Kain baju yang sudah penuh dalam almari hingga tidak dapat menampung had muatan lazimnya akan menyebabkan kita cuba membuang pakaian-pakaian lama.
Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dan membuangnya begitu saja kerana sudah tak tahu di mana lagi hendak disimpan, bukan?
Sumber Gambar : Pexels
Inilah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mardhihah Mat Ishak baru-baru ini.
Menerusi laman Facebooknya, Mardhihah berkongsi bahawa baju-baju lamanya tidak dibuang, sebaliknya dihantar ke sebuah butik pakaian terkenal untuk dikitar semula. Malah setiap baju yang diserahkan itu, Mardhihah turut dapat ‘pulangan’ berharga lagi.
Jom ikuti perkongsian di bawah ini.
Ads
Jom recycle baju
Gambar: Mardhihah Mat Ishak
Tadi satu hari dok mengemas rumah dengan Syazwan Roslan. So dapatkan 9 bunjut baju-baju dalam plastik sampah ni. Lepas Zohor terus ajak pi H&M recycle semua baju ni. Semak rumah je simpan lama-lama.
Tadi share video kat TikTok. In less than 2 hours almost 50k views. Ingatkan ramai tau yang H&M boleh recycle baju ni. Rupanya masih ramai tak tau. Ramai yang buang je. Alaaa sayang..
Antara soalan yang ditanya:-
Q: Brand H&M je ke?
A: Taklah. Any brand. No brand pun boleh.
Q: Dapat duit ke?
A: Tak dapat duit tapi dapat voucher 15% untuk next purchase nanti.
Ads
Q: Selected outlets ke?
A: As far as I know, semua outlets boleh dan terima.
Gambar: Mardhihah Mat Ishak
Q: Berapa banyak boleh recycle?
A: Minimum 5 items. Lebih kurang medium size bag.
Q: Ada minimum beg yang boleh hantar ke?
A: Sorang boleh bagi 2 bag sahaja untuk sehari dan akan dapat 2 vouchers. Kalau nak hantar banyak dan dapat voucher banyak, ajak la ramai orang kat rumah tu atau datang setiap hari.
Untuk info, syarikat jualan pakaian multinasional ‘H&M Group’ telah mengumpulkan hampir 1,300 tan pakaian di Malaysia sejak 2013 di kesemua kedai H&M dan Monki menerusi inisiatif kutipan pakaiannya, yang bertujuan mengurangkan jumlah pakaian tidak digunakan, dibuang ke tapak pelupusan sampah.
“Inisiatif kutipan pakaian H&M merupakan salah satu daripada inisiatif kelestarian, di mana pelanggan boleh menyertainya ke arah masa depan fesyen yang lestari.” -pengurus Kelestarian Asia Tenggara H&M Marian Dang
Saban tahun, pertandingan Anugerah Pereka Muda Asia atau Asia’s Young Designer Award (AYDA) pasti menjanjikan penyertaan yang menarik daripada pelajar-pelajar jurusan seni bina bentuk dan reka bentuk dalaman daripadas serata benua Asia.
Memasuki tahun penganjuran ke 14, AYDA 2021 juga tidak terkecuali apabila peringkat penyertaan telahpun dibuka kepada korang.
Dengan tema Forward: Amplifying Empathy Through Design, AYDA 2021 yang dianjurkan oleh Nippon Paint ingin ‘mencabar’ pelajar mendekati solusi inovatif dalam memenuhi permintaan pengguna dalam rekaan mereka serta mengambil kira faktro kritikal seperti penjagaan alam sekitar.
Mengapa empati dijadikan sebagai tema utama agaknya?
Ia adalah untuk mengingatkan bakal arkitek dan pereka dalaman muda ini untuk tidak sekadar memuaskan keinginan estetika pada sesebuah rekaan bangunan dan dalamannya, tetapi juga mencetuskan idea yang berpotensi memberikan impak kepada masa hadapan masyarakat yang akan menggunakan ruang tersebut.
