Tular sebuah video di media sosial, memaparkan momen yang agak tegang berlaku di backstage konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, sehingga meraih perhatian orang ramai.
Menerusi klip video pendek tersebut, dapat dilihat mimik wajah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu tegas sewaktu berkomunikasi dengan salah seorang kru di belakang pentas berkenaan.
Sehubungan itu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu tampil memberikan respon mengenai potongan video yang tular tersebut menerusi ciapan dibuat melalui aplikasi X.
Ads
Menerusi ciapan tersebut, penyanyi lagu hit Jerat Percintaan itu berseloroh bersama pengguna dengan mengatakan bahawa itulah masa untuk mereka melihat dirinya berubah menjadi ‘singa’.
Ads
“Haha, masa ini boleh tengok saya jadi singa,” ciapnya ringkas.
Difahamkan, ketegangan itu berlaku dipercayai berpunca daripada kegagalan alat monitor telinga yang digunakan TokTi sebelum memulakan konsertnya di atas pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pentas Talk To My Manager musim kedua baru-baru ini menyaksikan pasangan Adira Suhaimi dan anaknya, Anggrek mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai juara program realiti berkenaan pada malam Grand Finale sekaligus meletakkan duo ibu dan anak tersebut sebagai pasangan terbaik selepas menempuh persaingan selama 10 minggu.
Menerusi kejayaan itu, pemilik nama sebenar Anggrek Adnan Abu bersama pengurus yang juga ibunya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi serta pelbagai ganjaran lain termasuk barangan kemas, pakej penginapan eksklusif dan peluang merakamkan single baharu.
“Saya dah menang! Terima kasih kepada semua yang sokong saya,” ucap Anggrek ringkas KETIKA menerima hadiah kemenangan sebagai juara pada Ahad.
Lebih membanggakan, kemenangan tersebut turut disertakan dengan tajaan pengurusan dan pemasaran daripada Rocketfuel Entertainment selain hadiah emas tajaan Payang Jewellery serta pakej penginapan daripada Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur yang menambah nilai kepada pencapaian mereka.
Di samping itu, tempat kedua pula menjadi milik pasangan Jamilulhayat dan Hussain yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta pelbagai hadiah iringan termasuk tajaan pemasaran, barangan kemas, pakej penginapan dan peluang menghasilkan lagu baharu.
Sementara itu, pasangan Datuk Seri Vida dan anaknya, Cik B berjaya menduduki tempat ketiga serta membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain. Mereka turut menerima pengiktirafan khas menerusi Anugerah Manager Paling Loud & Proud.
Bagi kedudukan keempat, pasangan Datuk A. Aida dan Azeva Natassha menerima wang tunai RM5,000 serta trofi, selain dinobatkan sebagai penerima Anugerah Manager Paling I Don’t Care, I Want It, I Got It. Manakala, tempat kelima pula menjadi milik Safura dan Kim Khairii yang turut membawa pulang RM5,000 berserta trofi menerusi Anugerah Manager Paling Trust The Process.
Selain bergelar juara utama, Adira dan Anggrek turut menambah koleksi kemenangan apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Kasih Eskayvie yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000. Dalam masa sama, pasangan Jamilulhayat dan Hussain turut menerima pengiktirafan menerusi anugerah Manager Paling Perform yang hadir bersama hadiah pelayaran dan wang tunai.
Untuk info, Grand Finale TTMM 2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam itu dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi selaku hos utama, manakala Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai juri tetap. Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan kehadiran juri jemputan serta persembahan khas daripada beberapa penyanyi popular tanah air seperti Hafiz Suip, Datin Alyah, Aman Ra, MK K-Clique dan Aisha Retno.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Zara Zya baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat selepas membuat satu pendedahan apabila seorang pegawai perubatan mendakwa dirinya memakai susuk beberapa tahun lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin (40), memuat naik gambar imbasan X-ray yang memperlihatkan terdapat objek seakan jarum di bawah bahagian pipinya.
“Tengah kemas gallery, terjumpa gambar xray ni masa saya buat check up gigi beberapa tahun lepas. Korang nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?”
“Beria dia suruh staff semua keluar bilik. Dan dia pun mula lah susun ayat untuk bertanya pada saya. Dia bisik, (padahal dah tak ada orang lain dalam bilik rawatan tu) Dulu ada pakai “susuk” ke?,” tulisnya.
Kredit: Threads Zara Zya
Dalam pada itu, Zara turut menjelaskan objek tersebut bukanlah jarum melainkan pin peninggalan daripada prosedur operasi pembedahan dari pipi ke leher yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Doktor tak baik eh fikir saya pakai susuk. Saya cakap, itu pin sebab saya buat operation lah. Dari pipi ke leher. Hahaha,” ujarnya berseloroh.
Walaupun sudah menjelaskan situasi sebenar kepada pegawai perubatan berkenaan, Zara berkongsi bahawa reaksi yang diberikan seakan masih tidak mempercayai pelakon yang popular menerusi drama berjudul ‘Love You Mr Arrogant’ itu.
“Tapi lepas saya explain dan cerita pun, muka dia masih macam antara nak percaya dengan tak. Dia sibuk pula cerita kisah orang lain yang datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam tu juga tapi lebih banyak dan mereka mengaku pakai sesuatu tu,” jelas Zara.
Kredit: Threads Zara Zya
Lebih melucukan, Zara juga berkongsi bahawa klinik tersebut juga langsung menukar lagu kepada bacaan zikir.
“Part kelakar, dari elok pasang lagu Sheila On 7, terus pasang zikir. Ingat aku hantu ke doktor oi? Hahahaha,” tambahnya.
Terdahulu, Zara Zya pernah dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu ‘Cervical Facet’ dan ‘Lumbar Facet Syndrome’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang menyakitkan dan perit juga wax dibahagian wajah. Tapi tak ada ke cara yang tidak menyakitkan?
Perempuan ‘bermisai’ memang sesuatu yang tidak cool dan kelihatan pelik. Keyakinan seorang gadis boleh menurun apabila mereka tersedar sesuatu yang ganjil wujud pada wajah mereka.
Girls, jangan risau! Sebenarnya misai ni bukanlah seperti apa yang dimiliki oleh lelaki tetapi ia sebenarnya hanyalah rambut halus yang tumbuh di atas bibir.
Jika korang nak hilangkannya tanpa rasa sakit, ada caranya..
1. Telur
Asingkan kuning telur dan ambil putih telur sahaja. Campurkan ia dengan gula halus dan tepung jagung. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan ke atas bibir.
Biarkan selama 15-20 minit kemudian tanggalkan masker. Waktu ni bulu roma akan tercabut sekali apabila masker ditanggalkan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
2. Kunyit
Kunyit juga boleh membantu mengurangkan misai nipis yang ada di bahagian atas bibir. Caranya hiris halus sebiji kunyit dan campurkan hirisan dengan sedikit susu hingga menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
Pakai masker kunyit di kawasan yang berbulu kemudian biarkan hingga kering. Lama kelamaan ia akan gugur. Kunyit juga dapat melambatkan pertumbuhan bulu roma di kawasan tersebut. Lakukan ia sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Lemon
Campurkan air perahan lemon ini dengan gula hingga larut kemudian sapukan di kawasan atas bibir seperti biasa. Biarkan ia selama 15-20 minit kemudian gosok perlahan hingga bulu roma tercabut.
Untuk dapatkan kesan yang lebih berkesan korang boleh cuba lakukan dua minggu sekali.
Sebenarnya nak cantik, tak perlu keluar modal mahal pun kan? Yang penting kena rajin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.