Khamis lepas, rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur.
Kemeriahan dekorasi di Suria KLCC bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kempen Hari Raya Suria KLCC dikatakan akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.
Menelusuri dekorasi tahun ini, Suria KLCC mengambil inisiatif kreatif dengan memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana melalui kehidupan di kampung nelayan.
Salah satu tarikan yang terdapat di pusat membeli-belah Suria KLCC.
Ads
Reka bentuk rumah kampung tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman Centre Court yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Selain itu, aktiviti interaktif, wayang kulit juga bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir.
Semestinya yang paling mencuri perhatian sekali ialah replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki. Dikhabarkan bahawa replika pelita gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.
Replika pelita terbesar di Malaysia yang kini boleh disaksikan di laman Esplanade Suria KLCC.
Ads
“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami
berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan
terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Perasmian kempen Hari Raya yang disaksikan oleh pengunjung Suria KLCC dan rakan media.
Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Suria KLCC Group
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, kita selalu menganggap laman web Airbnb adalah lokasi untuk menempah lokasi percutian saja. Kini tidak lagi guys apabila Airbnb juga merupakan laman web yang menyediakan pelbagai sesi live secara tertutup dan eksklusif kepada korang yang membeli tiket.
Terbaru, Airbnb membuka satu sesi khas yang diberikan nama Inside K-pop di mana mereka menyediakan pengalaman menarik di sebalik tabir dunia K-pop bersama peminat di luar sana.
Sepanjang ia dijalankan pada minggu ini, banyak pengalaman menarik telah dikongsikan dengan mereka yang bertuah. Dan pada hari ini dan esok, tinggal 2 sesi saja yang boleh korang sertai iaitu sesi tarian dan sesi dandanan rambut.
Jom tengok bagaimana korang boleh mendapatkan tiket berharga RM77 setiap satu sesi ini.
Kelas Dandanan Rambut Ala Bintang K-Pop
Kita selalu cemburu bila melihat betapa sempurnanya gaya rambut bintang K-pop setiap kali mereka muncul di atas pentas. Paling menarik adalah apabila idol perempuannya boleh mengekalkan potongan bangs yang cantik sentiasa walaupun perlu galak beraksi dan menari.
Ikuti sesi bersama jurudandan stail rambut ala bintang K-pop iaitu Kim Yeseul (penata gaya rambut Joy187) pada 6 petang ini.
Sesi yang diketuai oleh jurutari Freemind bernama Dasom ini akan berlangsung esok (30 Januar) dari jam 9.00 hingga 10 pagi. Hanya terbuka kepada 20 orang peseta, ia akan mengajak korang untuk mempelajari di sebalik tabir pembikinan koreografi lagu-lagu K-pop yang dinyanyikan oleh kumpulan IZ*ONE.
Ia termasuklah cara bagaimana sesebuah tarian catchy dan popular boleh terbentuk, bagaimana jurutari mendapat inspirasi dan banyak lagi, sepanjang tempoh satu jam.
*
Untuk pengetahuan, sepanjang minggu ini, Airbnb telahpun mengadakan sesi Inside K-pop ini dengan mengadakan slot istimewa bersama Monsta X, jurusolek & jurudandan kumpulan IZ*ONE, kelas tarian bersama idol AleXa, di sebalik tabir sesi penggambaran bersama idol Kevin Woo, slot memasak bersama kumpulan Cravity dan banyak lagi.
Harapnya selepas ini, lebih banyak lagi peluang untuk korang sertai sesi Inside K-pop ini memandangkan sambutannya cukup hangat daripada peminat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ekoran negara telah memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pengumuman ini paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia dan ia secara tidak langsung akan merancakkan semula ekonomi negara khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah perlu kita menjalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia selepas melancong? Nah, berita gembira untuk si kaki travel, korang tidak lagi perlu menjalani kuarantin setibanya pulang ke Malaysia.
Hal ini turut dikongsi oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang sudah mula menawarkan penerbangan pergi balik ke negara-negara tersebut bermula 1 April ini.
Berikut antara senarai negara-negara yang korang boleh lawati tanpa perlu kuarantin.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak ke luar negara kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi mereka yang suka travel dan ingin merasai pengalaman perjalanan dengan keretapi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan Ke Kuala Lipis, Pahang secara percuma.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook rasmi KTMB, promosi ini bakal dijalankan selama tiga hari bermula 21 Februari bersempena pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU yang dijadualkan 24 Februari ini.
Orang ramai boleh merebut peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren DMU secara percuma dengan menggunakan kod promo JOYRIDEDMU. Walau bagaimanapun, tiket percuma ini hanya ditawarkan di kaunter tiket sahaja.
Pengguna juga diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, tetapi terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc.
Bagi yang terlepas peluang mendapatkan tiket percuma ini, jangan risau kerana KTMB sudah pun membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan yang dijadualkan bermula pada 24 Februari ini. Selain dijual di kaunter, tiket perkhidmatan berkenaan juga turut boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile atau pelbagai medium pembelian tiket yang lain.
Tapi sekiranya korang ingin ride percuma yang ditawarkan ini, kena cepat-cepatlah dapatkan di kaunter tiket ya. Semoga berjaya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.