Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun dikeluarkan, namun sebaliknya ia mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat perubahan jadual semula.
Menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada calon SPM 2021 mengenai jadual peperiksaan yang dikatakan terlalu padat.
Syed Saddiq turut berkongsi pendapatnya di laman Facebook mengenai isu ini.
Saya lihat jadual mereka dari 7 Mac sehingga 11 Mac sangat sesak kerana melibatkan subjek teras yang back to back.
SPM ini adalah peperiksaan yang sangat penting untuk pelajar-pelajar Malaysia. Their result will determine their next journey to higher institution.
Bila subjek teras ini back to back, pelajar akan stress sebab tak sempat nak buat ulangkaji. Dah banyak pelajar yang stress sampai ada yang bunuh diri.
Ads
Saya juga diberitahu bahawa SPM tahun ini menggunakan silibus KSSM yang baru dan mereka tak dapat ulangkaji past year papers.
Ditambah pula dengan lockdown dan PdPR, pembelajaran telah terkesan akibat tiada peranti dan rangkaian internet untuk belajar.
Saya mohon KPM untuk meneliti semula jadual peperiksaan SPM. Give them some gap for the core papers. Ini sahaja peluang yang mereka ada sebelum melangkah ke fasa kehidupan seterusnya.
Rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Muar ini dan berkongsi situasi yang dialami oleh anak-anak mereka.
Ads
Ads
Apa-apa diharap isu ini mendapat perhatian pihak KPM dan memberikan sedikit kelonggaran buat pelajar dalam menduduki SPM nanti.
Buat semua calon SPM 2021, selamat maju jaya kami ucapkan!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa, kerajaan pula sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.
Semestinya, barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik melawan Covid-19.
Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta petugas kesihatan di hospital awam dan swasta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika merawat pesakit Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection, SARI.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan semua petugas kesihatan yang merawat pesakit ILI dan SARI agar memakai peralatan perlindungan diri (PPE).
Langkah tersebut perlu kerana sebanyak 69 kes COVID-19 tidak diketahui punca atau sporadik telah dikesan di selepas 8,000 orang disaring berdasarkan ILI dan SARI.
“Kebanyakan kes positif hasil saringan ILI/SARI adaah berkaitan dgn kluster lain selepas siasatan lanjut.
“Justeru, KKM menasihatkan petugas kesihatan awam dan swasta memakai PPE apabila merawat pesakit ILI/SARI di ICU atau membuat saringan di klinik atau hospital,” kata Dr. Noor Hisham.
Ya Allah, lindungilah semua ‘frontliner’ yang bergadai nyawa melindungi masyarakat semua.
Ajal maut di tangan Allah. Tiada tercepat sesaat atau lambat seminit. Tindakan pelik perlakuan seorang remaja yang sempat berdoa dipercayai memohon perlindungan Allah sebelum memulakan perjalanan ternyata memberi petanda itu adalah doanya yang terakhir kepada Allah SWT.
Sebelum kemalangan itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam di Kampung Bukit Kenak, Jertih semalam, beberapa rakan sempat melihat Mohd Firdaus Mohd Zulkipli, 23 menadah tangan berdoa sebelum mengusap ke mukanya.
Menurut bapa angkat arwah, Mohd Supian Rashid, 50 tahun, Mohd Firdaus yang mesra disapa Daus ada mengadu kepada isterinya yang badannya terlalu letih.
Mohd Supian bapa angkat kepada arwah Firdaus
“Pagi sebelum kejadian itu, Daus datang lebih awal ke gerai di Up town Jertih untuk membuka kedai. Kebetulan gerai jualannya ini dikongsi bersama anak saya, Muhammad Irfan Fahmi. Malam itu anak saya ada urusan di kolejnya dan hanya isteri dan kawan-kawan yang membantu mereka di gerai.
“Dari petang lagi, arwah sudah tunjukkan serba tak kena. Kebetulan malam itu, ramai yang singggah membeli. Arwah pegang duit pun serba tak kena, berterabur. Ke hulu ke hilir seolah-olah ada yang tidak siap. Dia juga mengadu badannya terlalu letih, langsung tak bermaya.
“Bila lihat perlakuannya, isteri saya, Ustazah Ramlah Yusof ada menyuruhnya berehat dahulu. Tapi arwah seolah masih bersemangat bekerja,” katanya yang kemudian menyambung, sekitar jam 12 tengah malam, arwah berkata mahu balik mandi di rumahnya di Kampung Gerai.
“Tapi isteri kata tak payah la. Rehat dulu sebab tengok keadaannya jauh berbeza. Matanya juga seakan-akan terlelap ketika bercakap. Mungkin kita yang tidak faham maknanya di saat kematian tak tahu. Tapi arwah kata tak apa, dia mahu balik mandi seketika sahaja sebelum kembali semula ke gerai,” katanya memaklumkan Daus memanggilnya sebagai abah dan isterinya sebagai Umi dan anaknya sendiri berkawan dengan arwah. Malah dia juga menganggap arwah bagaikan anaknya sendiri.
Arwah maut akibat terlanggar lori mengakibatkan tengkuknya patah
Arwah mengadu badannya terlalu letih dan rupanya itu petanda ajal
Hati sudah terdetik sesuatu…
Jelas Supian lagi, ketika arwah Daus menuju ke motosikal RXZ miliknya berkali-kali dia cuba menghidupkan enjinnya tetapi tak boleh.
