Demi menghormati mendiang pemimpin Great Britain, Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 9 September lalu, Putera Harry telahpun diberikan peluang kedua oleh bapanya yang juga merupakan Raja Great Britain, Raja Charles.
Dalam istiadat pemakaman negara yang berlangsung pada pagi tadi, lapan orang cucu Ratu Elizabeth II telah berkumpul di Westminster Hall, London untuk memberikan penghormatan kepada Duli Yang Maha Mulia mendiang nenda mereka.
Upacara tersebut telahpun diketuai oleh Prince of Wales yang baru dilantik, Putera William dalam perarakan masuk dan disusuli tujuh orang saudara dirajanya.
Selama 50 minit, Putera William berdiri sambil diapit oleh Zara Phillips dan Peter Phillips (anak kepada Puteri Anne, adinda kedua Ratu Elizabeth II). Manakala di sebelah sisi yang lagi satu berdirinya Putera Harry dan diapit oleh Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie (anak kepada Putera Andrew).
Di bahagian tengah di antara mereka berenam pula ialah Lady Louise, 18 dan James, Viscount Severn, 14.
Ads
Sambil orang ramai mengelilingi keranda Ratu Elizabeth II yang dibaluti bendera Royal Standard dan dihiasi mahkota The Imperial State Crown, mereka berlapan dilihat menundukan kepala tanda menghormati nenda tersayang.
Apa yang menarik perhatian orang ramai pada upacara ini adalah pemakaian uniform ketenteraan rasmi oleh Putera Harry, kali pertama ia dibenarkan sejak tahun 2020.
Menurut kenyataan rasmi pihak Istana Buckingham, kebenaran tersebut adalah di atas permintaan Raja Charles sendiri.
Terdahulu, warga maya telah mempertikaikan mengapa Putera Harry hanya memakai sut biasa dan tidak dibenarkan memakai uniform ketenteraan dalam beberapa upacara rasmi sepanjang minggu ini walaupun beliau pernah berkhidmat dalam dua latihan ketenteraan di Afganistan sebelum ini.
Keputusan menghalang Putera Harry berbuat sedemikian adalah susulan penarikan diri beliau dan isteri, Meghan Markle daripada menjadi sebahagian daripada keluarga diraja Britain yang lebih dikenali sebagai Royal Exit pada tahun 2020.
Menurut sumber, Duke of Sussex itu tidak dibenarkan memakai kembali uniform tersebut sehinggalah istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II ini.
Sumber juga melihat kebenaran oleh Raja Charles ini sebagai petanda Putera Harry dan Meghan Markle mungkin akan memperbaiki semula hubungan mereka dengan keluarga diraja setelah ia berentakan beberapa tahun kebelakangan ini.
Begitupun, Putera Harry dijangka akan kembali dengan kod pemakaian sut biasa sewaktu acara pengebumian dilangsungkan pada hari Isnin.
Ads
Selain Putera Harry, seorang lagi ahli keluarga diraja yang dibenarkan semula untuk memakai uniform ketenteraan bagi istiadat ini ialah Putera Andrew. Gelaran diraja beliau turut ditarik semula ala Putera Harry berikut dakwaan kes gangguan seksual terhadapnya, Januari lalu.
Ratu Elizabeth II mangkat selepas kesihatannya merosot di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dugaan akhir tahun 2021, hujan lebat baru-baru ini merupakan bencana paling teruk melanda negara dalam 50 tahun ini.
Sumber Foto : Sinar Harian
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.
Antara negeri yang terlibat ialah Selangor iaitu di kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala, ribut petir juga dijangka akan melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Selain itu Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dan di Johor yang melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga dilanda cuaca buruk itu.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal akan melanda Sarawak iaitu di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau) dan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata MetMalaysia.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Malah MET Malaysia juga mengingatkan rakyat Malaysia berjaga-jaga sehingga 29 Disember nanti.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter Met Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sektor fesyen dan peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya baru je kita dengar berita penutupan stor fesyen seperti Esprit,Zara dan beberapa label terkenal yang mengecewakan ramai peminat fesyen.
Terbaru, kita dikejutkan dengan berita syarikat fesyen terkenal, H&M umum akan tamatkan perkhidmatan 170 cawangan mereka di seluruh dunia pada 2020 setelah mencatatkan kerugian hampir 50% (RM1.4 bilion) daripada pendapatan bersih pada suku kedua tahun ini.
H&M pada awalnya memang bercadang mahu menutup sekitar 130 cawangan, namun jumlah tersebut terpaksa ditambah susulan daripada kerugian yang dialami dan memfokuskan pada penjualan secara dalam talian mengikut keadaan tabiat pembelian semasa.
Menurut CEO Kumpulan H&M, Helena Helmersson memberitahu pihak mereka menjangkakan pandemik COVID-19 akan memberi kesan jangka panjang terhadap tabiat pembelian pelanggan.
Ini menyebabkan syarikat akan terus melakukan perubahan dan mengadaptasikannya dengan cara bekerja syarikat ke arah perkembangan digital; lebih fleksibel, pantas dan efisyen.
Sebagaimana kita sedia maklum, akibat pandemik COVID-19 semua sektor di seluruh dunia mengalami kerugian dan paling sadis terpaksa menutup operasi mereka susulan daripada tidak mampu menjana pendapatan dan mencatatkan kerugian.
Emm….semua orang terjejas dengan Covid-19 ni kan. Tapi penulis sedih la sebab H&M antara label kegemaran penulis juga sebab ia affordable dan trendy.
Di usia baru 20 tahun, Kylie sudah miliki empayar sendiri – Kylie Cosmetics, sebuah aplikasi telefon pintar, jenama pakaian dan kesemuanya itu bernilai $900 juta. Ini menjadikan ibu kepada Stormi Webster salah seorang Wanita Terkaya di Amerika Syarikat oleh Forbes.
Namun terbaru, Kylie Jenner telah didakwa memalsukan keuntungan sebenar syarikat kosmetik miliknya. Susulan itu, majalah Forbes mengumumkan mereka menarik semula gelaran billionaire bintang realiti televisyen itu.
Pada awal tahun ini, Jenner dilaporkan menjual 51 peratus kepentingan jenama Kylie Cosmetic miliknya kepada syarikat kecantikan gergasi, Coty pada harga RM2.6 bilion dalam perjanjian yang menjadikan jenama itu bernilai RM5 bilion.