Laporan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan golongan pelajar sehingga mencetuskan kluster institusi pendidikan semalam telah memberikan kegusaran kepada orang ramai terhadap keselamatan warga sekolah.
Adakah kita benar-benar bersedia untuk membuka sesi persekolahan – biarpun dengan norma baharu – pada setiap hari mirip sebelum ancaman Covid-19 melanda negara dua tahun lalu?
Lapor media sehingga semalam, di antara kluster baharu COVID-19 ynag tercetus semalam telah melibatkan 11 orang pelajar perempuan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin di Jasin, Melaka. Manakala, sejumlah 76 pelajar telah disahkan positif COVID-19 di Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil; iaitu membabitkan 71 pelajar lelaki dan lima orang pelajar perempuan.
Semuanya berlaku dalam tempoh sehari saja.
Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin Melaka
Ads
Ia bermula daripada seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dikesan positif pada 13 Januari 2022. Susulan itu, 70 orang pelajar lain yang menginap di asrama yang sama telah disaring dan hasilnya, 10 daripada mereka turut disahkan positif. 26 orang disahkan negatif manakala 33 orang lagi sedang menunggu keputusan.
Sehingga semalam, institusi tersebut masih beroperasi seperti biasa. Namun sekiranya jumlah pelajar yang positif meningkat, ia akan diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu.
Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil
Ads
Kluster tercetus apabila seorang pelajar perempuan juga berusia 16 tahun didapati bergejala selepas mendaftar masuk ke asrama pada 9 Januar 2022. Hasil ujian kendiri yang dilakukan mendapati dia postif tidak lama kemudian dan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah ada menerima laporan daripada seorang tenaga pengajar kolej tebabit mengenai berita tersebut.
Lantas, sejumlah 455 orang termasuk 118 guru dan warden telah diminta menjalani ujian kendiri dan malangnya, jumlah mangsa yang dijangkiti sama ada daripada pelajar terbabit atau dari sumber lain adalah cukup ramai.
Ads
*
Biarpun hidup harus diteruskan dan sesi persekolahan tidak mampu lagi untuk diadakan secara atas talian sehingga bila-bila demi kebaikan para pelajar dan warga pendidik; namun risikonya tetap ada. Faktor utama berlakunya penularan besar-besaran seperti ini dalam tempoh waktu yang singkat tidak lain tidak bukan adalah disebabkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) secara sengaja ataupun tidak sengaja di kawasan orang ramai.
Pada pihak pelajar terutamanya, kita sentiasa berikhtiar untuk menjauhkan diri daripada risiko wabak berjangkit seperti ini dengan menerima dos lengkap vaksin dan menjaga SOP yang ditetapkan sentiasa. Selalulah menjaga kebersihan diri dan lakukan ujian kendiri secara berkala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat individu yang lahir pada bulan Ogos, korang berpeluang untuk mendapat tiket masuk percuma Genting SkyWorlds dan berlibur di taman tema terbesar di Asia Tenggara itu.
Promosi ini sah dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos sahaja dan tertakluk kepada 57 pengungung terawal setiap hari untuk menebus tiket percuma. Syaratnya, korang yang lahir pada bulan Ogos itu perlu membawa sekali kad pengenalan dan tunjukkan di kaunter tiket. Promosi ini hanya tertakluk kepada satu tiket percuma bagi satu kad pengenalan.
Tiket tidak boleh dipindah milik, bukan untuk dijual semula atau ditukar dan tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk faktor di luar kawalan seperti jerebu, cuaca buruk, rusuhan atau mogok dan sebagainya.
Pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Aplikasi ini bukan sahaja akan memberi panduan yang komprehensif dengan maklumat masa nyata berkenaan Genting SkyWorlds, malah ia juga membolehkan pengunjung untuk mengemudi dan melawat taman berkenaan secara maya agar mereka dapat merancang aktiviti yang mereka minati terlebih dahulu, serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka.
Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia.
So guys, siapa yang menyambut ulangtahun kelahiran bulan ini bolehlah cuba nasib untuk dapatkan tiket masuk percuma ke Genting SkyWorlds ini. Mana tahu rezeki korang kan? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 akan dibuat di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September ini.
“Setakat hari ini, masih belum ada lagi cadangan untuk kita tetapkan waktu bekerja empat hari seminggu pada peringkat kementerian.”
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim. – Foto BERNAMA
Permohonan untuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19 juga termasuk dalam aturan kerja fleksibel di bawah pindaan tersebut.
Tapi ingat walaupun masa kerja disingkatkan, kena bijak rancang waktu juga untuk siapkan tugasan yang diberikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka kegembiraan di taman tema menjadi tragedi apabila sebuah kematian dilaporkan gara-gara terjatuh daripada permainan roller coaster. Ya, perkara ini bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kes yang melibatkan permainan taman tema ini.
Tidak tahu mana silapnya, bagaimana pemain boleh terjatuh dari ketinggian yang tinggi.
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia secara tragis apabila terjatuh ketika sedang menaiki roller coaster di Klotti Wildlife dan Leisure park di Klotten, Jerman. Menurut laporan, polis sedang menyiasat punca tragedi malang itu sama ada kematian itu adalah akibat daripada kesalahan pihak ketiga.
Mangsa merupakan seorang wanita berusia 57 dipercayai tergelincir dari tempat duduknya ketika roller coaster itu mengelilingi selekoh sebelum terjatuh dari trek ke bawah. Kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian menghalang tindak balas dari pasukan perubatan.
The Klotti Wildlife and Leisure park (Foto: The Mirror)
Trek laluan roller coaster itu diperiksa Germany’s Technical Inspection Association (Technischer Uberwachungsverein atau TUV) untuk penilaian aspek keselamatan. Tiada kecurigaan awal terhadap kelakuan jenayah menurut pendakwa raya.
Selepas ditutup selama tiga hari, taman tema itu dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Trek laluan roller coaster di mana mangsa terjatuh juga diluluskan untuk dibuka semula, namun pegawai taman dilaporkan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai bermain permainan itu buat sementara waktu.
Memang seram kalau dengar berita kemalangan seperti ini. Tidak hairanlah sekiranya ada di antara kita yang memang tidak akan bermain roller coaster ketika di taman tema.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!