Westminster Abbey, London pada hari ini akan memuatkan kapasiti 2,200 orang dari seluruh dunia untuk istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.
Lapor BBC, kira-kira 500 pemimpin negarayang terdiri daripada ahli politik, kerabat diraja dan tetamu asing menghadiri upacara berkenaan.
Ini termasuklah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mewakili seluruh rakyat Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama mendiang Ratu Elizabeth II ketika Majlis Santapan Tengah Hari bersama di Istana Buckingham pada Disember 2019. FOTO : BERNAMA
Selain baginda berdua, antara kerabat diraja dunia yang telah mengesahkan kehadiran mereka termasuklah:
Jepun: Maharaja Naruhito dan Maharani Masako
Brunei: Sultan Hassanal Bolkiah
Norway: Raja Harald V
Monaco : Putera Albert II
Ads
Belanda: Raja Willem-Alexander
Sweden: Raja Carl XVI Gustaf
Belgium: Raja Phillipe
Denmark: Permaisuri Margrethe II
Sepanyol: Raja Filepe VI, Ratu Letizia dan bapanya, Raja Juan Carlos I
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke United Kingdom bagi mengadakan lawatan khas mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II, Isnin ini pic.twitter.com/fqiywDB7B9
Sementara itu, pemimpin dunia lain dari pelbagai benua juga dijangka berada di Westminster Abbey bagi mewakili negara masing-masing dalam memberikan penghormatan terakhir . Ia terdiri daripada Presiden Ukraine dan isteri, Presiden Amerika Syarikat dan isteri, Presiden Perancis, Presiden Turki, Presiden Brazil, Naib Presiden China, Presiden Itali, Presiden Jerman, Presiden Israel, Perdana Menteri Ireland, Presiden Ukraine, Presiden Turki dan Presiden Korea Selatan.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Kanada, Perdana Menteri Australia, Perdana Menteri New Zealand, Presiden Afrika Selatan, Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Sri Lanka dan Perdana Menteri Fiji; yang merupakan sebahagian daripada pemimpin dari 56 buah negara Komanwel.
Tidak ketinggalan adalah pegawai atau duta daripada beberapa buah negara yang mempunyai hubungan tegang dengan kerajaan Britain seperti dari Iran, Nicaragua dan Korea Utara.
Namun, itu tidak bermaksud semua wakil negara akan dijemput. Rusia, Belarus, Myanmar, Syria, Venezuela dan Afghanistan ialah di antara negara yang dikecualikan daripada senarai jemputan.
Rusia dan Belarus dalam hal ini dikecualikan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Khabarnya, presiden kedua-dua buah negara ini telahpun menghantar mesej takziah kepada Raja Charles III menerusi kedutaan masing-masing di london.
Wakil dari Myanmar tidak dijemput berikutan konflik politik yang sedang melanda negara itu manakala Afghanistan yang sedang ditadbir oleh Taliban juga tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Britain.
Selepas istiadat pengebumian diraja hari ini, kerandu Ratu Elizabeth II akan dipindahkan ke Istana Windsor di barat london menggunakan kenderaan diraja bagi majlis pemakaman.
Upacara di mana jasad Ratu Elizabeth II akan dimakamkan bersebelahan mendiang suaminya, Putera Philip; ibu bapanya, Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth I serta adindanya, Puteri Margaret itu hanya akan dihadiri keluarga diraja.
Ia juga sekaligus menandakan tamatnya 11 hari Britain berkabung di atas kemangkatan monarki itu sejak 9 September lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dua hari berturut-turut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan untuk ‘belanja’ KFC dan McD kepada petugas media yang menunggu di luar Istana Negara.
Hari ni petugas media dapat Aiskrim Malaysia pula, memang murah rezeki mereka ini!
Syarikat telekomunikasi TuneTalk turut turun padang mengagihkan aiskrim Malaysia untuk petugas yang sentiasa menunggu di bawah terik matahari bagi melaporkan keadaan terkini.
Perkara itu dikongsi seorang pengguna Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar yang kelihatan terpancar wajah-wajah gembira mereka setelah dapat menikmati aiskrim berkenaan.
Semalam KFC. Harini tunetalk pula bagi free ice cream dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa. 😂 pic.twitter.com/i3WUV04EBv
“Semalam KFC. Hari ni (semalam) tunetalk pula bagi aiskrim percuma dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa,” tulis Syafaat Nasir.
Posting tersebut diulang kicau sebanyak 3,100 kali dan mendapat 7,100 tanda suka serta komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa keinginan untuk turut serta menerima makanan percuma.
Esok Nak Lepak Istana!
Murah rezeki petugas media, lepas ni lebih semangat nak melaporkan berita dengan cepat & pantas!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang kejam dan layak digelar ibu bapa paling jahat.
Hanya kerana anak berusia 5 tahun tidak mahu mandi, pasangan suami isteri bertindak mendera kejam anak lelaki meraka dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun dari Singapura sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Daily Mail.
