Sudah jadi lumrah, awal-awal pelantikan jemaah menteri gerak-geri mereka yang dilantik untuk memikul amanah rakyat ini pastinya sering berada di bawah lensa mikroskop terutamanya pengguna laman media sosial.

Salah seorang menteri yang sentiasa mendapat perhatian ialah Menteri Pendidikan iaitu Dr. Maszlee Malik. Salah satu pendekatannya yang cukup menarik perhatian ramai ialah lawatannya ke sekolah dan IPT secara mengejut.

Pendekatannya begini mendapat pujian rakyat kerana ia sekaligus menunjukkan karakternya sebagai pemimpin yang mudah didekati terutama dari golongan kanak-kanak dan remaja.

Semalam beliau melakukan satu lagi siri lawatan memgejut dan salah sebuah lokasi yang terpilih ialah Sekolah Pendidikan Khas, Kuala Terengganu.

Menerusi laman Twitter-nya @maszlee, Menteri Pendidikan ini telah memuat naik sebuah video berdurasi 45 saat yang menunjukkan dirinya berinteraksi dengan seorang pelajar dari sekolah tersebut.

Apa yang istimewa tentang video ini ialah reaksi netizen yang berasa cukup terharu dan berbangga dengan pendekatan dan cara Dr. Maszlee berkomunikasi dengan pelajar itu.

Di dalam video tersebut seorang pelajar yang memiliki kurang upaya penglihatan menemubual Dr. Maszlee.

IKLAN

“Bagaimana perasaan tuan ketika pertama kali menjejak kaki ke sekolah kami”. Itu merupakan soalan pertama pelajar itu yang bertindak seperti seorang wartawan penyiaran.

Dan jawapan yang diberikan seterusnya oleh Dr. Maszlee membuatkan ramai netizen kagum.

Jawab beliau, “Pakcik rasa amat gembira dan amat seronok kerana bertemu dengan anak-anak murid yang comel-comel dan guru bersabar dan begitu istimewa.”

Seterusnya pelajar melontarkan soalan kedua, “Apa harapan tuan terhadap murid berkeperluan khas seprti kami?”

IKLAN

“Pakcik berharap pelajar berkeperluan khas tidak merasa diri mereka berbeza dengan orang lain. Kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat dan keluarga besar warga Malaysia.”

Cara Dr. Maszlee membahasakan dirinya ‘pak cik’ walaupun pelajar memanggilnya ‘tuan’ menunjukkan dia begitu merendah diri dan nampak lebih rapat dengan pelajar. Malah ada netizen yang turut melahirkan rasa sebak melihatkan kemesraan seorang pemimpin dengan anak bangsa yang cukup istimewa ini.

Ini antara reaksi menarik netizen dari Twitter.

IKLAN

Netizen Terharu Dengan Menteri Pendidikan Membahasakan Dirinya ‘Pak Cik’ Ketika Di Temu Bual Pelajar Sekolah Pendidikan Khas

Netizen Terharu Dengan Menteri Pendidikan Membahasakan Dirinya ‘Pak Cik’ Ketika Di Temu Bual Pelajar Sekolah Pendidikan Khas

Netizen Terharu Dengan Menteri Pendidikan Membahasakan Dirinya ‘Pak Cik’ Ketika Di Temu Bual Pelajar Sekolah Pendidikan Khas

Netizen Terharu Dengan Menteri Pendidikan Membahasakan Dirinya ‘Pak Cik’ Ketika Di Temu Bual Pelajar Sekolah Pendidikan Khas

Menerusi sebuah lagi perkongsian di Twitter, Dr. Maszlee turut memuat naik naik video seorang pelajar membuat bacaan suci Al-Quran surah Al-Fatihah dengan menggunakan bahasa isyarat.

Semoga Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee meneruskan tugas dengan cemerlang demi anak bangsa yang bakal mewarisi negara kita yang tercinta.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI