjaya memperolehnya untuk dihadiahkan kepada anaknya sempena hari jadi.
David yang merupakan seorang remaja berusia 16 tahun disahkan dijangkiti COVID-19 sehari sebelum hari jadinya yang ke-16. Dia dimasukkan ke hospital di New York dan berita dirinya dijangkiti virus itu tersebar luas sekali gus menjejaskan majlis sambutan hari jadinya.
Ekoran itu bapanya berhasrat menggembirakan anaknya yang tengah kecewa dengan membeli PS5 dan memberinya alat itu di hospital.
Walau bagaimanapun, keterujaan David membuatkannya tidak berfikir panjang lantas terus memasang PS5 itu. Malangnya, dia telah mencabut alat bantuan pernafasannya.
Allahu….
Gara-gara berbuat demikian, David menghadapi kesukaran bernafas dan akhirnya meninggal dunia.
Dalam kes ini kerajaan enggan mengisytiharkannya sebagai kematian akibat korona virus, manakala Sony juga enggan menerima kematiannya akibat PS5.
Dalam pada itu syarikat insurans gembira dengan perbalahan antara kedua-dua pihak ini kerana apa pun keputusannya, mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran.
Untuk info, Sony PlayStation 5 didatangkan dengan dua varian iaitu Sony PS5 Pro dan PS5. Sony pada Jumaat lepas mengumumkan lebih 24 judul permainan baru bagi konsol PS5 versi terbaharu yang penuh bergaya.
Konsol PS5 menjanjikan rupa bentuk konsol futuristik campuran warna hitam dan putih dengan grafiks lebih realistik dan lebih responsif dari sebelumnya.
Sesuai dengan tema yang dibawa ‘The Future of Gaming Show’, reka bentuk konsol yang jauh berbeza dari edisi sebelumnya.
Berdasarkan info yang dinyatakan oleh mydrivers, PS5 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi dengan harga 499 USD bersamaan lebih kurang RM2,097 dan untuk varian yang bukan Pro, ianya berharga 399 USD bersamaan RM1,677.
So birthday penulis dah dekat ni, siapa pula nak hadiahkan dekat penulis PS5 ni…hiks