Tidak sangka, Malaysia ‘tewas’ juga kepada beberapa buah negara lain biarpun kita dianggap lebih maju ke hadapan.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) iaitu Datuk Abdul Halim Mansor telah menyifatkan peratusan bayaran gaji di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asia Tenggara walaupun rata-rata majikan berkemampuan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.
Bercakap kepada rakan media di Utusan Malaysia pada bulan ini, beliau berpendapat alasan ‘bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum pekerja kerana pandemik COVID-19 dan kesukaran ekonomi’ bukanlah alasan yang boleh diterima pakai.
Mengikut kajian, majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji pekerja sedangkan negara lain jauh melangkaui peratusan itu. Sebagai contoh, di bandar utama di negara Singapura (40 peratus), Indonesi (84 peratus) dan Filipina (76 peratus).
Ads
Golongan muda memang mempunyai semangat menjulang untuk berkerja keras demi syarikat. Namun motivasi dalam diri mereka semakin merudum apabila dibayar secara minimum biarpun jumlah kerja yang diberikan adalah banyak. FOTO : PEXELS (Mikhail Nolav)
Di sektor awam pula, kerajaan mendahulukan pelbagai jenis bantuan lain yang bernilai berbilion Ringgit sepanjang tempoh pandemik tetapi tidak pula memikirkan tentang kenaikan gaji minimum pekerja sekurang-kurangnya ke figura RM1,500.
(Lapor BERNAMA baru-baru ini: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS pula mencadangkan agar gaji minimum baru diletakkan pada paras RM1,800 untuk sektor awam)
Nampaknya bukan hanya kerajaan yang tidak menyahut keinginan rakyat untuk menerima gaji minimum RM1,500. Malah, Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar ekonomi juga rata-rata tidak bersetuju dengan sahutan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500. Ini setelah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memberi jaminan gaji minimum baharu akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Ads
Tidakkah dengan meningkatkan gaji turut akan meningkatkan kuasa beli di kalangan rakyat; lantas membantu menaikkan ekonomi negara?
Sedangkan gaji rendah akan membuka ruang untuk rakyat berhutang dan demi melangsaikannya, sesetengah daripada kita terpaksa mencari kerja sampingan sebagai pemandu kenderaan e-hailing, berniaga di atas talian dan sebagainya.
Jumlah perbelanjaan bulanan yang tinggi terutamanya bagi yang bekerja di Kuala Lumpur dan bandar utama lain membuatkan ramai golongan muda tidak mampu menyimpan. FOTO : PEXELS (Karolina Grabowska)
Tambahan pula dengan pengeluaran wang KWSP dalam kalangan rakyat semasa musim pandemik demi menanggung kehidupan selepas sesetengah daripada kita kehilangan pekerjaan; tidakkah rakyat layak untuk mendapat sedikit keprihatinan daripada pihak majikan dan kerajaan.
Jangan pula sehingga golongan muda memilih untuk bermastautin ke luar negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara membangun lain demi gaji setimpal; sehinggakan negara terpaksa bergantung harap kepada pekerja asing semata-mata.
Bak kata Datuk Abdul Halim Mansor, kenaikan gaji minimum ini bukan satu permintaan tetapi adalah satu keperluan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baju kelawar memang selesa dipakai, dan semestinya ia sinonim sebagai salah satu pakaian wanita. Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya mengenai hukum jika lelaki memakai baju kelawar.
Melalui perkongsian di Tiktok, Aisyah memaklumkan bahawa baju kelawar itu asalnya dicipta untuk golongan wanita dan ia tidak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki walaupun ketika berada di rumah.
Kredit: Tiktok aisyahhijanah
“Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?”
“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi dekat sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita”
Katanya, meskipun itu hanya nampak seperti baju tidur ataupun seperti satu kain selembar. Baju kelawar dipakai oleh golongan wanita, maka tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.
Kredit: Cinca News
“Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat”
Aisyah juga tampil memberi pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pelancaran itu yang berlangsung di Kompleks Kejuruteraan MAB di Sepang itu memperkenalkan lagu tema rasmi, logo kempen, maskot dan corak livery kapal terbang.
Untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 kali ini, Beruang Matahari dipilih untuk menjadi logo maskot kempen pelancongan negara.
Maskot itu terdiri daripada dua ekor beruang matahari, jantan dan betina yang mengenakan sepersalinan bercorak berwarna biru.
Maskot Lambang Kekayaan Biodiversiti Negara
Kedua-dua maskot itu dikenali sebagai ‘Wira’ dan ‘Manja’ dan ia Tourism Malaysia menjelaskan ianya bukanlah hasil janaan sistem Artificial Intelligence (A.I). Watak-watak ini direka dengan gaya animasi yang comel dan menarik, bertujuan untuk memikat perhatian pelancong dari pelbagai lapisan umur ke Malaysia.
Beruang matahari dipilih sebagai maskot kerana ia adalah spesies beruang terkecil di dunia, serta spesies asli yang tinggal di kawasan tropika Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Lima fakta menarik mengenai Beruang Matahari:
Nama Saintifik dan Saiz: Beruang Matahari, yang dikenali dengan nama saintifiknya Helarctos malayanus, adalah spesies beruang terkecil. Dewasa biasanya hanya berat antara 27 hingga 80 kilogram.
Ciri-Ciri Fizikal: Ciri yang paling menonjol pada Beruang Matahari adalah bulatan berwarna kuning atau putih di dada mereka yang sering kelihatan seperti terbitan matahari, dari situlah nama mereka diambil. Bulu mereka pendek dan licin, berwarna hitam legam.
Habitat dan Taburan: Beruang Matahari berasal dari hutan tropika di Asia Tenggara. Mereka boleh ditemui di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Brunei. Habitat semula jadi mereka termasuklah hutan hujan tropika dan kawasan berhutan lain.
Pemakanan: Beruang Matahari adalah omnivor dan diet mereka sangat pelbagai. Mereka makan buah-buahan, kacang, ikan, dan serangga. Mereka juga dikenali kerana keupayaan mereka untuk membuka kulit kayu pokok untuk mencari anai-anai dan larva lain.
Status Pemuliharaan: Beruang Matahari dikategorikan sebagai spesies terancam oleh IUCN (Persatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa). Ancaman utama terhadap populasi mereka adalah kehilangan habitat akibat penebangan hutan dan perburuan untuk perdagangan haram bahagian tubuh binatang.
Minggu penuh barakah semasa umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul pada hari ini apabila Masjidil Haram di kota suci Makkah kembali beroperasi secara penuh. Bukan itu saja, kerajaan Arab Saudi dan pengurusan masjid juga membuat keputusan untuk menghapuskan jarak fizikal sesama jemaah di saf solat yang dijaga selama musim pandemik ini.
Bermula kelmarin, pelekat penjarakan sosial di lantai masjid telah dicabut oleh para pekerja. Menurut pengurusan, ini seiring dengan kelonggaran yang dipersetujui dan untuk mengizinkan lebih ramai jemaah dan pengunjung bagi memasuki pekarangan masjid bagi tujuan ibadah.
Menerusi beberapa foto yang kini dimuat naik di portal meida Arab Saudi., kelihatan pelekat berbentuk tapak kaki sebelum ini telah digantikan dengan kain menyerupai sejadah yang dikongsi oleh beberapa orang jemaah. Ini adalah kali pertama ia dilaksanakan sejak wabak Covid-19 melanda tahun lalu. Di antara sejadah ini masih terdapat jarak yang jelas.
Dengan kelonggaran yang diberikan ini, beberapa prosedur operasi standard (SOP) masih dipraktikkan di Masjidil Haram. Antaranya termasuklah memakai pelitup muka sepanjang masa. Jemaah yang ingin solat di sini juga perlu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Selain itu, bahagian struktur kaabah juga masih diawasi dengan penghalang (barricade) dan jemaah dilarang mendekatinya atas faktor keselamatan serta kesihatan.
Syukurlah kota suci ini sudah mula menerima lebih ramai jemaah dari semasa ke semasa setelah sekian lama kapasiti masjid dipantau. Malah pada Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi juga telah mengumumkan akan mula menerima kedatangan jemaah warga asing yang sudah lengkap divaksinasi untuk melaksanakan ibadah umrah.