Dapat hadiah yang kita idamkan memang la teruja dan seronok.
Syarikat Sony belum lagi melancarkan produk terbaharu mereka iaitu PlayStation 5 kepada peminatnya, namun kasihnya seorang bapa beliau berjaya memperolehnya untuk dihadiahkan kepada anaknya sempena hari jadi.
David yang merupakan seorang remaja berusia 16 tahun disahkan dijangkiti COVID-19 sehari sebelum hari jadinya yang ke-16. Dia dimasukkan ke hospital di New York dan berita dirinya dijangkiti virus itu tersebar luas sekali gus menjejaskan majlis sambutan hari jadinya.
Ekoran itu bapanya berhasrat menggembirakan anaknya yang tengah kecewa dengan membeli PS5 dan memberinya alat itu di hospital.
Walau bagaimanapun, keterujaan David membuatkannya tidak berfikir panjang lantas terus memasang PS5 itu. Malangnya, dia telah mencabut alat bantuan pernafasannya.
Ads
Allahu….
Gara-gara berbuat demikian, David menghadapi kesukaran bernafas dan akhirnya meninggal dunia.
Dalam kes ini kerajaan enggan mengisytiharkannya sebagai kematian akibat korona virus, manakala Sony juga enggan menerima kematiannya akibat PS5.
Ads
Dalam pada itu syarikat insurans gembira dengan perbalahan antara kedua-dua pihak ini kerana apa pun keputusannya, mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran.
Untuk info, Sony PlayStation 5 didatangkan dengan dua varian iaitu Sony PS5 Pro dan PS5. Sony pada Jumaat lepas mengumumkan lebih 24 judul permainan baru bagi konsol PS5 versi terbaharu yang penuh bergaya.
Ads
Konsol PS5 menjanjikan rupa bentuk konsol futuristik campuran warna hitam dan putih dengan grafiks lebih realistik dan lebih responsif dari sebelumnya.
Sesuai dengan tema yang dibawa ‘The Future of Gaming Show’, reka bentuk konsol yang jauh berbeza dari edisi sebelumnya.
Berdasarkan info yang dinyatakan oleh mydrivers, PS5 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi dengan harga 499 USD bersamaan lebih kurang RM2,097 dan untuk varian yang bukan Pro, ianya berharga 399 USD bersamaan RM1,677.
So birthday penulis dah dekat ni, siapa pula nak hadiahkan dekat penulis PS5 ni…hiks
Sejak pengumuman kandungan cahaya mata kedua yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza 1 Disember lalu, ramai peminatnya yang tertanya-tanya mengenai jantina bakal bayi tersebut.
Pada mulanya, kami di REMAJA merasakan bahawa TokTi dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ingin merahsiakan perkara tersebut sehingga hari kelahiran kelak.
Namun, setelah mengamati hint pada poster yang dimuat naik oleh aplikasi membeli-belah atas talian, Shopee MY semalam, jangkaan awal kami ternyata tidak tepat.
Poster yang dimuat naik oleh Shopee MY semalam.
Menerusi segmen secara langsung bersama Shopee sempena promosi jualan 12.12 hari ini, TokTi bersama suami telahpun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang seorang cahaya mata lelaki!
Setelah meletupkan belon, penonton dapat melihat confetti berwarna biru berterbangan lantas menandakan jantina lelaki.
Pengacara segmen tersebut terus mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut sambil mempersembahkan sebuah kek berwarna biru bagi meraikan berita gembira tersebut.
Tak lama kemudian, Datuk K memberikan satu lagi ‘hint’ mengenai nama bakal anak mereka ini. Kata beliau, ia akan bermula dengan Muhammad seperti anak-anak lelaki beliau sebelum ini; kemudian diikuti dengan nama yang bermula dengan huruf A.
Tahniah REMAJA ucapkan!
Terdahulu dalam sidang media bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 1 Disember lalu, beliau menjawab pertanyaan sama ada anak sulungnya, Siti Aafiyah merasa jealous atau gembira dengan berita bakal menerima adik baharu.
Satu lagi berita sedih yang diterima pagi tadi apabila pusat penginapan lagenda di ibu negara, Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan penutupan operasinyapada 1 September 2021 dan menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada para pekerja.