Harian Metro melaporkan, dalam hari pertama perbicaraan terhadap mereka semalam, mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.
Mangsa yang identitinya dirahsiakan mahkamah, rebah dan terus tidak bergerak, tetapi ibu bapanya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.
Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Selain itu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum itu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.
Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Allah sudah bagi rezeki anak dan ternyata keduanya tidak bersedia untuk bergelar ibu bapa pun pada usia 27 tahun. .Mungkin faktor usia muda penyebab pasangan ini bertindak kejam terhadap anak sendiri. Yalah, anak lahir pada usia mereka dalam lingkungan 22 tahun sebelum dipelihara semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai berusaha berniaga untuk sara hidup dan menambah pendapatan. Bukan saja mudah dapat aliran duit secara tunai khususnya bagi peniaga kecil-kecilan tapi ia juga menjadi besar jika perniagaan mencatat untung yang banyak.
Tapi awas, bukan semua peniaga mampu jujur kerana ada segelintir mengambil kesempatan atas kepercayaan dan kesusahan orang lain.
Perkongsian dari seorang pengguna twitter Aidil Hakimi @Aidil Hakimi94 mengenai “penipuan” isi guni bundle perlu menjadikan kita lebih berhati-hati kalau mahu memulakan perniagaan pakaian bundle ini.
Seperti katanya, ini kali pertama dia kena scam dengan seller guni bundle. Masa pecah guni ingatkan dapat jackpot (baju-baju ada nilai tinggi) tapi malangnya yang dapat adalah spender soadah. Ada juga baju-baju mengerlip seperti milik penari tiang.
Baca tweet dikongsinya.
FIRST TIME KENE SCAM DENGAN SELLER GUNI BUNDLE. PECAH GUNI KELUAR SEMUA SPENDER SAODAH ! ] HARAM JADAH ! Korang tengok sendiri la video ni. Benda bukan murah RM580 dah labur untuk nak beli guni 'puaka'.
INI ADALAH THREADS!
Ni aku nak share pengalaman dekat korang yang baru berjinak dalam scene bundle. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi untuk pengajaran kita sama sama. Aku percaya dengan seller ni sebab tengok kat IG marketing bukan gempak lagi. Siap masuk TV kateko.
Dah sampai kedai mmg excited gila tengok pekerja2 dok menjerit "JACKPOT GENG !" masa buka guni 'puaka' tu. Buka tu pulak dpn kedai. Korang jangan salah faham ya, dlm bundle mmg pakai istilah Jackpot kalu dpt brg branded mcm NIKE, STUSSY, PANCOAT, BAPE dan lain lain.
Long story short, kitorang decide ambil 3 guni terus termasuk la guni "puaka" tu. So total yg dibayar sebenarnya RM1800 gak. Fuhh !
Dah sampai rumah. Aku pecah guni. Sangat menghampakan. First guni dah failed. Video korang tengok la kat atas sekali. Kitorang pun try la nak settle elok2 kalau boleh tukar guni lain ke memang tak dapat la cerita dia. Sedih ! Kecewa !
Jadi aku sarankan kepada seller seller bundle yang baru, beberapa tips yang boleh pakai untuk ceburi dalam business bundle ni :
Belajar kenal jenis dan brand guni bundle yg ada Kita ada mcm2 jenis guni dari bnyk negara contohnya from Korea, Usa, Japan. Label pun korang kena tau contoh mcm AddGood,Yuchang,Supremo,Ichiban,Monkey dan lain2. So dgn knowledge yg cukup korang boleh beli guni yang betul.
Jangan expect yang dalam sebuah guni boleh keluar semua Nike, semua dickies, Stussy , Bape. Percaya lah mana2 seller yang dah berjaya tu diorang pun dah pecah guni lebih dari 50 kali untuk dapat barang yang power2 and padu.
Kalau untuk korang yang baru nak start and modal masih kecik, korang boleh try beli dulu mini tokol yang dijual oleh seller2 bundle
Selalunya mini tokol ni barang dah mmg sorting, so takdalah lah dapat yang mengarut macam dalam video tu,brand pun korang boleh nampak and pilih. Yang paling penting harga dia pun lebih saving compare dgn harga guni besar. Dalam Rm120 ke Rm 150 macam tu je modal korang.
Kita masing2 ada struggle tersendiri dalam hidup ni. Ada yang buat dua tiga kerja, buat grab, berniaga makanan minuman, sambil kerja dekat office atau site. So kita permudahkan urusan dan tolong sesama kita.
[ FIRST TIME KENE SCAM DENGAN SELLER GUNI BUNDLE. PECAH GUNI KELUAR SEMUA SPENDER SAODAH ! ]
HARAM JADAH !
Korang tengok sendiri la video ni. Benda bukan murah RM580 dah labur untuk nak beli guni 'puaka'.