Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon veteran terkenal, Zulkifli Ismail, iaitu Dr Zulfati Izazi Zulkifli (33) mencuri perhatian di media sosial selepas mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Pengajaran daripada National University of Singapore (NUS). Pengiktirafan itu menjadi satu pencapaian bermakna buat dirinya yang komited dalam bidang pendidikan, khususnya pengajaran bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Menerusi perkongsian di Instagram, khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Izazi yang menyifatkan penghargaan berkenaan sebagai detik istimewa dalam perjalanan kerjayanya. Lebih bermakna lagi, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan pertama yang diterimanya sepanjang bergelar pendidik, sekaligus menjadi pembakar semangat untuk terus memperkasa kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

Berkongsi keterujaannya, Dr Izazi meluahkan rasa syukur kerana dapat melakukan perkara yang diminatinya sambil memperoleh penghargaan daripada pihak universiti.

“This is my first ever teaching award! Tidak dinafikan perasaan yang sangat istimewa apabila menerima anugerah hanya kerana bercakap tentang perkara yang kita suka selama berjam-jam,” katanya.

Anak Zulkifli Ismail Raih Anugerah Kecemerlangan NUS, Dr Zulfati Izazi Bangga Perkenal Bahasa Melayu Di Singapura Anak Zulkifli Ismail Raih Anugerah Kecemerlangan NUS, Dr Zulfati Izazi Bangga Perkenal Bahasa Melayu Di Singapura

Pada masa yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menghargai sokongan pelajar dan rakan sekerja yang banyak membantunya menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pendidik di luar negara. Menurutnya, perjalanan tersebut adakalanya mencabar dan terasa sunyi, namun kehadiran insan sekeliling menjadikan tempat kerjanya seperti rumah kedua.

Ads

Memetik perkongsian beliau bersama SinarPlus, Dr Izazi menjelaskan bahawa peluang mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Singapura merupakan satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab. Beliau juga berasa bangga apabila usaha serta inovasi yang diketengahkan dalam pengajaran bahasa kebangsaan itu mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada pihak universiti.

Difahamkan, sebelum menyertai NUS, Dr Izazi terlebih dahulu membina pengalaman akademiknya sebagai pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM), sebelum meneruskan kerjaya di Hankuk University, Korea Selatan.

BACA: Zulkifli Ismail Kembali Ke Kampus, Sambung Master Di UPSI Pada Usia 62 Tahun

Ads

Anak Zulkifli Ismail Raih Anugerah Kecemerlangan NUS, Dr Zulfati Izazi Bangga Perkenal Bahasa Melayu Di Singapura Anak Zulkifli Ismail Raih Anugerah Kecemerlangan NUS, Dr Zulfati Izazi Bangga Perkenal Bahasa Melayu Di Singapura

Pengalaman merentasi institusi pendidikan dan negara berbeza itu memberinya peluang untuk mempelajari pendekatan baharu, memperluas jaringan profesional serta memahami keperluan pelajar daripada latar belakang yang pelbagai.

Ads

“Bagi saya, selagi ada peluang untuk belajar benda baru, tak rugi kalau kita mencuba,” katanya ketika berkongsi pandangan mengenai keputusan meneroka peluang kerjaya di luar negara. Beliau turut menggalakkan wanita muda supaya tidak meragui kebolehan sendiri, sebaliknya terus mengejar minat dengan bersungguh-sungguh dan konsisten.

Sementara itu, kejayaan Dr Izazi bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah membuktikan bahawa anak Malaysia mampu membawa bahasa Melayu ke pentas pendidikan antarabangsa melalui usaha dan dedikasi. Pencapaiannya juga menjadi inspirasi kepada generasi muda agar berani keluar daripada zon selesa, terus menimba ilmu dan tidak berhenti mengembangkan potensi diri. Semoga kejayaan ini membuka lebih banyak ruang untuk bahasa Melayu terus dikenali serta dihargai dalam kalangan masyarakat dunia.

Sumber: Instagram Dr Izazi & SinarPlus 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads