Raut wajahnya cukup manis kalau dipandang. Marissa Dania Hakim, anak gadis kepada Norman Hakim ini bukan saja memiliki kecantikan luaran, malah personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada anak muda hari ini.
Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, bekas juara Hero Remaja 1993/94 ini telah pun mendapat jemputan daripada pihak sekolah anaknya untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa Ke-6 bagi meraikan Dania yang berjaya menamatkan hafazan dan sekaligus menerima anugerah pada majlis tersebut.
Lebih membanggakan lagi, Abby menjelaskan bahawa kata Ustazah, Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat menghafal 160 bait itu dalam masa empat hari.
Kejayaan ini sudah pasti membuatkan kedua orang tua gadis berusia 13 tahun ini bangga dan secara tak langsung menjadi inspirasi buat anak muda dan ibu bapa di luar sana untuk menjadikan keluarga ini sebagai contoh terbaik.
Kami pun memang adore dengan keakraban dua keluarga ini dalam mendidik anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Siapa sangka usianya bakal mencecah 56 tahun pada Mac nanti. Chuando Tan pernah mencipta fenomena lima tahun lalu apabila gambarnya yang menampilkan bentuk tubuh yang fit menjadi bualan ramai warganet dek fizikalnya yang terlihat ‘awet muda’.
Kini lima tahun berlalu, Chuando yang merupakan seorang jurufoto fesyen, model dan pelakon mengenang kembali kisah bagaimana dia menjadi internet sensation dalam satu malam sahaja.
Berkongsi kisah ini kepada CNA Lifestyle, Chunado mengimbau kembali kisah tersebut yang terjadi pada 2017. “Saya masih boleh ingat pada pagi itu yang mana apabila bangun saya menerima banyak mesej daripada orang yang tidak dikenali dari seluruh dunia.
“Bahkan saya turut menerima mesej daripada stesen tv, portal berita. Mereka semua bertanya pelbagai soalan. Ketika itu saya terasa seperti ‘dikhianati’ dunia dan seolah-olah saya seorang penjenayah. Saya tidak keluar rumah lebih kurang dua minggu,” ujarnya.
Menyifatkan perkara itu mengejutkan, anak jati Singapura yang dibesarkan di Toa Payoh ini bukanlah seorang yang bersikap ekstrovert sebaliknya dia berkongsi yang dia seorang yang sangat introvert dan sangat malu.
Bertanya tentang apakah rahsia yang diamalkan untuk tampil kacak bagai baru berusia 20an, Chuando menyatakan yang perkara itu memberi tekanan.
“Mungkin mereka mahu jalan mudah untuk mengekalkan keremajaan. Jauh di lubuk hati saya tahu saya semakin menua dan tidak muda. Walaupun saya berfikir yang saya tidaklah semuda yang ramai fikirkan, namun saya boleh jadi seorang individu versi sihat orang yang seusia dengan saya,” ujarnya.
Berkongsi rejim kesihatan yang diamalkannya, Chuando banyak melakukan aktiviti senaman dan makan makanan berkhasiat seperti minuman protein atau oatmeal bersama avocado, telur dan madu. Selain itu dia berkongsi bahawa sangat penting untuk memiliki minda dan pemikiran yang positif kerana ia akan terpancar di wajah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bapa kepada tiga anak, Rahmatul Fikri Haidin kini mampu menarik nafas lega apabila akhirnya berjaya menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selepas 11 tahun tertangguh.
Rahmatul Fikri, 30, menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-21, USIM.
Beliau yang kini menetap di Johor Bahru itu berkata, dia memulakan pengajian di USIM pada tahun 2012 dan sepatutnya menamatkan pengajian berkenaan selepas empat tahun iaitu pada 2016.
Katanya, bagaimanapun ia tertangguh kerana pelbagai kekangan dihadapi termasuk gagal melengkapkan syarat menduduki Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).
“Sepanjang pengajian, saya telah mengikuti semua subjek bagi program pentadbiran muamalat yang perlu diikuti dan ditetapkan, namun tidak dapat melengkapkan syarat MUET bagi membolehkan saya menamatkan pengajian dengan sempurna.
“Selain itu ada pelbagai kekangan lain membuatkan ia tertangguh termasuk tuntutan kerja membuatkan saya hampir berputus asa untuk melengkapkan semua syarat pengajian.
“Bagaimanapun, tahun lalu saya menerima panggilan daripada USIM untuk membantu meneruskan semula kelas berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah berkenaan, di Dewan Tuanku Canselor USIM, petang semalam.
Beliau berkata, Ketua Program Pentadbiran Muamalat USIM, Dr Nur Qamarina Sharom memberikan cadangan supaya dia mengambil program kursus Bahasa Inggeris untuk pekerjaan yang akan melayakkannya menamatkan pengajian berkenaan dan menerima ijazah.
“Pada mulanya memang saya tak nak meneruskan pengajian yang sudah tertangguh lama, tetapi memikirkan rasa rugi selepas berjuang selama empat tahun, saya menerima cadangan Dr Nur.
