Baru-baru ini, pelakon terkenal, Anna Jobling meraih perhatian selepas berjaya dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, pada Ahad.

Pada masa yang sama, pelakon yang kini berusia 26 tahun itu turut membawa pulang trofi Selebriti Feminin Terhangat, sekaligus melengkapkan kejayaan beliau pada malam kemuncak anugerah berkenaan. Kemenangan tersebut menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat Anna yang terus mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Menerusi ucapan selepas diumumkan sebagai pemenang, Anna atau pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman Jobling tidak lupa merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, peminat serta individu yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya

“Kepada peminat saya, saya sayang awak semua, juga buat ibu bapa dan pihak pengurusan saya, terima kasih semua,” katanya.

Menang Dua Trofi Sekaligus! Anna Jobling Rangkul Anugerah Utama & Selebriti Feminin Terhangat AMT 2026 Menang Dua Trofi Sekaligus! Anna Jobling Rangkul Anugerah Utama & Selebriti Feminin Terhangat AMT 2026

Pelakon yang dikenali menerusi drama ‘Yes Captain Zul Aaryan’ dan filem ‘Duyung 2’ itu turut menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai hasil usaha berterusan dalam membina kerjaya lakonan. Beliau juga berhasrat untuk meneroka lebih banyak peluang dalam bidang perfileman bagi mengembangkan kemampuannya di luar dunia televisyen.

Ads

BACA: Satu ‘Frame’ Bersama Miss Universe 2018! Catriona Gray Anggap Anna Jobling Seperti Adiknya Sendiri

Selain kejayaan Anna, penyanyi Zaki Yamani turut mencuri perhatian apabila meraih trofi Fresh Rising Star Terhangat Darlie. Anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah itu menganggap kemenangan berkenaan sebagai detik istimewa, selepas sebelum ini meraih perhatian menerusi penyertaannya dalam program Famili Duo musim kedua bersama abangnya, Osama Yamani Abdillah.

Ads

Dalam pada itu, beberapa nama popular lain turut membawa pulang trofi masing-masing. Fattah Amin mengekalkan penguasaannya dalam kategori Selebriti Maskulin Terhangat, manakala Khai Bahar memenangi Selebriti Muzik Terhangat dan Aisha Retno dinobatkan sebagai Selebriti Viral Terhangat. Meerqeen pula mengungguli kategori Selebriti Stailo Terhangat, sementara Janna Nick dan Dini Schatzmann meraih kemenangan bagi Selebriti Couple Goals Terhangat.

Menang Dua Trofi Sekaligus! Anna Jobling Rangkul Anugerah Utama & Selebriti Feminin Terhangat AMT 2026 Menang Dua Trofi Sekaligus! Anna Jobling Rangkul Anugerah Utama & Selebriti Feminin Terhangat AMT 2026

Ads

Bagi kategori karya dan produksi, drama ‘Neraka Yang Terhijab’ dipilih sebagai Tonton Original Terhangat, manakala ‘Yes Captain Zul Aaryan’ memenangi kategori Drama Sangat Terhangat. Lagu ‘Nurcinta’ nyanyian Amir Masdi pula meraih trofi Lagu Terhangat, sementara pengarah Bobby Husaini bersama filem ‘Libang Libu’ memenangi kategori Direktor & Filem Terhangat. Hael Husaini turut menerima pengiktirafan sebagai Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO.

Bertemakan ‘Power’, AMT2026 dikendalikan oleh duo pengacara Ain Edruce dan Kamal Adli serta menyaksikan persaingan dalam pelbagai kategori yang meraikan populariti selebriti dan karya hiburan tempatan.

Sementara itu, sebahagian daripada baki kategori yang dipertandingkan akan diumumkan pada CUCKOOTOPIA: Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober ini. Konsert berkenaan turut menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa, termasuk Lee Junho serta Trevor Kuo.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads