Nampaknya insiden letupan 2.750 tan ammonium nitrat di sebuah gudang yang “menghancurkan” sebahagian kota Beirut, Lebanon hingga mengorbankan 165 orang, mencederakan 6000 orang serta ratusan bangunan hancur musnah hingga Lebanon menjadi seakan padang jarak padang tekukur, membuatkan sebahagian rakyatnya bangkit merusuh mengecam pemerintah.
Ternyata insiden seakan ala Arab Spring yang berlaku pada tahun 2011 yang mula tercetus selepas seorang pemuda, Mohamed Bouazizi di Tunisia membakar dirinya sendiri kerana kecewa menganggur. Simpati atas nasibnya, ia kemudian mencetuskan kebangkitan dunia Arab menentang pemerintah diktator di negara masing-masing atas nama demokrasi dan pilihanraya bersih.
Rakyat juga bangkit menentang penyelewengan rasuah dan lain-lain, dengan mendapat sokongan daripada negara-negara besar yang mendokongnya. Arab Spring yang bermula pada penghujung tahun 201o itu berakhir dengan kejatuhan Presiden Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman, seterusnya terbakar di Syria dan huru-hara di kebanyakan negara Arab.
Terkini, selepas insiden letupan dasyhat itu, rakyat Lebanon bagaikan “tersedar” dari mimpi dan mungkin mendapat inspirasi dengan membuat amukan di jalanan menuntut pemerintah menjaga kebajikan rakyat.
Ads
Hasilnya pada minggu lalu, Menteri Penerangan Lebanon, Manal Abdel Samad mengundurkan diri, pasca ledakan dan amukan warga Lebonan yang kecewa dengan pemerintah.
Semalam Menteri Alam Sekitar, Demanios Kattar turut menyusul dengan perletakan jawatannya.
Dalam satu kenyataan, Kattar memaklumkan, perletakan jawatannya adalah kerana sistem negara Lebanon telah “rapuh dan tidak berdaya”,” lapor The Associated Press. Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab yang mengadakan pertemuan dengan barisan Menteri selepas pengunduran Menteri Alam Sekitar itu, turut meminta agar barisan Menteri lain tidak berbuat sedemikian.
Ads
Ini kerana jika tujuh atau lebih dari 20 menteri meletak jawatan, maka kabinet akan digantung dan kerajaan sementara akan digantikan. Dalam pada itu, empat anggota Parlimen Lebanon dalam satu pengumuman berkata, mereka akan meletak jawatan dan akan bergabung dengan empat yang lain sebelum sidang parlimen baru dimulakan.
Rusuhan ‘ala Arab Spring’ sejak minggu lalu menyaksikan perusuh berkumpul di mana anggota keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air untuk menyuraikan para penunjuk perasaan ini selain mengejar perusuh.
Ads
Perusuh menyalahkan kerajaan yang lemah menangani isu rasuah selain golongan elit Lebanon yang tidak mengurus negara dengan baik.
Para perusuh mendirikan tiang gantung kayu sebagai simbol dan memegang sepanduk bertulis undur atau gantung menurut Reuters.
Berpuluh perusuh masuk ke Kementerian Luar Negeri Lebanon dan membakar potret Presiden Micheal Aoun.
Dalam satu demonstrasi, seorang penunjuk perasaan melalui alat pembesar suara berkata, “kita tinggal di sini. Kami menyeru rakyat Lebonan untuk menduduki semua kementerian. Mulaikan dengan demonstrasi, rakyat ingin jatuhkan rejim,antara kata-kata yang bergema dalam Arab Spring suatu ketika dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.
Laman berita Mothership melaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu.
Sehingga semalam, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.
Dalam pada itu, berdasarkan keterangan iklan jawatan berkenaan di LinkedIn, tiada syarat kewarganegaraan diletakkan oleh syarikat tersebut. Ini bermakna, warga asing selain warganegara Singapura juga mungkin boleh memohon jawatan itu.
Bagaimanapun, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman yang berkaitan dengan jawatan dipohon. Pemohon-pemohon juga perlu memiliki lesen memandu Kelas 4 yang sah dan lesen vokasional.
Menurut undang-undang Singapura, lesen Kelas 4 diperlukan untuk memandu kenderaan bermotor berat dan traktor melebihi 2,500kg.
Berkenaan jadual kerja pula, mereka perlu bertugas selama enam hari atau maksimum 44 jam seminggu. Selain itu, mereka yang terpilih juga akan diberikan cuti tahunan selama tujuh hari.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.
Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan insiden letupan besar yang telah menggegarkan Beirut, Lubnan jelas mengejutkan penduduk dunia, terutama di negara sesaudara Islam seperti Malaysia.
Lebih 100 orang nyawa tak bersalah terkorban dan menyebabkan kecederaan kepada 5,000 rakyat Lubnan.
Malah kejadian yang berlaku di pelabuhan akibat letupan di baja ammonia itu telah mengakibatkan seluruh ibu kota itu terjejas dengan gegaran dan bunyi kuat, sehingga bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah berdekatan.
Terbaru, akibat insiden yang berlaku ini kerajaan Lubnan dibubarkan apabila Perdana Menteri Hassan Diab meletakkan jawatan semalam di tengah-tengah kemarahan di dalam dan di luar kerajaannya berhubung letupan bom ini.
Hassan Diab mempersalahkan ketidakcekapan serta endemik korupsi yang berlaku selama berdekad dalam kelas pemerintahan sebagai punca kejadian tersebut berlaku.
“Hari ini kami tunduk kepada rakyat dan tuntutan mereka supaya mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab kepada bencana yang disembunyikan selama tujuh tahun,” katanya pada perutusan disiarkan saluran televisyen negara itu.
Beliau turut menyalahkan kumpulan elit politik yang ‘korup’ kerana letupan 4 Ogos lalu.
“Kerana itulah hari ini saya mengumumkan pengunduran kerajaan.”
Politik Lubnan dikuasai oleh bekas-bekas panglima perang semasa dalam Perang Saudara yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1990 dan mengubah mereka yang berpakaian tentera kepada pakaian sut.
“Rasuah yang mereka lakukan mencipta tragedi ini.
“Antara kita dan perubahan adalah berdirinya dinding yang tebal yang dilindungi oleh taktik kotor,” katanya.
Perkembangan itu berlaku susulan tunjuk perasaan anti-pembaharuan hujung minggu lepas yang ganas yang mana 728 orang cedera dan seorang pegawai polis terbunuh di tengah tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Hassan Diab, yang dilantik pada Disember lalu, adalah Perdana Menteri kedua Lubnan yang meletak jawatan dalam tempoh 10 bulan.
Untuk info, Lubnan merupakan negara terkecil di seluruh benua Asia dengan hanya berukuran 10.452 km persegi.
Letupan 4 Ogos itu berlaku ketika Lubnan sudah pun terheret krisis ekonomi yang menjunamkan nilai mata wang, menyebabkan jutaan rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama berdepan wabak COVID-19 yang mengganas.
Jadi mari lah kita doakan agar saudara seIslam kita terus dilindungi oleh NYA.
Syukur ke hadrat Ilahi selepas 86 tahun, hari ini buat pertama kalinya umat Islam di Turki bakal menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan orang ramai sudah tidak sabar untuk menantikan detik bersejarah itu.
Walau bagaimanapun, susulan penularan wabak COVID-19, langkah-langkah pencegahan sudah dilakukan termasuklah menyediakan ruang solat berbeza bagi mengelakkan orang ramai berkumpul pada satu masa.
Persediaan sebelum dibuka untuk solat Jumaat
Mereka yang mahu melakukan solat berjemaah di masjid tersebut perlu membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka.
Kawalan ketat sudah dirancang termasuk penutupan beberapa stesen keretapi sebelum dan ketika solat Jumaat sedang berlangsung.
Bangunan Hagia Sophia atau Ayasofia dibina oleh empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.
Status bangunan itu sekali lagi bertukar apabila kerajaan secular Turki menjadikannya muzium pada 1934. Lebih 50 tahun kemudian, Hagia Sophia telah diiktiraf UNESCO sebagai sebahagian daripada Kawasan Bersejarah Tapak Warisan Dunia Istanbul.
Baru-baru ini juga, selepas memaklumkan Hagia Sophia bakal dibuka kepada orang awam untuk solat berjemaah, berita ini turut mendapat respon negatif daripada beberapa pemimpin dunia yang lain.
Namun, Alhamdulillah kini Hagia Sophia secara rasminya bakal membuka ruang buat orang awam menunaikan solat Jumaat pada hari ini.
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.