Dibesarkan dalam keluarga yang menjadikan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi harian tidak pernah mematahkan semangat Arifah Azhari untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik.
Sebaliknya, perbezaan cara berkomunikasi itu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk dirinya sehingga berjaya mencatat pencapaian membanggakan ketika menamatkan pengajian.
Graduan Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.76, sekali gus menerima Anugerah Pengarah pada Istiadat Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Utara 2026.
Terima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum
Bukan itu sahaja, Arifah, 22, turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Awam atas pencapaiannya dalam aspek akademik, kepimpinan serta kokurikulum.
Anak kelima daripada sembilan beradik itu merupakan anak kepada pasangan Azhari Zainol dan Che Asma Hamzah yang kedua-duanya merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan sejak lahir.
Menurut Arifah, kedua-dua ibu bapanya sentiasa memberikan dorongan supaya dia dan adik-beradiknya berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan.
Ads
“Emak dan abah sentiasa pesan supaya belajar rajin-rajin agar jadi orang yang berjaya di masa depan. Walaupun cara kami berkomunikasi berbeza, kasih sayang dan sokongan mereka sentiasa menjadi kekuatan saya,” katanya.
Keluarga Jadi Tulang Belakang Sejak Kecil
Bercerita mengenai zaman persekolahannya, Arifah berkata urusan berkaitan pendidikan banyak dibantu oleh abang, kakak serta ahli keluarganya ketika dia masih kecil.
Dalam kehidupan seharian pula, bahasa isyarat yang digunakan di rumah dipelajari sendiri daripada ibu bapanya, sekali gus menjadi cara utama mereka berkomunikasi sebagai sebuah keluarga.
“Abah yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi sumber kekuatan utama keluarga dalam membesarkan kami sembilan beradik,” katanya.
Ads
Kejayaan Bukan Hasil Usaha Seorang
Bagi Arifah, pencapaian yang diraihnya hari ini tidak seharusnya dilihat sebagai kejayaan peribadi semata-mata.
Sebaliknya, dia mengakui pencapaian tersebut hadir hasil doa dan pengorbanan keluarga selain bimbingan guru serta pensyarah dan sokongan rakan-rakan sepanjang menempuh alam pengajian.
Malah, semangat untuk saling membantu dalam keluarganya turut menjadi antara pencetus motivasi buat Arifah untuk terus melangkah sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Antara kenangan yang paling dekat di hati Arifah ialah pengorbanan abang-abangnya yang sanggup mengumpulkan wang untuk membeli sebuah komputer riba bagi membantu urusan pembelajaran.
Komputer riba tersebut pada awalnya digunakan oleh kakaknya sebelum diserahkan kepada Arifah untuk kegunaan sepanjang pengajiannya.
Situasi itu jelas menggambarkan bagaimana setiap ahli keluarganya memainkan peranan dalam memastikan mereka sembilan beradik mendapat peluang untuk mengejar impian masing-masing.
Buat Arifah, segala sokongan, pengorbanan dan dorongan yang diberikan keluarga menjadi kekuatan untuk membuktikan bahawa latar belakang serta perbezaan cara komunikasi bukanlah penghalang untuk seseorang mencipta kejayaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian itu pasti bagi setiap orang. Tanpa kira usia dan cara kematian, ajal maut adalah urusan Allah taala.
Apabila terdengar berita kematian, perkara pertama yang terlintas selain memberitahu kepada ahli keluarga terdekat, kita biasanya akan menghubungi pengurus jenazah kawasan bagi urusan gali kubur selain mandi dan kafankan.
Bagi yang pernah merasai kehilangan pasti tahu bagaimana perasaan ini. Islam juga menggalakkan pengebumian segera agar tidak menyeksa jenazah. Namun, pasti yang mengalami kesusahan disebabkan pandemik covid-19.
Kos pengurusan jenazah bukan murah lagi hari ini. Sesetengahnya mengikut lokasi dan mungkin ada lebih mahal dari dinyatakan.
Tapi semua masalah ini diringankan apabila pelakon ‘drama NUR’ ini tampil menghulurkan bantuan tapi bukan dari segi barangan keperluan asas tau!
Baru-baru ini menerusi Instagram, Noorkhiriah telah kongsikan yang dia bersedia untuk beri bantuan pengurusan jenazah secara percuma kepada orang yang memerlukan.
Pengurusan jenazah percuma dari mandi, kafan, solat sampai ke tanah perkuburan.”
Untuk pengetahuan korang, bantuan ini dibuat di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah dan difahamkan ia merupakan inisiatif dari hasil sumbangan orang ramai yang turut menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti ini.