“Arwah sempat mengeluh dan kemudian berbaring di tangki motosikalnya sebab katanya terlalu letih. Tapi kemudian dia bangun dan membaca ayat Qursi sehingga habis. Mungkin itu petanda akhirnya. Sebaik arwah menghabiskan bacaan ayat Qursi itu, motosikalnya tiba-tiba boleh dihidupkan. Arwah sempat menadah tangan dan berdoa. Mungkin kerana motosikal itu berjaya dihidupkan atau memohon agar perjalanannya dipermudahkan kerana ketika itu tiada kawan-kawan yang mendengar apa arwah ucapkan.
Sambung Supian lagi, di saat arwah Daus meraut kedua telapak tangan ke mukanya, hati isterinya sudah terdetik yang anak ini tak akan sampai ke destinasinya.
“Itu isteri maklumkan kepada saya. Tiba-tiba datang bisikan di hatinya tentang perlakuan ganjil arwah itu. Dan ternyata, bisikan dan detik itu menjadi kenyataan kerana selepas 10 minit arwah pergi, kawan-kawannya mendapat makluman arwah melanggar belakang lori dan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan patah tengkuk selain beberapa anggota badan lain.
“Mereka bimbang untuk bercakap yang arwah sudah meninggal kepada isteri saya kerana takut isteri terkejut tetapi akhirnya isteri sendiri berkata yang anak itu sudah tiada,” katanya yang mengenali arwah Daus sejak dari kecil lagi kerana dirinya dan arwah bapa Daus berkawan dari kecil.
Jelas Sapian lagi, jika tahun-tahun sebelum ini dia mengusahakan perniagaan di Up Town itu tetapi Ramadan kali ini dia enggan. Tetapi arwah Daus begitu bersemangat sehingga mahu keluarkan modal separuh dan berkongsi dengan anaknya.
Gerai menjual pakaian yang diusahakan arwah di Uptowm Jertih
“Alhamdulilllah perniagaan mereka berjalan lancar. Banyak juga jualannya dan saya sendiri sudah berniat untuk perniagaan kerepek yang baru kami usahakan ini akan diberi 10 peratus untuk arwah,’ katanya memaklumkan arwah anak bongsu dari lima beradik.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dari arah Jertih menghala ke Kuala Terengganu.
Katanya, apabila sampai di depan pintu masuk kilang padi di Bukit Kenak sebuah lori yang berada di hadapan mangsa berhenti untuk masuk ke dalam kilang padi tetapi akibat jarak yang terlalu dekat menyebabkan mangsa melanggar bahagian belakang lori itu.
“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, pinggang dan kaki,” katanya.
Mohd Zamri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala pemandu lori berusia 58 tahun beralamat di Kuala Kubang, Jabi tidak cedera.
Menurutnya , kes disiasat menurut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Filipina (UP) menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau Honoris causa kepada Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang diadakan di Manila, Filipina, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Kewangan itu sendiri menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya sebentar tadi. Dalam hantaran berkenaan, Anwar memaklumkan beliau telah memulakan acara hari kedua di Republik Filipina dengan menghadiri majlis meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada Jose Rizal di Taman Rizal di Manila.
“Taman itu dinamakan atas nama Jose Rizal sebagai mengingati beliau yang dihukum bunuh di kawasan taman tersebut. Ia adalah peristiwa terpenting dalam menyemarak obor Revolusi Filipina mendobrak imperialisme Sepanyol sekitar kurun ke-19.
“Kemudian, saya langsung ke UP untuk menyampaikan syarahan umum berjudul ‘30 Years After The Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN sesudah menerima ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Doctor of Law dari universiti tersebut,” coretnya.
Selain itu, dalam ucaptamanya, beliau turut menyentuh sejarah penubuhan ASEAN serta kemajuan dan perubahan dari segi kerjasama antara negara tetangga di rantau Asia, dan menekankan bahawa perserikatan itu mesti terus terpahat atas hujah berkongsi identiti yang sama meski rencam bangsa dan budaya.
“Konsep ini dicerakinkan dengan baik oleh ‘The Great Malayan’ Dr. Jose Rizal dalam ‘The Philippines a Century Hence’ tatkala Filipina tertubuh kuat meski berlainan kepulauan, bahasa, budaya dan etnik.
“Selain itu, saya amat berharap ASEAN terus berpadu dan kukuh dalam menyikapi isu-isu mendesak terutamanya di rantau ini kerana berdiam diri tatkala berdepan kezaliman bukanlah pilihan,” katanya lagi.
Tambah Anwar, beliau turut mengimbau sejarah lampau tatkala sering ke Manila sebagai seorang mahasiswa dan UP adalah salah satu lokasi yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan berkaitan pelbagai hal bersama para sahabat di sana.
“Saya turut mengimbau sejarah lampau tatkala saya sering ke Manila di tahun-tahun lampau semasa masih sebagai seorang mahasiswa.
“Dan universiti ini adalah tempat yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan terkait pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di sini. Justeru, Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi,” tulisnya panjang.
Sekadar informasi, Ahli Parlimen Tambun dianugerahkan penghormatan tersebut kerana disifatkan sebagai seorang sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktor versatil, Aedy Ashraf mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan dirinya sebagai penerbit menerusi filem sulung, Tarung: The Unforgiven, sekali gus membuka lembaran baharu dalam...