Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pemilik salun warga Malaysia dan pasangannya telah berpisah selepas dua minggu berkahwin.
Pemilik salon yang mempunyai seramai 167,000 pengikut di TikTok, Danny, berkahwin dengan Nur Azera Fatehah Abdullah berusia 22 tahun pada 15 Julai lalu di Layang-Layang, Johor, menurut laporan Berita Harian.
Menurut sumber, netizen mula menyedari pasangan itu telah bercerai selepas Danny memuat naik foto dan video dirinya bersama Azera, dengan kapsyen berbunyi,“I’m over it”, diikuti dengan emoji sedih.
Ads
Hubungan mereka mula mendapat perhatian ramai apabila kedua-duanya mengumumkan rancangan mereka untuk berkahwin bulan lalu, walaupun baru mengenali antara satu sama lain selama lima hari.
Mengesahkan penceraian kepada Harian Metro, Danny berkata mereka berpisah secara rasmi pada 30 Julai lalu menerusi lafaz cerai di aplikasi WhatsApp.
“Saya tidak boleh berkongsi punca perpisahan secara terperinci, tetapi apa yang boleh saya katakan ia berlaku kerana silap kami sendiri,
Ads
“Saya membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.
“Keluarga saya memang mengambil berat terutama ibu saya. Saya tidak menjawab panggilan telefonnya sehingga hari ini (5 Ogos) kerana belum bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun dia sedih dengan perkahwinan yang singkat itu, dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman bergelar suami.
“Dalam tempoh dua minggu berkahwin, saya dapat merasai pengalaman bergelar suami, belajar erti kasih sayang terhadap seorang wanita, dan merasai kemeriahan hidup berkeluarga yang sentiasa saya idamkan, walaupun hanya sementara,” kata lelaki tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Fyn Jamal kembali menjadi bulan ramai, apabila lantang bersuara memberikan pendapat peribadinya di laman sosial berkaitan kes rogol. Penyanyi itu membangkitkan isu jenayah rogol dan beberapa status nya di laman sosial hingga mencetuskan kemarahan netizen yang mendakwa ia agak mengelirukan.
Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu rogol.
Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian netizen tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan.
Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story.
Netizen meminta pandangan Fynn Jamal mengenai isu rogol dalam sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya wanita yang menjadi mangsa. Fynn Jamal bagaimanapun menerusi IG Stories respon kepada soalan tersebut.
Pada pandangannya, tindakan wanita yang memuat naik gambar cantik dan comel di media sosial boleh mengundang kepada nafsu lelaki.
“Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu.
“Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.
“Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena,” katanya.
Namun, menariknya penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna turut memberikan respon berkaitan isu ini. Yuna Zarai juga menzahirkan pendiriannya di laman Twitter miliknya selepas isu ini semakin hangat diperkatakan oleh netizen.
In case yall still want to blame rape victims, you want to sound righteous, you want to sound religious.
Tambah Yuna, kes rogol di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2014 mencatatkan sebanyak 28,741 tapi hanya 4514 kes didakwa. Lagi menyedihkan cuma 2.7% iaitu 765 kes sahaja yang didapati bersalah. Yang lainnya bebas begitu sahaja.
Mangsa rogol sudah tentu akan berdepan dengan trauma dan stigma masyarakat terhadap kehidupan mereka. Yuna turut mendoakan supaya mangsa rogol diberikan kekuatan untuk harungi kehidupan.
Yuna turut menegaskan sekiranya sebahagian masyarakat menunding jari kepada golongan wanita yang didakwa menjadi punca kes ini, mereka perlu meneliti kes rogol yang melibatkan kanak-kanak terlebih dahulu. Yuna juga menegaskan untuk tidak salahkan mangsa rogol sewenang-wenangnya.
So apa pendapat korang tantang perkara ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penggemar minuman bubble tea, lepas ni korang bolehlah dapatkan minuman Tea Live secara 24 jam di rangkaian 7-Eleven yang terpilih di Lembah Klang.
Tak perlu nak tunggu jam 10 pagi waktu shopping mula beroperasi, korang boleh terus serang kedai 24 jam 7-Eleven kerana menurut Tea Live Asia, tiga minuman eksklusif Tea Live bakal dijual dibebarapa cawangan 7-Eleven.
Antara pilihan minuman yang ada termasuklah:
• Signature Milk Tea with Konjac Jelly – Rm5.50
• Original Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.00
• Superior Coco – RM5.00
Senarai 10 Outlet 7-Eleven yang terpilih:
1. Plaza Berjaya, KL
2. Wisma Bukit Bintang
3. Sidewalk Island Ansa Hotel, KL
4. Changkat Thambi Dollah
5. KL Sentral
6. Nu Sentral
7. Berjaya Times Square (1st Floor)
8. Berjaya Times Square (LG Floor)
9. Berjaya Times Square Hotel
10. Kenanga Wholesale City
Lepas ni, kalau rasa teringin je boleh terus cari di 7E. Tak kisahlah kalau dah pukul 1 pagi pun. Mudah kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sudah namanya Lady Gaga, setiap kemunculan di karpet merah wajib dijadikan lokasi utama untuk melakukan statement.
Lady Gaga nyata sudah bersedia untuk mencatat sejarah di karpet merah Anugerah Oscars 2019. Tidak, dia masih memakai gaun ‘normal’ hitam rekaan Alexander McQueen lengkap dengan sarung tangan opera dan hip pads di pinggul.
Namun, topik perbualan semua orang tertumpu pada aksesori barang kemas yang diperagakan oleh Lady Gaga, pagi ini. Hhm – nampak familiar..
Calon kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem A Star Is Born ini dilaporkan berjalan dengan rantai berlian kuning 28.54 karat Tiffany & Co yang juga dikenali sebagai ‘The Tiffany Diamond.
Lady Gaga memilih salah seorang pereka fesyen kegemarannya, Alexander McQueen untuk acara karpet merah Oscars 2019.
Menariknya, Lady Gaga menjadi wanita KETIGA yang memakai rantai tersebut! Ia pertama kali dipakai oleh Mrs. Sheldon Whitehousedi acara Tiffany Ball pada tahun 1957, sebelum Audrey Hepburn memakainya pada tahun 1962 dalam salah satu poster filem ‘Breakfast at Tiffany’s’.
(Kiri) Lady Gaga dan Audrey Hepburn.Sumber: Tiffany & Co.
Berlian kuning itu dilaporkan diperolehi oleh pemiliknya, Charles Lewis Tiffany dari Afrika Selatan pada tahun 1877 – pada harga USD 18,000. Pada tahun 1972 pula, rantai berlian tersebut telah dibida pada harga USD 5 juta untuk tempoh 24 jam namun tiada siapa yang mengambil peluang itu untuk membelinya.
Kini, ia dianggarkan bernilai kira-kira USD 30 juta. Wow!
Entah berapa ramailah bodyguard Lady Gaga hari ini..
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.