“Pada masa sama, isteri yang juga alumni USIM tahun 2016 memberikan sokongan dan memberikan cadangan supaya saya mengambil kursus jangka pendek ini yang diadakan pada setiap hujung minggu secara dalam talian,” katanya yang pernah membuka kiosk Chef Takoyaki di Nilai selama empat tahun sebelum berhijrah ke Johor Bahru.
Rahmatul Fikri kini bekerja sebagai penolong cef melahirkan rasa syukur atas bantuan pihak pengurusan USIM dan sokongan isteri serta ahli keluarganya, apabila akhirnya dia berjaya juga menggenggam segulung ijazah meskipun selepas 11 tahun.
“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan kejayaan ini dan tidak menyangka akhirnya dapat juga menggenggam segulung ijazah yang bakal jadi penentu kepada masa depan diri dan keluarga,” katanya yang hadir bersama kedua ibu bapanya.
Rahmatul Fikri antara graduan dalam kumpulan terakhir daripada keseluruhan 3,146 graduan dari 89 program pengajian yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen USIM yang berlangsung selama lima hari dan berakhir semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa kita sedari, industri ‘sugar-dating’ yang melibatkan gadis Malaysia muda semakin berkembang walaupun ia dilakukan secara senyap.
Laporan oleh rakan media di News Straits Times baru-baru ini telah mendedahkan kehidupan seorang gadis Malaysia berusia 28 tahun yang terlibat dalam industri sugar-dating demi menjana pendapatan lumayan.
Jenni (bukan nama sebenar) berkongsi bahawa pendapatannya boleh mencecah sehingga SGD14,000 atau kira-kira RM42,800 sebulan dengan bergiat sebagai seorang sugar baby. Pada masa yang sama, dia masih mengekalkan kerjaya hariannya sebagai seorang pegawai pemasaran.
Dalam tempoh 2 tahun bergelar sugar baby, Jenni mengenakan caj SGD500 (RM1,530) untuk bertemu lelaki (aka pelanggan) tetapnya di Singapura. Dia hanya berlagak sekadar seorang ‘peneman’ dan bukannya sebagai ‘pelacur’ seperti yang ramai di antara kita sangkakan selama ini.
Jenni yang tidak menidakkan dirinya yang bergelar sugar baby di Singapura. Sumber Foto: News Straits Times
“Saya lebih sukakan sugar dating berbanding temu janji biasa. Selalunya temu janji dengan mana-mana lelaki akan berakhir tanpa sebarang jaminan. Jika berjaya sekalipun, kemungkinan hubungan itu tidak akan ke mana.
“Cara lama itu membazir masa. Dengan sugar dating, sekurang-kurangnya saya boleh memperolehi pendapatan untuk masa yang saya ‘laburkan’,” kata Jenni.
Dia, bagaimanapun meletakkan batas untuk tidak melayan lelaki yang sudah berkahwin atau yang berusia lebih daripada 45 tahun.
*
Dalam tempoh 5 bulan yang lepas, Jenni telah bersama dengan seorang usahawan 30-an yang mampu memberikan elaun bulanan dari RM25,000 sehingga RM31,000. Itu baru seorang guys, belum lagi hasil daripada sugar daddy lain.
Daripada pendapatan total Jenni bernilai RM42,800 sebulan, Jenni mengasingkan satu pertiga sebagai simpanan dan selebihnya dibelanjakan untuk rawatan muka, kuku dan melancong ke benua Eropah dan ke Amerika Syarikat.
Namun, Jenni tidak sesekali melupakan keluarganya dan masih mengirimkan wang kepada mereka.
Gambar hiasan. Sumber foto: Asia One.
Satu perkara yang penulis rasakan menarik mengenai kehidupan Jenni sebagai seorang sugar baby adalah bagaimana dia mampu membezakan statusnya itu dengan – well – kerjaya sebagai pelacur. Katanya, sugar baby sama sekali berbeza dengan pelacur.
“Pelacur dibayar untuk melakukan tugas mereka, mereka tidak boleh menolak atau mengatakan tidak. Manakala dalam situasi saya, jika saya tidak selesa, saya sentiasa boleh katakan tidak.”
Dia juga mengatakan bahawa pertemuan yang dilakukan tidak melibatkan hubungan seks dan bukan mudah untuk sugar daddy dan dirinya terlibat dalam hubungan sedemikian.
Gambar hiasan. Sumbar foto: Independent Singapore News.
Kehidupan sebagai pelacur (or sugar baby – in this case) di kalangan perempuan bawah 30 tahun sebenarnya bukan lagi satu perkara baru. Apa yang dipertontonkan dalam beberapa drama Melayu sebenarnya ada kebenarannya.
Ingat – walaupun mereka dikaburi dengan wang dan harta lumayan, sekali tersilap langkah, sukar untuk mereka mendapat kehidupan normal semula. Seperkara lagi tentulah faktor larangan agama yang tidak boleh dipermainkan.
Sebelum ini, kontroversi yang melanda pelakon dan pempengaruh berhijab, Alya Iman kononnya dirinya dikaitkan dengan seorang sugar daddy meletus.
Namun, Alya mendakwa dia telah menghentikan hubungan tersebut setelah mendapati lelaki ittu masih belum memberitahu mengenai hubungan mereka kepada isteri pertama.