“Kita merancang, tuhan yang menentukan. Kami reda dengan ketentuan ini, cuma mohon supaya semua turut mendoakan kesihatan dan keselamatan permata hati kami.”
Itulah luahan penuh haru ibu kepada Dr. Siti Hawa Apandi, 36, yang tidak dapat hadir sendiri ke Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad Shah (UMPSA) baru-baru ini kerana sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan akibat jangkitan paru-paru.
Dr. Siti Hawa sepatutnya naik ke pentas bagi menerima Anugerah Hadiah Kecemerlangan Inklusif Abdullah bin Ummi Maktum (Kategori Pascasiswazah). Namun, ibunya, Dr. Zaidah Tamjis, 62, hadir mewakili anaknya bersama suami, Apandi A. Hadi, 62, bagi menerima anugerah yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.
Walaupun tidak dapat naik pentas sendiri, Dr. Zaidah bersyukur impian anaknya untuk menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Fakulti Komputeran tercapai.
Ads
“Apa yang kami diharapkan adalah kesihatan Hawa,” ujarnya penuh sayu.
Dr. Siti Hawa menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA), penyakit yang melemahkan urat saraf sejak kecil dan membuatkan beliau memerlukan bantuan sepenuhnya daripada ibunya untuk bergerak. Namun, semangatnya tidak pernah luntur untuk menuntut ilmu di UMPSA.
Perjalanan akademiknya begitu mengagumkan. Bermula dengan Diploma Sains Komputer pada 2010 dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79, diikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) pada 2013 dengan PNGK 3.88, seterusnya Sarjana Sains Komputer pada 2016, dan kini, akhirnya, Ijazah Doktor Falsafah pada 2025.
Ads
Sepanjang pengajiannya, Dr. Siti Hawa sentiasa ditemani oleh ibu kesayangan, Zaidah, sama ada di asrama mahupun dewan kuliah, sejak dari peringkat diploma hingga ke peringkat PhD. Ketekunan dan semangat luar biasa ini turut mendapat perhatian masyarakat, sehingga beliau menerima pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Khas Belia Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Pahang 2024 yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, serta Anugerah Khas Belia Kerajaan Pahang 2024 dan Anugerah Perdana Belia Negara.
Selain cemerlang dalam akademik, Dr. Siti Hawa juga lantang bersuara di media sosial bagi membela nasib golongan OKU yang masih kekurangan fasiliti. Zaidah turut menitipkan kata-kata semangat buat ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, dengan menekankan bahawa sebagai ibu, kita perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam apa jua minat anak-anak, dan jangan sesekali berputus asa.
Dr. Siti Hawa merupakan antara 4,259 graduan yang diraikan pada majlis konvokesyen tersebut. Satu pencapaian yang bukan sahaja membanggakan keluarga, malah memberi inspirasi kepada semua.
Sedapnya! Paling best, boleh makan banyak-banyak sebab ‘homemade’. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet…hiks
Bayangkan ubi kentang lenyek panas-panas, disalut pula dengan sos keju dan mayonis dan ayam…. Dah cuba sekali, pasti nak lagi!
So kalau korang memang favourite dengan Loaded Potato Bowl ala-ala KFC ini. Seorang penguna facebook Tyra Manan berkongsi resepi ini di page Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Nak tahu bagaimana caranya untuk membuat hidangan kegilaan ramai ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini, confirm jadi!
BAHAN-BAHAN:
Bahan Mashed Potato:
Sumber Gambar : Masak Apa Hari Ni (Facebook)
Kentang – 1kg
Butter -100g (dipotong dadu)
Whipping cream – 100ml
Air – 50ml
Lada hitam
Garam
Basuh dan rebus kentang sehingga menjadi lembut.
Buang air rebusan dan letak kentang dalam mangkuk besar.
Tumbuk atau lenyek kentang sehingga menjadi mashed potato.
Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam kentang yang ditumbuk dan gaul sehingga butter cair.
(B) Ayam:
Letak sedikit air dalam tepung goreng tepung untuk bancuh.
Kemudian, salutkan ayam dengan bancuhan tepung tersebut.
Goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga ayam berwarna keemasan.
(C) Topping:
Rebuskan jagung selama 3 minit dan toskannya.
Kemudian, gaul jagung tersebut dengan gula dan garam.
Untuk serbuk keju, bancuhkan ia dengan sedikit air panas dan gaul sehingga sebati.
(A) + (B) + (C):
Sumber Gambar : Masak Apa Hari Ni (Facebook)
Menggunakan mangkuk yang besar, hidangkan Loaded Potato Bowl secara lapisan.
Lapisan bawah, letakkan mashed potato.
Kemudian, letakkan keju dan mayonis.
Untuk lapisan atas, letakkan jagung dan ayam goreng.
Sebagai topping, letakkan sedikit keju dan mayonis dan siap!
Mudah dan ringkas resepi ini. Sesuai untuk mereka yang rasakan beli satu di KFC tidak mencukupi, kini sudah boleh sediakan dalam kuantiti yang diingini dan puas.
Nanti dah try resepi ni jangan lupa bagi penulis sikit ye…hiks
Rakyat Malaysia masih mengingati momen bersejarah apabila pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Badminton All England pada Mac lalu.
Kejayaan tersebut telah diraikan oleh seluruh negara setelah kali terakhir Malaysia memenanginya 4 tahun lalu menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, satu lagi kejayaan membanggakan telah dilakar oleh skuad badminton negara apabila Chea Liek Hou muncul sebagai juara pada kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol.
Pada pusingan final acara perseorangan lelaki SU 5, pemain paralimpik ini telah menewaskan pemain dari Jepun, Taiyo Imai dengan catatan 21-13 dan 21-11 dalam tempoh 34 minit saja.
Sumber Foto : The Star
Kemenangan ini sekaligus melengkapkan rekod kemenangan 5-0 Liek Hou ke atas Imai selepas kali terakhir bertembung dengannya di peringkat suku akhir kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil pada tahun lalu.
Untuk pengetahuan, Liek Hou telah berada di bawah bimbingan Datuk Rashid Sidek sebelum ini untuk mempertingkatkan prestasi permainan dan menambah stamina agar pemain berusia 33 tahun ini dapat bersaing dengan lebih baik ketika bertemu lawan yang lebih muda daripadanya.
Sesi tersebut telah membuahkan hasil apabila Liek Hou berjaya menurunkan berat badannya dari 75 kg ke 65 kg justeru membantunya untuk bertanding dengan lebih cergas.
Selepas ini, Liek Hou bakal menawan Sukan Paralimpik Tokyo pula yang dijadualkan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini.
Rata-rata rakyat Malaysia kini mementingkan gaya hidup yang sihat, mana tidaknya setiap petang ramai je pergi beriadah dan bersenam di taman-taman rekreasi. Namun, peningkatan kes Covid-19 kini pasti mendorong korang tidak keluar sesuka hati dan hanya membuat senaman di kawasan rumah sahaja.
Jadi apa kata kita bersenam di rumah sahaja dengan aktiviti melompat tali atau pun skipping. Walaupun nampak ‘simple’ dengan hanya melompat tapi banyak kebaikannya. Sebelum ini, page Public Health Malaysia ada berkongsi kebaikan melakukan aktiviti ini. Paling menarik ia mampu memberi kesan positif seawal 5 minit ke atas tubuh badan.
Kelebihan Senaman Lompat Tali
Sumber Gambar : Pexels
1. Pembakar lemak.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 13km.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Posture badan bertambah baik.
Sangat sesuai bagi korang yang selalu mengadap komputer yang akan menyebabkan risiko posture menjadi bongkok. Semasa aktiviti lompat tali ini, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Lompat tali ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Hilangkan Stress
Enjoy... macam zaman kanak-kanak kita bermain lompat tali ini. Korang boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat lompat tali, pastikan kita rehat 15 saat.
Jangan bagi alasan tak ada tali lompat ini okay…dekat shopee penulis tengok banyak je jual.hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dibesarkan dalam keluarga yang menjadikan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi harian tidak pernah mematahkan semangat Arifah Azhari untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik.
Sebaliknya, perbezaan...