Di antara para tetamu yang bercakap dengan Ketua Hakim Ar. Sarly Adre Sarkum untuk kategori Senibina (Bawah Kiri) dan IDr. Ooi Boon Seong untuk kategori Reka Bentuk Dalaman (Atas Tengah) semasa upacara pelancaran AYDA 2021. Ia termasuklah (dari atas kiri) : Mr Blaine Robert dari Blaine Robert Sdn Bhd, Ar. Alif Arif Iskandar Abd Wahab dari VERITAS Design Group, Cik Cristine dan Encik Yaw Seng Heng.
Menariknya pada tahun ini, Nippon Paint masih akan ditemani oleh rakan penaja dan penganjur sama iaitu IJM Land Berhad yang telahpun menjadi sebahagian daripada komuniti AYDA sejak 8 tahun lalu.
Sebagai syarikat pemaju terkenal di Malaysia, IJM Land juga menghargai dan mendambakan idea-idea baharu yang berkesan bagi masa hadapan hartanah. Tahun demi tahun, mereka akan mengagumi ciptaan dan reka bentuk pelajar berbakat seperti korang.
So guys, jangan ketinggalan untuk tunjukkan kecemerlangan rekaan dan harumkan bersama nama institusi korang dengan menyertai AYDA 2021 yang kini dibuka.
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 15 Oktober 2021 ini. Untuk maklumat lanjut, layari LAMAN WEB mereka ataupun terus ke FACEBOOK Ayda Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedapnya! Paling best, boleh makan banyak-banyak sebab homemade. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet.hiks
Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis…. Dah cuba sekali, pasti nak lagi!
So korang yang selalu kena minta ‘extra cheese’ bila beli cheesy wedges ataupun masa beli burger di luar, ini cara buat sos cheese secara homemade yang lebih jimat.
Nak tahu bagaimana caranya untuk membuat hidangan kegilaan ramai ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini, confirm jadi!
Bahan-bahan :
Butter 1/2 ketul
Susu cair 1/2 tin
Tepung gandum 1 sudu besar, bancuh dengan sedikit air
4 keping Cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Pewarna kuning
1 ketul Kuib ayam
Garam
Cara-caranya :
1. Panaskan Bahan
Cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
2. Masukkan Kepingan Keju
Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Siap
Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: NizSa Mi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Di saat rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk menyeberangi sempadan negara, nampaknya kita terpaksa melihat saja foto-foto menarik yang diambil oleh remaja di negara jiran, Singapura di sebuah tarikan baru di sana.
Perkenalkan, muzium AISKRIM di Dempsey yang akan mula dibuka pada Ogos ini. Walaupun bergelar muzium, tapi korang tak akan bosan bila berada di lokasi ini kerana korang tidak akan menemukan sebarang pameran atau susunan barang-barang antik atau artifak.
Sebaliknya yang ada di Muzium Aiskrim tersebut adalah permainan dan hiasan moden bertemakan warna pink dan warna-warni pelangi, serta sangat cantik untuk dijadikan sebagai background bergambar di Instagram!
Muzium Aiskrim seluas 60,000 kaki persegi itu mempunyai 14 tarikan utama yang disediakan khas untuk para pengunjung terutama golongan kanak-kanak.
Antara yang menarik adalah ‘hutan’ yang diisi dengan 10,000 pisang dan kolam taburan hiasan aiskrim berwarna-warni yang terbesar setakat ini.
Kapasiti muzium tersebut boleh memuatkan maksimum 200 pengunjung pada satu-satu masa. Muzium yang mula ditubuhkan di New York pada tahun 2016 ini sering mendapat sambutan hangat daripada pengunjung apabila tiketnya habis terjual dengan sangat cepat di Los Angeles,San Francisco dan Miami.
Sama keadaannya di Singapura, walaupun muzium itu hanya mula dibuka 2 bulan lagi namun tiketnya telah habis terjual dalam tempoh hanya 48 jam, menerusi tempahan secara online di laman web muzium berkenaan.
Tiket dijual bermula dari $38 atau RM118 seorang di laman web ini. Muzium Aiskrim ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 9 malam pada hari Khamis hingga Ahad.
Tak sabarnya nak melihat muzium aiskrim pertama yang dibuka di luar Amerika Syarikat ini!Harap-haraplah rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyeberang sempadan tak lama lagi.
Sumber: The Straits Times & Kredit Gambar: MUSEUM OF ICE CREAM SG
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!