Sumber Foto: Instagram @natashahudsonofficial & @rizmanruzaini

 

Tanpa mengetahui pucuk pangkal isu gaun pelakon berhijab, Natasha Hudson di sebuah acara pengumuman sebagai duta produk Selasa lalu, pereka fesyen Rizman Nordin yang mewakili Rizman Ruzaini mengakui terkejut apabila melihat gaun rekaan mereka mencipta kontroversi pada minggu ini.

Gaun tersebut mempunyai perincian draping pada bahagian bahu dan ditutup hanya dengan fabrik telus pandang. Ia juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sarung bagi memudahkan pemakai berjalan.

Pada pandangan kasar, ia adalah gaun yang cantik dan boleh dikategorikan sebagai sopan. Namun apabila ia disarungkan oleh seseorang yang berhijab, tentunya ia boleh mencetuskan kontroversi.

Terkejut Bila Gaun Pengantin ‘Free Hair’ Disarung Aktres Berhijab – Rizman Nordin
Sumber Foto: Instagram @rizmanruzaini

Akui Rizman ketika ditemu ramah oleh rakan media di Kosmo! Online, gaun tersebut adalah sebahagian daripada koleksi pakaian pengantin yang dipertontonkan oleh Rizman Ruzaini semasa pertunjukan fesyen The Wedding KL 2018. Pada waktu itu, ia telah disarungkan oleh model tinggi lampai, Tuti Noor.

Terkejut Bila Gaun Pengantin ‘Free Hair’ Disarung Aktres Berhijab – Rizman Nordin
Tuti Noor semasa memperagakan gaun tersebut di acara The Wedding KL 2018.


Gaun sama disarungkan oleh Tuti Noor dari 2.35 – 3.20.

IKLAN

Tidak lama selepas itu, ia telah dipinjamkan pula kepada pasukan produksi Hijab & Heels untuk sebuah penggambaran bersama pelakon Fasha Sandha; juga pada tahun 2018.

Terkejut Bila Gaun Pengantin ‘Free Hair’ Disarung Aktres Berhijab – Rizman Nordin
Sumber Foto: Instagram @fashasandha

 

Justeru, apabila gaun yang sama kembali diperkatakan minggu ini apabila disarung oleh seorang wanita berhijab, tentulah perekanya terkejut kerana ia dilihat tidak bersesuaian dengan imej si pemakai.

IKLAN

 

Terkejut Bila Gaun Pengantin ‘Free Hair’ Disarung Aktres Berhijab – Rizman Nordin
Rizman Nordin mewakili Rizman Ruzaini. Sumber Foto: Instagram @rizman.ni

“Baju tersebut telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus dan dibeli oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya secara online, tiga bulan lalu. Ia direka untuk wanita free hair (tidak berhijab).

“Jujurnya sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seorang yang berhijab. Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu.

IKLAN

“Kami telah banyak bekerjasama dengan selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat. Sejujurnya, saya marah dn terkejut apabila mendapat tahu,” jelasnya.

Terkejut Bila Gaun Pengantin ‘Free Hair’ Disarung Aktres Berhijab – Rizman Nordin

Industri seni hiburan dan fesyen Malaysia sememangnya saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Seharusnya semua pihak haruslah peka dengan perkara sensitif seperti aurat wanita berhijab seperti yang dipraktikkan oleh Rizman Ruzaini.

Ini termasuklah penata gaya selebriti dan selebriti itu sendiri yang membawa imej sebagai seorang figura awam di negara ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI