Rakyat Malaysia masih mengingati momen bersejarah apabila pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Badminton All England pada Mac lalu.
Kejayaan tersebut telah diraikan oleh seluruh negara setelah kali terakhir Malaysia memenanginya 4 tahun lalu menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, satu lagi kejayaan membanggakan telah dilakar oleh skuad badminton negara apabila Chea Liek Hou muncul sebagai juara pada kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol.
Ads
Pada pusingan final acara perseorangan lelaki SU 5, pemain paralimpik ini telah menewaskan pemain dari Jepun, Taiyo Imai dengan catatan 21-13 dan 21-11 dalam tempoh 34 minit saja.
Sumber Foto : The Star
Kemenangan ini sekaligus melengkapkan rekod kemenangan 5-0 Liek Hou ke atas Imai selepas kali terakhir bertembung dengannya di peringkat suku akhir kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil pada tahun lalu.
Ads
Untuk pengetahuan, Liek Hou telah berada di bawah bimbingan Datuk Rashid Sidek sebelum ini untuk mempertingkatkan prestasi permainan dan menambah stamina agar pemain berusia 33 tahun ini dapat bersaing dengan lebih baik ketika bertemu lawan yang lebih muda daripadanya.
Ads
Sesi tersebut telah membuahkan hasil apabila Liek Hou berjaya menurunkan berat badannya dari 75 kg ke 65 kg justeru membantunya untuk bertanding dengan lebih cergas.
Zaman teknologi canggih hari ini membolehkan kita melakukan pelbagai perkara bersama rakan-rakan mahu pun orang tersayang, tidak kira sama ada mereka berada dekat atau jauh dengan kita.
Selain daripada aplikasi yang boleh menghubungkan antara satu sama lain secara virtual, kini korang juga boleh menggunakan teknologi itu untuk menonton filem bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang berada jauh dari korang.
Mungkin ramai yang belum tahu, aplikasi Messenger di Facebook boleh digunakan sebagai platform menonton filem beramai-ramai.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Phillymyna Hussin telah pun berkongsi cara-cara untuk melakukannya.
Jom kita lihat.
1. Buka video call
2. Klik ‘watch together’
3. Dah boleh tonton movie sama-sama dengan kawan yang lain
4. Boleh ‘add people’ kalau nak tengok ramai-ramai
Mudah sahaja kan? So, selepas ini kalau korang rasa malas nak keluar tapi nak ‘lepak’ dengan kawan-kawan, mungkin korang boleh guna cara ini untuk meluangkan masa bersama.
Setiap negara di dunia memiliki bentuk dan juga permukaan yang berbeza-beza mengikut benua. Empat negara terbesar di dunia seperti Rusia, Kanada, China dan Amerika Syarikat pasti anda semua kenali.
Namun pernahkah anda mendengar nama negara seperti Saint Kitts and Nevis, Nauru dan Tuvalu? Di manakah agaknya kedudukan negara-negara ini ya? Jom ikuti trivia tentang 10 negara terkecil di dunia ini.
Dengan keluasan hanya 122 batu persegi, Malta merupakan sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Terletak di antara Itali dan Libya, ia dianggap sebagai sebahagian daripada negara Eropah Selatan dengan kepadatan penduduk seramai kira-kira 516 ribu penduduk.
Terkenal sebagai destinasi pelancongan, Maldives merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi. Keluasan negara ini hanyalah 115 batu persegi dengan 557,751 penduduk.
Nama rasmi negara ini ialah Persekutuan Saint Christopher dan Nevis. Merupakan sebuah negara pulau dan negeri mikro yang terdiri daripada dua pulau iaitu Saint Kitts dan Nevis, kedua-duanya terletak di Hindia Barat. Keluasan negara ini hanyalah 101 batu persegi dengan hanya 50 ribu penduduk.
Kepulauan Marshall merupakan sebuah negara mikro yang terletak berhampiran garis khatulistiwa di Lautan Pasifik. Negara ini memiliki lebih kurang 58 ribu penduduk dengan keluasan hanya 70 batu persegi. Ibu negaranya dikenali sebagai Majuro.
Liechtenstein merupakan sebuah negara mikro yang terletak berdekatanpergunungan Alps antara Austria dan Switzerland. Negara yang hanya berkeluasan 62 batu persegi ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem separuh raja berpelembagaan yang diketuai oleh Prince of Liechtenstein.
