Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera secara fizikal oleh ibunya dan pasangannya di sebuah taman perumahan Pasir Gudang telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini 8 Kes Dera Kanak-Kanak Paling Tragis Di Malaysia, Ada Mangsa Koyak Organ Dalaman

Mangsa kini dalam pemerhatian di Hospital Sultanah Aminah, manakala ibunya berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dakwaan penderaan itu terbongkar selepas rakaman beberapa lelaki dipercayai jiran pasangan itu dilihat bersemuka dengan mereka dan menunjukkan kecederaan yang dialami budak lelaki itu tular di media sosial.
Ketua Polis Johor Pesuruhjaya Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihak polis telah membuat serbuan ke rumah itu kira-kira tengah malam semalam dan berjaya menahan ibu kanak-kanak itu yang kemudiannya direman enam hari, manakala pasangannya menerima perintah reman tujuh hari.

Turut dirampas daripada dua wanita berusia 27 dan 30 tahun itu ialah dua rotan. Menurut laporan juga, kedua-dua wanita diuji negatif untuk penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Sementara itu, permaisuri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman memuat naik laman Facebook rasminya, mengulas mengenai dakwaan penderaan itu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail atas tindakan segera mengeluarkan budak lelaki itu dari rumah untuk rawatan.
Dia juga memuji penduduk taman perumahan yang mengambil langkah mereka untuk bersemuka dengan pasangan itu, apabila mereka mengesyaki kanak-kanak tersebut dalam situasi yang memerlukan pertolongan.
Anda mungkin berminat dengan
BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: News Strait Times, Kosmo
∞
Kalau tak ‘menyerang’ akaun Facebook, Instagram dan Twitter seseorang yang tiba-tiba popular, bukan orang Malaysia lah namanya. Hehe..
Susulan insiden tembakan rambang yang berlaku di Christchurch kelmarin, ramai pemimpin dunia yang tampil memberikan kenyataan menghentam motif sang pengganas yang melakukannya.
Anehnya, terdapat juga beberapa pemimpin yang masih menghukumi migran beragama Islam dan mengatakan merekalah punca utama serangan itu terjadi. Salah seorang daripadanga adalah pemimpin senior dari Queensland Australia iaitu Senator Fraser Anning.
Semasa bercakap mengenai topik ‘Ancaman Imigran’ semalam di Melbourne, Fraser bagaimanapun terpaksa menerima implikasi terhadap kata-katanya sendiri setelah seorang remaja bertindak memecahkan telur di atas kepala beliau – err – sambil merekodkan video sebelah tangan.

Fraser yang memusingkan badannya terus memukul kepala remaja berusia 17 tahun itu sebanyak dua kali sebelum dia dibawa dalam tahanan polis.
Keberaniaan remaja yang digelar Eggboy itu mulai trending di Twitter dan disebut-sebut seluruh dunia. In a true Malaysian spirit, netizen tempatan akhirnya berjaya untuk mencari akaun yang dipercayai milik Eggboy atau namanya, Will Connolly selepas mendapati mukanya mirip remaja terbabit.

Netizen bawang Malaysia terus ‘menyerang’ ruangan komen status terbaru Eggboy dengan kata-kata positif seperti ‘Respect from Malaysia. Tahniah’
Walaupun akaun Facebook itu baru didaftarkan semalam pada jam 9.38pm, Eggboy nampaknya telah memperolehi 7,245 followers, lebih 3000 likes untuk posting video tersebut dan beribu lagi komen netizen.

Hebat dan cergas warga bawang Malaysia dapat mencari identiti Eggboy. #proud!
∞
Setelah berbulan rimas dengan rambut yang sudah tidak terurus, akhirnya kaum lelaki di Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan membenarkan operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut semula.
Tapi paling mengejutkan, baru dua hari kedai gunting rambut dan pendandan rambut dibenarkan beroperasi di bawah SOP yang ketat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seorang tukang gunting rambut telah disyaki positif COVID-19.
Allahu…

Kes yang berlaku di KL Trader’s Square di Setapak disedari Badan Pengurusan Bersama (JMB) KL Trader’s Square setelah dimaklumkan oleh pihak pengawal keselamatan selepas kehadiran sebuah ambulans di premis bangunan itu.
Seorang pengguna Facebook, Iqbal Ikhwandy yang juga Timbalan Pengerusi JBM KL Trader’s Square berkongsi perkara ini dengan memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak mereka.

Menurut Iqbal Ikhwandy lagi pihak JMB telah mengambil tindakan pantas dengan menghubungi PKD Titiwangsa dan melakukan proses sanitasi di semua lif blok terlibat.
“Hospital tersebut telah mengesahkan keputusan ujian adalah POSITIF dan kemudian memaklumkan kepada PKD Titiwangsa yang telah menghantar ambulans untuk mengambil pesakit tersebut untuk dibuat swab kedua di hospital kerajaan pula.
“JMB telah menghubungi PKD Titiwangsa dan memanjangkan maklumat buku log tersebut bagi membantu PKD membuat ‘contact tracing’,” katanya lagi.
Rakan rumah tukang gunting rambut tersebut telah diarahkan untuk melakukan ujian COVID-19 setelah dikenalpasti sebagai kontak rapat.
Pihak JMB juga telah mengeluarkan notis makluman kepada semua penghuni pangsapuri tersebut.
Tapi apa-apa pun, Kementerian Kesihatan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kejadian ini.
Ala, min baru plan nak potong rambut hujung minggu ni…huhu
Sumber: MDaily, Iqbal Ikhwandy
∞
Sebut saja ais krim, jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun kecur air liur bila terbayangkan keenakannya. Lagi-lagi bila musim panas, rasanya tak ada siapa yang menolak jika ada yang offer nak belanja makan ais krim kan?
Sudah tentu korang ada favorite ais krim yang memang dari dulu jadi pilihan. Bagi kami ais krim paddle pop pelangi tu memang legend. Tiap kali mak bawa pergi kedai, confirm ais krim tu yang jadi rebutan.
Tapi kalau kita tengok sekarang, dah macam-macam jenis ais krim yang ada di pasaran. Semuanya nampak sedap. Macam mana la nak tahan nafsu kan?
Terbaru, ais krim unicornetto telah pun berada di pasaran Malaysia dan kami jamin kalau korang tengok pun rasa sayang nak makan sebab comel sangat. Hiks!

Uncornetto pada mulanya menjadi kegilaan di Thailand sehingga mencuri tumpuan masyarakat di UK dan kini, rakyat Malaysia sendiri boleh menikmatinya tanpa batasan.

Gabungan Cornetto Rainbow Pop, Classic Vanilla, Classic Chocolate dan Royal Chocoluv menjadikan ais krim ini cukup istimewa, dilengkapi dengan packaging ungu cahaya hologram yang sangat cute. Ia juga mempunyai ilustrasi hak unicorn di sebalik perkataan yang berkilauan!


Tak perlulah lagi kami nak terangkan keunikan ais krim ini, korang beli dan rasalah sendiri. Baru puas hati..
Kredit foto: Instagram
∞