Alhamdulillah…
Sumber Instagram : Noorkhiriah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menghampiri penghujung tahun 2022, pastinya ramai yang sedang berkira-kira untuk menghabiskan baki cuti yang masih ada. Bagi yang menantikan cuti semester to finally kick in, korang tentu sudah mempunyai perancangan destinasi yang ingin dituju bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Salah satu destinasi pilihan ramai tidak lain tidak bukan ialah negara jiran, Singapura. Majoriti tempoh dua tahun lalu yang diluangkan dalam keadaan pandemik memaksa sempadan Malaysia-Singapura ditutup. Kini tiba sudah masa sempurna untuk kita mengubat rindu terhadap pelbagai jenis tarikan yang ada di Singapura.
Nilai Ringgit kini dilaporkan berada pada paras terendahnya berbanding Dolar Singapura dalam sejarah iaitu sekitar RM3.32 hingga RM3.35 bagi setiap satu Dolar. Ia jauh lebih rendah berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997 di mana nilai terendah Ringgit dicatatkan sekitar RM2.737 bagi setiap satu Dolar.
Aduh, mahu kena fikir sepuluh kali sebelum hendak merancang percutian di Singapura.
Jelas Dr Yeah Kim Leng yang merupakan seorang Profesor Ekonomi di Universiti Sunway, sebahagian besar faktor kelemahan Ringgit kini adalah disebabkan oleh Dolar Amerika Syarikat (AS) yang bertambah kukuh setelah Rizab Persekutuan negara itu (FED) menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi yang memuncak sehingga menjejaskan ekonomi di AS.
Seperti yang dilaporkan BHarian, yang berhubung dengan Profesor Ekonomi itu, pergerakan Dolar Singapura pula akan sejajar dengan Dolar AS memandangkan AS adalah rakan dagang terbesar Singapura. Jika Dolar AS kukuh, maka begitu jugalah kedudukan Dolar Singapura. Dan dengan kenaikan nilai secara agresif kini, Dolar AS kemungkinan besar akan berada pada kedudukan paling stabil sejak awal 2000-an berbanding beberapa nilai mata wang utama lain.
Nilai Ringgit dijangka akan bertambah lemah berbanding Dolar Singapura berdasarkan situasi ekonomi sekarang. Ada juga yang meramalkan Ringgit boleh menjunam sehingga RM4.90 bagi setiap satu Dolar AS pada akhir 2022 dan RM5.00 bagi satu Dolar AS pada suku pertama 2023.
Ini secara tidak langsung membuatkan nilai Dolar Singapura akan terus menjadi faktor utama pelancong Malaysia akan berfikir banyak kali sebelum ke sana.
Mungkin sekali sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk korang melancong ke luar negara. Apa kata nikmati sahaja keindahan yang kita ada di dalam negara pada akhir tahun ini. #SapotLokal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nikmati keceriaan coklat anda dengan Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat, satu gigitan sahaja dan anda kini lebih ONZ! Apabila kehidupan anda menjadi agak jemu dan membosankan, kembalikan senyuman wajahmu dengan biskut cip coklat lazat ini.
Dengan warisan lebih daripada 20 tahun di seluruh rantau Asia Tenggara, Cream-O adalah jenama terkenal yang menawarkan pelbagai jenis biskut berlapis yang lazat. Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, setiap biskut Cream-O dibakar dengan sempurna, dan pastinya memenuhi keinginan setiap penggemar biskut.
Munchy’s teruja untuk memperkenalkan Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat yang serba baharu, kini terdapat dalam dua perisa yang menarik: asli dan coklat gelap! Coklat adalah perisa yang amat digemari di Malaysia, bukan sahaja dalam kalangan remaja, tetapi juga oleh golongan dewasa muda.
Penuh dengan rasa coklat dan nikmat, ia juga dikenali sebagai pembangkit mood yang menggembirakan setiap orang. Dengan rasa yang lebih coklat, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat membawa kebahagiaan coklat ke tahap seterusnya.
Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat boleh menggembirakan gaya hidup biasa sesiapa sahaja, sambil memuaskan selera dan mengenyangkan perut. Apabila anda memerlukan snek, Munchy’s Cream-O menghidupkan tenaga ONZ dan tahap keceriaan coklat anda, supaya anda terus bersemangat.
Sekadar info, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat boleh didapati dalam dua saiz untuk dinikmati pada bila-bila masa: 51g pada harga RM1.20 dan 119g pada harga RM2.80, di pasar raya utama dan pasar raya besar di seluruh negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Munchy’s Cream-O
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...