Republik San Marino hanya berkeluasan 24 batu persegi, walaupun kecil ia merupakan sebuah negara terkaya di dunia dengan nilai keluaran alam negara kasar sebanyak $1.7 bilion. Negara ini merupakans ebuah negara di kawasan Selatan Eropah yang dikelilingi oleh negara Itali.
Tuvalu mengali ancaman kenaikan paras air laut. Kredit foto: Pacific News Service
TUVALU
Tuvalu ialah sebuah negara kepulauan dan negara mikro dalam kawasan Polynesia di Lautan Pasifik. Negara dengan keluasan darat hanya 10 batu persegi ini terdiri daripada tiga pulau terumbu dan tiga pulau cincin. Setakat 2021, negara ini memiliki kira-kira 11 ribu penduduk.
Nauru merupakan sebuah negara kaya sebelum menjadi miskin kerana tadbir urus sumber semulajadi yang tidak sistematik. Negara yang berkeluasan hanya 8.1 batu persegi ini terletak di kawasan Oceania, Lautan Pasifik dan memiliki lebih kurang 10 ribu penduduk sahaja.
Monaco sangat terkenal dengan aktiviti kapal layar mewah. Kredit foto: Britannica
MONACO
Negara kecil ini rupakan sebuah negara monarki yang terletak di pesisir French Riviera. Dengan keluasan hanya 0.81 batu persegi, Monaco memiliki 38 ribu penduduk dan daripada jumlah tersebut hanya lebih kurang 9800 warganegara. Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa perancis.
Juga dikenali sebagai The Vatican, negara itu menjadi merdeka daripada Itali pada tahun 1929 dengan Perjanjian Lateran. Negara mikro dengan hanya berkeluasan 0.19 batu persegi ini memiliki populasi seramai 453 orang sahaja. Ia mengandungi tapak keagamaan dan kebudayaan seperti Basilika St. Peter, Gereja Kecil Sistina dan Muzium Vatican.
Pernahkah anda sampai ke salah satu negara ini? Mungkin boleh masukkan dalam list kalau nak ke tempat yang a little bit rare. Why not kan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Latihan ketenteraan selalunya kita bayangkan sebagai sesuatu yang sangat mencabar – penuh dengan halangan fizikal, mental dan disiplin yang ketat. Bukan semua orang sanggup mengharunginya, tetapi baru-baru ini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah membuktikan bahawa seorang pemimpin muda juga mampu melangkah keluar dari zon selesa untuk menghadapi cabaran ekstrem ini.
Latihan Asas Komando TUDM
Tengku Hassanal berkenan menyertai latihan asas komando hutan sebagai sebahagian daripada Kursus Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Latihan ini terkenal sebagai antara yang paling tough kerana ia menguji kekuatan fizikal, semangat juang, dan juga ketahanan mental.
Apa yang lebih mengujakan, sebelum ini baginda berjaya melakukan dua kali terjunan bebas pada ketinggian 10,000 kaki di udara. Bayangkan, bukan mudah untuk terjun dari ketinggian itu dengan penuh keyakinan dan fokus – ia betul-betul menggambarkan keberanian luar biasa seorang pemimpin muda.
Bukan Sekadar Pewaris Takhta
Selain berlatih bersama anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dalam kursus komando yang berlangsung selama tiga bulan sejak Julai lalu, Tengku Hassanal juga memegang beberapa peranan penting di negeri Pahang. Antaranya:
Pemangku Raja Pahang sejak 2019, ketika ayahandanya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).
Presiden Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang (MUIP).
Walaupun bergelar pewaris takhta, baginda sering meraih pujian kerana sifatnya yang rendah hati, mesra rakyat, dan sentiasa memberi inspirasi kepada generasi muda.
Inspirasi Untuk Remaja
Apa yang dilakukan oleh Tengku Hassanal sebenarnya memberi mesej penting buat kita semua: kejayaan bukan datang dengan mudah. Ia memerlukan keberanian untuk mencabar diri, disiplin dalam setiap langkah, dan keyakinan diri untuk menempuh apa saja halangan.
Bagi remaja hari ini, cerita Tengku Hassanal ini boleh dijadikan motivasi. Kalau seorang pemimpin muda boleh sanggup diuji dengan latihan komando yang begitu tough, kita juga mampu push diri untuk capai kejayaan dalam bidang masing-masing – sama ada pelajaran, kerjaya, mahupun sukan.
Kerana pada akhirnya, menjadi hebat bukan tentang siapa kita sekarang, tapi tentang kesanggupan kita melangkah keluar dari zon selesa dan berani mencabar diri sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!