Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah sekali pun rasa menyesal kehilangan zaman remajanya kerana memilih untuk memfokuskan diri dalam menempa nama di industri muzik.
Menerusi podcast Apa Cerita?, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan dia melalui zaman remaja yang berbeza berikutan tuntutan kerja yang sangat sibuk.
“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Saya tak ada masa nak melepak, nak keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Umur 17 tahun terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti.
“Pergi disko waktu remaja untuk have fun memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun. Saya tak pernah rasa rugi tak pernah pergi ke sana sebab jadual saya penuh dengan kerja,” katanya.
Penyanyi lagu popular Kau Kekasih itu turut berkongsi, dia sama sekali tidak merasa menyesal kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat hiburan malah bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi nasihat.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap teruskan menggalas tanggungjawab sebagai anak seni pada ketika itu.
Ads
“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tak ada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati. Bohong la kalau kata tak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat.
“Tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut. Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’.
“Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat lah,” dedahnya lagi. Pujukan itu membuatkan saya lakukan juga. Tapi bila tengok sekarang, itulah kesusahan dan pengorbanan yang saya buat dan saya boleh berada di keadaan sekarang,” dedah Siti lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap kali tibanya akhir tahun, semua orang pasti teringatkan akan musim perayaan dan percutian.
Seperti biasa pada setiap tahun, produk jenama Korea Selatan, innifree kembali 'memanjakan' kita dengan koleksi Holidays mereka. Bukan saja ia istimewa kerana hadir dalam saiz berbeza, malah ia juga mempunyai rekaan packaging dan botol comel untuk tahun 2019!
Jom tengok 5 produk kegemaran REMAJA.
01
Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Serum (160ml)
Produk kegemaran ramai ini datang dalam saiz dua kali ganda untuk kamu yang tidak pernah gagal memakainya pada setiap hari. Semua tahu Green Tea Seed Serum ini merupakan produk berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. RM152
02
2019 Green Holidays Mood Up Party Palette
Terlalu sibuk untuk mencari palet eyeshadow dan blusher untuk akhir tahun ini? Apa kata korang beli saja produk yang digabungkan ini! Terdapat 12 warna solekan mata dan 4 pemerah pipi yang sesuai untuk solekan glitter, pastel dan matte. RM155
03
2019 Green Holidays Perfumed Hand Cream Set (x3)
3 botol krim tangan 30ml ini adalah produk terbaik jika kamu dan BFF teringin mendapatkan seorang satu. Telapak tangan dan lengan akan kekal wangi dan lembap sepanjang hari. Just one thing, kenalah rebut rekaan tube kegemaran kamu bertiga! RM51
04
2019 Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Cream (100ml)
Mengapa dapatkan versi saiz normal sekiranya korang boleh dapat saiz – uh – JUMBO dan dalam tub comel seperti ini, Tekstur gel kegemaran ramai ini dapat memelihara warna kulit kamu agar ia kekal sekata dan sihat sepanjang akhir tahun ini. RM142
05
2019 Green Holidays Bright Music Notes Scented Candle (60g)
Akhir sekali, kita tak boleh melupakan produk wajib innisfree pada setiap musim akhir tahun ini. Setiap kali mereka mengumumkan koleksi Holidays, pastinya kami akan mendapatkan item lilin yang dijual oleh innisfree.
Tahun ini, ia mempunyai aroma spicy, woody dan musky yang cukup istimewa untuk dinyalakan pada waktu malam. Ia juga datang bersama kotak muzik! RM105
Yang manakah produk kegemaran kamu dari innisfree pada musim Holidays ini? Koleksi Green Holidays ini kini boleh didapati di stor innisfree seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid terus mencatatkan kejayaan di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Safawi memberikan aksi terbaik ketika menentang pasukan Shandong Luneng bagi 2019 AFC Champions League bulan April tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka. Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi sebanyak 34 peratus, mengalahkan Sembilan lagi calon lain.
Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, Safawi Rasid telah menerima sebanyak 19,933 undian keseluruhan dan Abdulaziz Al Dawsari dari Kelab Al Hilal dikedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.
Penyerang berusia 23 tahun ini khabarnya dilamar kelab Liga Portugal, Portimonense SC dan akan meneruskan kariernya di Eropah.
Apa-apa pun kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Safawi Rasid atas kejayaan yang dimilikinya. Semoga terus sukses dan mengharumkan nama negara.
Bintang dan penyanyi terkenal, Rosé BLACKPINK baru-baru ini dilaporkan telah menarik diri dan memfailkan penamatan kontrak dari Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) pada bulan lalu.
Menurut satu laporan media Korea Selatan, Rosé atau nama sebenarnya Roseanne Park (28) telah memohon penamatan perjanjian kontrak bersama KOMCA pada Oktober tahun lalu dan ia rasmi ditamatkan selepas tiga bulan kemudian.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Drinks or Coffee’ dan ‘Toxic Till the End’ itu menjadi penyanyi Korea pertama yang meninggalkan persatuan KOMCA selepas penyanyi Seo Taiji mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui keahlian pada tahun 2002.
Selain itu, semua hak cipta yang berkaitan dengan muzik Rosé juga akan diuruskan oleh label di Amerika iaitu Atlantic Records menerusi kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan artis antarabangsa.
Atlantic Records turut akan mengurus hak cipta karya Rosé di peringkat antarabangsa melalui organisasi seperti American Society of Composers, Authors and Publishers (ASCAP) dan Broadcast Music Inc (BMI).
Sementara itu, salah satu pihak dalam industri juga menjelaskan bahawa langkah yang diambil oleh Rosé juga adalah wajar kerana beliau tidak mempunyai sebab untuk menguruskan hak ciptanya secara berasingan di Korea Selatan dan di Amerika Syarikat.
Malah, jika hal itu terjadi, Rosé terpaksa membayar dua kali ganda bayaran keahlian kepada dua organisasi tersebut.
Sehubungan itu, semua hak cipta Rosé juga akan diuruskan oleh penerbit AS Dream APT Publishing. Sebelum ini, Rosé juga menandatangani kontrak di bawah Warner Chappell Music, bermakna beliau kini merupakan salah seorang penulis lagu rasmi di bawah syarikat penerbitan muzik utama dan semua kredit penulisan lagunya kini diuruskan di bawah Warner Chappell.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.