Menerusi sepucuk surat yang tular di media sosial, surat bertarikh 30 Jun 2021 itu telah ditandatangani pengurus besar hotel, Noorazzudin Omar dan berkata pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf 5 bintang itu.
“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.
“Dengan rasa kesal, kami ingin memakluman keputusan untuk menutup operasi kami, dijangka pada 1 September 2021,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Walaupun Hotel Istana kini digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19, mereka masih menanggung kerugian dalam operasi bulanannya. Pandemik jelas telah memberi impak teruk kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.
Bagaimanpun, khabarnya para pekerja Hotel Istana masih belum menerima notis secara rasmi.
Hm, pastinya ini merupakan satu berita yang sukar untuk diterima memandangkan ia merupakan pusat penginapan bersejarah di Malaysia dan pernah mahsyur satu ketika dahulu. Dalam keadaan Malaysia yang masih menjalankan PKP Penuh, rakyat terpaksa berhadapan risiko diberhentikan kerja.
Semoga individu-individu yang terkesan sepanjang PKP ini dimurahkan rezeki dan mendapat peluang kerja yang lebih baik kelak.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan penutupan beberapa rangkaian hotel besar di dalam negara akibat perniagaan yang merundum pada musim pandemik.
Jika pada tahun 2021 dua pelajar Malaysia iaitu Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Kuantan, Pahang telah berjaya ‘meloloskan’ diri untuk melanjutkan pelajaran universiti terkemuka di Harvard Collage, Amerika Syarikat (AS); tahun 2022 telah meneruskan rentak cemerlang tersebut.
Tahun ini, seramai lima orang pelajar Malaysia mencipta sejarah setelah diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka, Harvard College dekat Massachusetts, AS.
Untuk pengetahuan, bilangan tahunan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke institusi pengajian terkemuka dunia itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara. Mereka ini terpilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 sekadar 3.19 peratus sahaja, iaitu yang paling rendah dalam sejarah Harvard.
Pelajar-pelajar Malaysia yang terpilih tahun ini ialah:
Chooi Je Qin dari SMK Sultan Ismail, Johor. Kini melanjutkan A-Levels di Kolej Tuanku Jaafar.
Chooi Je Qin
Herman Leong Xin Yang dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang. Kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Herman Leong Xin Yang
Ishant Shah dari SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Kini melanjutkan Program Matrikulasi Antarabangsa Canadia di Sunway College). Ishant juga merupakan pemain skuasy negara.
Ishant Shah
Carisma Michaele Wong dari SM Stella Maris, Sabah. Kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah Biasiswa Yayasan Khazanah; dan..
Carisma Michaele Wong
Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur yang kini melanjutkan A-Levels di Garden International School.
Lee Ee Jenn
Para pelajar itu masing-masing bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang astrofizik, biokimia, sains alam sekitar dan polisi awam, politik dan sosiologi.
Pemilihan mereka juga bukan sekadar terlepat kepada faktor kebijaksanaan dan keputusan akademik saja. Mereka juga diadili berdasarkan kualiti kualiti cemerlang termasuk di luar bidang akademik.
Ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa astrofizik dan astronomi, bermain alat muzik double bass untuk pasukan orkestra sekolah, mempunyai minat terhadap bahasa dan karaoke Kadazan, mewakili Malaysia dalam pertandingan debat serta terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar serta kedermawanan.
Fuh, hebat betul!
Dalam pada itu, penemuduga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob turut berbangga dengan kejayaan ini.
“Kami sangat teruja kerana lima pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun.
“Sebelum ini, paling ramai adalah dua pelajar yang diterima masuk setiap tahun dan ada tahun tiada langsung. Semua mereka semua berkongsi dedikasi untuk mengecapi kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati,” katanya.
Selain Wan Nadiah, penemuduga alumni lain termasuklah paderi gereja Holy Trinity Bukit Bintang, Jacintha Tagal dan ketua penyelidik Khazanah Nasional Bhd, Nick Khaw.
Bukan calang-calang insan yang mampu melepasi tahap kelayakan ketat yang ditetapkan. Tergolong dalam pelajar universiti Ivy League sememangnya menjadi impian pelajar cemerlang seluruh dunia untuk meneruskan pengajian di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelajar USIM meraih anugerah gangsa dalam pertandingan sains antarabangsa di Moscow, sekali gus mengharumkan nama Malaysia menerusi penyelidikan inovatif.