Apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia, sebahagian dari kita terpaksa bekerja dari rumah bagi mengekang penularan virus tersebut. Walaupun kedengaran indah, namun kerja dari rumah atau pun secara jarak jauh bukan di dalam pejabat ada kelebihan dan kekurangan.
Terutamanya dari segi pengurusan masa dan juga waktu kerja yang tidak jelas. Ada yang mengeluh, pukul 10 malam pun perlu menghadiri mesyuarat sedangkan waktu bekerja hanyalah setakat pukul enam petang.
Di Portugal, kerajaannya negara itu telah mengeluarkan satu akta baharu bagi menangani isu tersebut. Udang-undang ini baru sahaja diluluskan di Portugal.
Adalah menyalahi undang-undang untuk bos anda menghantar mesej kepada anda selepas bekerja dan syarikat mesti bertanggungjawab terhadap perbelanjaan akibat kerja di luar pejabat.
Peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada hari Jumaat lalu adalah tindak balas kepada kenaikan peratusan pada pekerja yang bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19, kata Parti Sosialis yang memerintah Portugal.
Ads
Di bawah undang-undang baharu ini, syarikat perlu membantu membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja seperti seperti bil elektrik dan internet yang lebih tinggi daripada kebiasaan ketika bekerja di pejabat.
Sumber gambar: Pexels/ Olia Danilevich
Undang-undang baharu itu juga melarang majikan memantau pekerja mereka semasa mereka bekerja di rumah. Majikan juga boleh berdepan hukuman kerana menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.
Walaupun begitu, pindaan kepada undang-undang buruh Portugal mempunyai had; undang-undang ini tidak akan terpakai kepada syarikat yang mempunyai kurang daripada sepuluh pekerja.
Ads
Walaubagaimanapun cadangan untuk memasukkan “hak untuk memutuskan sambungan” yang merupakan hak undang-undang untuk mematikan mesej dan peranti berkaitan kerja di luar waktu pejabat ditolak oleh ahli parlimen Portugis.
Langkah baharu itu juga bertujuan untuk menangani kesunyian, dengan syarikat dijangka menganjurkan pertemuan bersemuka sekurang-kurangnya setiap dua bulan.
Ads
Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan kerja secara jarak jauh akibat wabak itu.
Langkah sementara yang diperkenalkan pada Januari tahun ini menjadikan kerja jauh sebagai pilihan wajib, dengan beberapa pengecualian. Majikan juga diwajibkan menyediakan alat yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja di rumah.
Walaupun kerja jauh sepanjang pandemik membawa fleksibiliti baharu kepada ramai, keperluan untuk campur tangan selanjutnya menjadi jelas melalui isu seperti akses tidak sama rata kepada kemudahan seperti internet.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 19, Ðo Thi Hà yang berjaya mendapat gelaran Miss Vietnam 2020 dan akan mewakili negara itu di pentas Miss World 2020.
Berasal dari kota Thanh Hoa, Ðo Thi Hà yang mempunyai ketinggian 172cm merupakan pelajar tahun kedua di National Economics University. Apa yang menariknya tentang gadis ini, dia merupakan anak kepada petani dari luar bandar dan Ha juga pernah bekerja sebagai penggembala lembu, selain daripada melakukan pekerjaan yang berkaitan dengan dunia fesyen.
Sewaktu pertandingan akhir Miss Vietnam 2020, dia diajukan soalan “Jika anda menjadi Miss Vietnam 2020, adakah anda rasa anda merupakan role model kepada anak muda?”
Dia menjawab ringkas, “Saya rasa saya membawa semua elemen-eleman gadis Vietnam yang diperlukan dan mencukupi. Sama ada saya akan menjadi teladan kepada anak muda atau tidak, saya harus sentiasa memberi inspirasi kepada orang muda dan saya akan melakukannya,” jawabnya.
Dengan keyakinan yang dimilikinya, Do Thi Ha akan terus cuba untuk melakukan terbaik dan menarik perhatian penonton melalui persembahan terbaiknya. Dia juga akan tampil di pentas Miss World 2020 dan berjanji akan membuatkan masyarakat Vietnam bangga.
Semoga kejayaan Do Thi Ha menjadi inspirasi masyarakat dunia untuk tidak berputus asa walaupun tidak datang dalam keluarga yang senang. Usaha tangga kejayaan, gadis Vietnam ini telah buktikan segalanya.
Buat pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini, MR D.I.Y berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.
Bantuan tunai ini akan diberikan kepada pelajar melalui Touch n Go eWallet mereka dalam tiga kali bayaran sebanyak RM100 setiap kali pada 1 dan 30 November, dan 30 Disember. Ini antara usaha samaTouch n Go melalui platform eWalletnya dalam program #DIY4UM.
Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan MR D.I.Y Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet.
Semua pelajar Universiti Malaya boleh membuat pendaftaran secara online melalui Portal Maya UM bermula 3 Oktober ini dan mengesahkan bahawa mereka telah mempunyai akaun Touch N Go eWallet.
Ha, untuk pelajar UM semua jangan lepaskan peluang bantuan ini dan untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi MR D.I.Y.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika pada tahun 2021 dua pelajar Malaysia iaitu Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Kuantan, Pahang telah berjaya ‘meloloskan’ diri untuk melanjutkan pelajaran universiti terkemuka di Harvard Collage, Amerika Syarikat (AS); tahun 2022 telah meneruskan rentak cemerlang tersebut.
Tahun ini, seramai lima orang pelajar Malaysia mencipta sejarah setelah diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka, Harvard College dekat Massachusetts, AS.
Untuk pengetahuan, bilangan tahunan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke institusi pengajian terkemuka dunia itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara. Mereka ini terpilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 sekadar 3.19 peratus sahaja, iaitu yang paling rendah dalam sejarah Harvard.
Pelajar-pelajar Malaysia yang terpilih tahun ini ialah:
Chooi Je Qin dari SMK Sultan Ismail, Johor. Kini melanjutkan A-Levels di Kolej Tuanku Jaafar.
Chooi Je Qin
Herman Leong Xin Yang dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang. Kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Herman Leong Xin Yang
Ishant Shah dari SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Kini melanjutkan Program Matrikulasi Antarabangsa Canadia di Sunway College). Ishant juga merupakan pemain skuasy negara.
Ishant Shah
Carisma Michaele Wong dari SM Stella Maris, Sabah. Kini melanjutkan A-Levels di Kolej Yayasan UEM di bawah Biasiswa Yayasan Khazanah; dan..
Carisma Michaele Wong
Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur yang kini melanjutkan A-Levels di Garden International School.
Lee Ee Jenn
Para pelajar itu masing-masing bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang astrofizik, biokimia, sains alam sekitar dan polisi awam, politik dan sosiologi.
Pemilihan mereka juga bukan sekadar terlepat kepada faktor kebijaksanaan dan keputusan akademik saja. Mereka juga diadili berdasarkan kualiti kualiti cemerlang termasuk di luar bidang akademik.
Ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa astrofizik dan astronomi, bermain alat muzik double bass untuk pasukan orkestra sekolah, mempunyai minat terhadap bahasa dan karaoke Kadazan, mewakili Malaysia dalam pertandingan debat serta terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar serta kedermawanan.
Fuh, hebat betul!
Dalam pada itu, penemuduga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob turut berbangga dengan kejayaan ini.
“Kami sangat teruja kerana lima pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun.
“Sebelum ini, paling ramai adalah dua pelajar yang diterima masuk setiap tahun dan ada tahun tiada langsung. Semua mereka semua berkongsi dedikasi untuk mengecapi kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati,” katanya.
Selain Wan Nadiah, penemuduga alumni lain termasuklah paderi gereja Holy Trinity Bukit Bintang, Jacintha Tagal dan ketua penyelidik Khazanah Nasional Bhd, Nick Khaw.
Bukan calang-calang insan yang mampu melepasi tahap kelayakan ketat yang ditetapkan. Tergolong dalam pelajar universiti Ivy League sememangnya menjadi impian pelajar cemerlang seluruh dunia untuk meneruskan pengajian di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.