Lagu Negaraku kembali berkumandang di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila sejarah tercipta menerusi pingat emas acara e-Sukan yang dimenangi Taj Izrin Aiman Taj Madira.
Bertempat di Aichi Sky Expo Hall D pada Selasa, Taj Izrin muncul juara acara perlumbaan Gran Turismo 7 dalam acara yang julung kali dipertandingkan pada peringkat Sukan Asia.
Ia sekaligus menyumbangkan pingat emas kedua kepada kontinjen Malaysia yang dilihat sedang berada pada momentum terbaik untuk menyamai sasaran 6 pingat emas pada Sukan Asia edisi terdahulu.

BACA: Adeola Fay Robert Gemilang! Hadiahkan Emas Pertama Malaysia Di Sukan Asia 2026 Pada Usia 20 Tahun
Jom lihat lima fakta menarik mengenai kemenangan bersejarah ini dan siapakah Taj Izrin Aiman yang menjadi wira negara kali ini.
Kejayaan Sulung e-Sukan Malaysia
Kilauan pingat emas kedua negara oleh Taj Izrin ini cukup istimewa memandangkan ia merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam sejarah e-Sukan yang baru sahaja dipertandingkan di temasya Sukan Asia mulai edisi kali ini.

Ekori Rapat Sehingga Muncul Juara
Kata orang, momentum seseorang atlet haruslah konsisten sepanjang acara untuk melayakkan diri dikalungkan pingat emas. Begitulah yang dilakukan oleh Taj Izrin .
Pada peringkat awal, beliau menamatkan dua perlumbaan pertama di kedudukan kedua dengan mengumpul 18 mata.
Hanya pada perlumbaan ketiga, beliau meningkat momentum dan mengenepikan semua saingan tersengitnya termasuklah pencabar terdekat dari Arab Saudi dan Korea Selatan demi memastikan Malaysia menaiki podium sebagai juara untuk kali kedua di bumi Jepun.
Aksi Kaki Ayam Curi Tumpuan
Untuk beraksi cemerlang di peringkat antarabangsa, seseorang atlet tentulah akan memastikan dirinya selesa sewaktu beraksi di arena dan itulah yang dilakukan oleh Taj Izrin.
Siapa sangka, aksi emas ini diraihnya tanpa memakai kasut sewaktu menekan pedal. Memang rare!

Anak Didik Alex Yoong
Pastinya, salah seorang individu yang meraikan kejayaan Taj Izrin pada kali ini tidak lain tidak bukan ialah legenda permotoran negara, Alex Yoong. Ini memandangkan Taj merupakan anak didik kepada bekas pelumba Formula 1 (F1) itu di bawah kelab Axle Sports.
Anda mungkin berminat dengan
Imbuhan Lumayan Menanti
Menerusi kemenangan pada hari Rabu, Taj Izrin layak untuk menerima imbuhan berjumlah RM20,000 oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) yang telah dijanjikan kepada setiap pasukan e-sukan kebangsaan yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.
BACA: Shahmalarani Muncul Juara Karate, Malaysia Raih Emas Ketiga Di Sukan Asia! Tahniah!
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Taj Izrin Aiman Taj Madira!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Malaya kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education bagi universiti terunggul Asia Pasifik.
Dahulunya menduduki tangga ke 61 pada 2018, kini Universiti Malaya berjaya mendapat tangga ke 55. Menurut Astro Awani, UM bersaing dengan lebih 300 universiti dari 13 buah negara di Asia Timur, Asia Pasifik dan Australasia.
Jom kita lihat antara universiti-universiti lain di Malaysia yang turut mendapat tempat di kedudukan universiti terunggul Asia Pasifik 2019.

Sebanyak 10 universiti tempatan turut tersenarai dan Jepun menjadi negara dengan penyenaraian universiti terbanyak iaitu 103 universiti, manakala China pula melibatkan 72 universiti.

Universiti Tsinghua menduduki tangga pertama sekali gus merampas takhta National University of Singapore yang jatuh ke tempat kedua.
Rata-rata masyakarat Malaysia berbangga dengan berita ini dan mengucapkan tahniah buat universiti tersebut.



Barisan alumni turut bangga


Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
∞
Pasport Malaysia terus mencatat peningkatan apabila kini berada di kedudukan kedua dunia menerusi The Passport Index Global Ranking 2026.
Pencapaian tersebut menyaksikan Malaysia naik satu anak tangga berbanding kedudukan ketiga yang direkodkan pada tahun lalu.

Akses Ke 175 Destinasi
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia hari ini, pemegang Pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia berdasarkan penarafan berkenaan.
“Daripada jumlah itu, 129 destinasi menawarkan kemudahan bebas visa, manakala 46 destinasi membenarkan visa semasa ketibaan.
“Sebanyak 23 destinasi pula memerlukan visa,” katanya.
Pencapaian ini sekali gus menunjukkan peningkatan mobiliti pemegang Pasport Malaysia ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Kongsi Kedudukan Dengan Singapura
Berdasarkan semakan Passport Index, Malaysia berkongsi kedudukan kedua bersama Singapura dalam Global Passport Power Rank 2026.
Kedua-dua negara masing-masing merekodkan Mobility Score 175.
Dalam ranking sama, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat pertama dengan Mobility Score 182, manakala Sepanyol berada di tangga ketiga dengan skor 174.
Naik Satu Tangga Berbanding 2025
Untuk rekod, Malaysia sebelum ini berada di kedudukan ketiga dalam ranking berkenaan pada 2025 dengan Mobility Score 174.
Peningkatan kepada kedudukan kedua tahun ini mencerminkan kekuatan serta penerimaan Pasport Malaysia di peringkat antarabangsa, selain memperlihatkan peningkatan dari segi akses perjalanan ke pelbagai destinasi dunia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Umum mengetahui vaksin COVID-19 bakal tiba di Malaysia buat masa terdekat ini, hal ini merupakan satu rahmat dan satu cara kita melawan pandemik maut ini. Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.

Terbaru, menerusi akaun Twitter KKM ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini.
ARTIKAL BERKAITAN : KKM Cari Sukarelawan Untuk Ujian Vaksin COVID-19
5 kaedah tersebut ialah seperti berikut :
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pendaftaran vaksin COVID-19 ini dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.
“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka,”
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Sumber : Bernama, Twitter KKM , Twitter Khairy
∞