Ramai yang sudah sedia maklum bahawa bermula pertengahan Januari tahun depan, penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan dihentikan secara berperingkat dan sistem RFID bakal diaktifkan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika tahun lalu usahawan Hafiz Mahamad telah menaja beberapa buah bas untuk membawa pulang orang ramai balik ke kampung secara percuma, tahun ini sekali lagi Hafiz bakal menyewa tiga ke lima buah bas lagi bagi tujuan yang sama.
Jelasnya di ruangan instagram, walaupun kita semua sudah dibenarkan untuk pulang berhari raya di kampung, namun masih ramai sahabat yang mempunyai masalah kewangan yang tidak mengizinkan. Memikirkan tentang kos minyak, pulang ke kampung pun takkan dengan tangan kosong, semua perlukan duit.
Betul tak?
Disebabkan oleh itu, usahawan ini memahami situasi mereka, khususnya adik-adik yang masih lagi belajar dan menjelaskan bahawa dia telah menyewa tiga buah bas, namun sekiranya ramai yang ingin menyertai bantuan ini, Hafiz mungkin akan menambah enam buah bas lagi.
“Ini semua ‘free’ @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti”
Setiap individu boleh menerima lima tiket dan bas akan bergerak pada Jumaat ini (29 April) pada pukul 9 malam dari KL akan ke Pantai Timur.
Usaha yang dilakukan ini mendapat pujian warganet yang rata-ratanya turut mendoakan agar Hafiz Mahamad dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki.
Tidak akan miskin bagi orang yang sentiasa bersedekah. Betul tak? Semoga setiap pertolongan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada individu yang benar-benar memerlukannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehingga semalam, kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan jumlah sebanyak 27,831 kes dan hal ini menyebabkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.
UiTM memaklumkan keputusan penangguhan ini dibuat selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang diadakan. Melalui mesyuarat berkenaan, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan istiadat konvokesyen yang membabitkan seramai 27,287 graduan.
Penangguhan ini melibatkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak serta UiTM Cawangan Sabah dan dijangka akan dilaksanakan semula pada Jun hingga Julan 2022.
Menurut kenyataan UiTM, keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan keprihatinan Kementerian Pengajian TInggi berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara.
Foto: Konvokesyen UiTM (Gambar hiasan)
Penangguhan itu juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. Pihak pengurusan UiTM turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami graduan dan ibu bapa serta turut berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini.
Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau boleh hubungi 03-55443110 atau 03-55443114.
Walau bagaimanapun, keputusan ini nampaknya mendapat reaksi berbeza daripada segelintir masyarakat yang kesal dengan penangguhan tersebut.
Apa-apa pun sama-sama kita berdoa agar segala urusan para graduan dipermudahkan dan semoga penularan COVID-19 dapat dikurangkan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SAHABAT adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan. Lagi manis apabila kita dapat mencapai kejayaan bersama-sama sahabat.
Begitulah kisah enam sahabat ini yang berjaya menamatkan pengajian dengan meraih Anugerah Naib Canselor (ANC) sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), minggu lalu.
Enam sahabat baik ini berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor. Dari kiri Nur Shazwani, Nurul Khalidah, Shahrul Hakem, Ahmad Lukman, Anis Farieda dan Siti Nur Arifah.
Menurut Ahmad Lukman Rusli, dia dan lima lagi sahabatnya iaitu Nur Shazwani Ahajani, Nurul Khalidah Khalid, Shahrul Hakem Mohamed Shahrom, Anis Farieda Sharudin dan Siti Nur Arifah Ibrahim merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Pengurusan Perladangan.
“Kami mula berkenalan ketika mengikuti pengajian peringkat diploma di kampus UiTM Jasin, Melaka pada 2015. Persahabatan menjadi akrab sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
“Ketika awal-awal menjadi rakan sekuliah lagi, kami berenam senang antara satu sama lain dan daripada situ, kami bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk meraih Anugerah Naib Canselor.
“Bermula dengan tekad tersebut, kami berpegang teguh untuk berjaya bersama-sama atau berkumpulan, bukan hanya individu yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sahaja.
“Lagipun, nampak manisnya pengakhiran perjalanan kita sebagai seorang penuntut apabila kecapi kejayaan bersama rakan-rakan,” ujar pemuda berusia 25 tahun ini.
Belajar Berkumpulan
Bercerita mengenai kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakannya, pemuda yang senang disapa sebagai Lukman ini berkata, mereka lebih gemar mengulangkaji bersama-sama agar dapat bertukar idea dan buah fikiran.
“Cara kami, sentiasa amalkan belajar berkumpulan supaya kita dapat mendengar pendapat setiap orang. Perbezaan pendapat itulah kita gunakan sebagai satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan.
“Memang terbiasa untuk kami kongsi ilmu, idea, tip secara berkumpulan tanpa ada yang terpinggir. Takkan kita nak berjaya seorang diri kan? Selalunya kami gunakan medium grup WhatsApp.
“Ketika Covid-19 melanda pada 2020, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak mengubah cara belajar kami.
“Ini kerana sebelum ini kami selalu berjumpa malah sampai pagi buat assignment bersama-sama. Apabila di rumah, komitmen masing-masing berbeza. Oleh itu kami cari satu masa yang semua orang free untuk belajar sama ada menerusi panggilan video atau Google Meet,” ujarnya yang berasal dari Negeri Sembilan.
Aktif Ko-kurikulum Bersama
Tambah Lukman, mereka berenam juga begitu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sewaktu bergelar penuntut.
Lukman kini berkhidmat di Pejabat Risda di Kota Kinabalu, Sabah dan dalam masa yang sama sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains Teknologi Pengurusan Perladangan.
“Lima rakan saya yang lain juga kini semuanya sudah mempunyai karier masing-masing dalam sektor pertanian.
“Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pensyarah, rakan sekuliah dan ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Untuk adik-adik yang bakal menjadi graduan atau melangkah ke alam pekerjaan, guna ruang dan peluang yang ada. Fokus juga bidang ko-kurikulum sebab ia ada nilai tambah yang menjadikan kita graduan holistik.
“Akhir kata, ingat… tak ada yang mustahil kalau ada tekad dalam diri,” ujarnya lagi.
Moga kisah ini memberi semangat dan inspirasi buat sabahat diluar sana untuk capai kejayaan bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...