Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya, Emma memberi kejutan kepada suami tercintanya, Muhammad Shazli Azhar dan kenalan terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.
“Syukur Alhamdulillah,” coretnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Dalam klip video tersebut, Emma tampil ‘berseloroh’ dengan mengajak suaminya untuk membuat satu sesi rakaman ‘review’ produk.
Ads
la bagaimanapun hanyalah satu kejutan dan Shazli serta Emma dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.
“Betul ke? Sumpah?” respon Shazli seakan tidak percaya.
Ads
Dalam rakaman itu juga pelakon drama popular Cemburu Seorang Perempuan itu menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat pelakon yang kini sudah berbadan dua itu.
Sekadar informasi, Emma dan suami tersayang telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020 dan menimang cahaya mata sulung mereka, Shariq Gabriel pada 8 November 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah peribahasa yang dapat ungkapkan buat pasangan pempengaruh media dan ahli perniagan terkenal tanah air ini.
Bersaksikan Auditorium MBSA, Shah Alam dan ribuan penonton, usahawan popular, Hafiz Mahamad, dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial dengan berjaya meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288.
Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pada malam bertuah itu, Hafiz Mahamad memberi ganjaran buat para kakitangannya bonus sebulan gaji, selain sehari cuti.
Jelas tuan empunya badan, dia mahu menunaikan hasrat tersebut selepas melihat kesungguhan semua pekerjanya mengundi dan memberi sokongan padu atas usahanya selama ini.
“Saya lihat kesungguhan mereka dan itu yang buat saya sayang dan hargai usaha mereka. Saya berniat kalau ada rezeki menang, saya akan bagi satu hari cuti. Saya ada dua bisnes iaitu Ainda Beauty dan Ainaa Clinic.
“Untuk Ainaa Clinic, saya akan hadiahkan kakitangan satu bulan bonus gaji sempena raya nanti. Untuk Ainaa Beauty pula, saya ada kejutan lain. Pekerja saya seramai 70 orang dan keseluruhan bonus yang saya peruntukan mencecah RM300,000,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mendedikasikan kemenangan yang diperoleh itu buat semua kakitangannya.
“Bila ada anugerah seperti ini dan tercalon, pada mulanya agak janggal juga. Sejak awal percalonan lagi, semua kakitangan menyatakan sokongan dan mahu melihat saya menang.
“Saya cakap pada isteri, mahu datang ke sini dan bawa pulang sesuatu untuk pekerja saya. Mereka memang betul-betul bekerja keras, malah setiap hari mengundi saya,” tuturnya lagi.
Pada malam temasya itu juga,Hafiz sempat mengucapkan rasa syukur atas penghargaan tersebut dan mengatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu merupakan salah satu rezeki isterinya yang juga pempengaruh terkenal, Syafiqah Aina.
“Jika ini adalah rezeki, saya percaya ini adalah rezeki untuk lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri dan awak semua,” katanya.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kemunculan penyanyi WHUT, Aisha Retno dalam program nyanyian Big Stage 2022 pada minggu pertama lalu nyata dinanti-nantikan oleh peminat hiburan tempatan. Rata-rata mengakui kehebatan vokal dan bakat yang dikuasai oleh Aisha lalu tidak sabar untuk melihat kelainan yang akan dibawakan olehnya sepanjang musim keempat ini.
Minggu lalu, Aisha menepati ramalan ramai pihak setelah menduduki kedudukan teratas di antara 12 orang peserta yang bertanding. Aisha yang membawakan lagu Teman nyanyian asal Iman Troye telah memperolehi markah keseluruhan 84.4 peratus. Ia sekaligus menjadikan pertaruhan Aisha yang menukar komposisi lagu tersebut menjadi genre jazz telah menjadi dan disukai oleh juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai dan juri juara, Aliff Aziz serta juri panas, Mas Idayu.
Cuma, sebilangan peminat Aisha merasakan sedikit terkilan setelah kejayaannya pada minggu pertama itu seakan dikaburi atau ‘overshadowed’ oleh pelbagai gimik kejutan yang disediakan oleh pihak produksi Big Stage 2022.
Aisha Retno menamakan Daniel Chuer, Yazmin Aziz, Elica Paujin, Tegar Septian sebagai antara saingan sengitnya mengikut keputusan minggu pertama Big Stage 2022.
Kemunculan Dato Seri Vida yang seringkali dikaitkan dengan ‘berita panas’ di kerusi Presiden Netizen diikuti dengan pengenalan peserta ke-12, Iqbal Zulkefli yang pada mulanya dirahsiakan sedikit sebanyak telah ‘merampas’ tumpuan penggiat media serta penonton secara amnya daripada kehebatan vokal dan persembahan Aisha.
Katanya kepada REMAJA sewaktu sesi Instagram Live #RemajaDengarKata semalam, dia tidak berkecil hati pun dengan perkara tersebut kerana berpandangan setiap peserta pasti mempunyai momen-momen tertentu yang akan diingati oleh para penonton sepanjang musim ini.
“Pertama sekali, Aisha tiada akaun Twitter (ketawa) jadi Aisha tidak tahu apa yang hangat diperbualkan oleh warganet yang menonton Big Stage 2022. Bab trending ini memang Aisha tidak tahu-menahu.
“Tapi secara peribadinya, saya tidak kisah pun apabila perhatian media dan penonton diagihkan kepada semua peserta. Big Stage 2022 tidak menyerlahkan bakat seorang individu sahaja tapi semua peserta yang terlibat. Itu semua berbalik kepada rezeki. Aisha sekadar enjoy sahaja pengalaman ini tanpa terlalu memikirkan soal perhatian ini,” jelas penyanyi berusia 21 tahun ini.
Aisha juga merasakan kemunculan Iqbal Zulkefli pada Big Stage 2022 sebagai satu lagi elemen penyeri dan tidak harus dipandang rendah.
“Mungkin dia ada secret weapon dia juga, kita tak tahu kan. kita tidak boleh underestimate orang punya kepelbagaian. Dia punya marketing pun bagus juga kan. Kita tunggu sajalah minggu kedua ini memandangkan kita pun tidak tahu lagu apa yang akan dibawakan olehnya. Mana tahu dia bawa lagu dangdut sehingga mampu mencuri perhatian Datuk Seri Siti Nurhaliza kan,” katanya.
Sambil itu, Aisha juga sempat bertegur sapa dengan semua peserta termasuklah Iqbal yang baru memunculkan dirinya di lokasi program pada hari kejadian.
“Saya pun terkejut sebenarnya kerana mengikut perancangan asal, giliran saya adalah selepas Yazmin Aziz. Apabila saya diberitahu ada seorang lagi peserta yang akan melakukan persembahan sebelum saya, waktu itulah baru saya mendapat tahu Iqbal Zulkefli ialah peserta yang dirahsiakan itu. Kami sempat bersuai-kenal di belakang pentas, bertukar nama, masing-masing pun fasih ‘kecek Kelate’. Tapi kami tidak ‘kecek’ pasal duit tau,” selorohnya.
Bagi minggu kedua Big Stage 2022, Aisha dijadualkan untuk membawa lagu Lalisa nyanyian asal Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink. Haa, adakah dia akan menyanyi SAMBIL menari? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon lelaki berlesung pipit, Kim Seon Ho nampaknya semakin berjaya mencuri perhatian peminat dengan drama bersiri Hometown Cha Cha Cha.
Terbaharu, syarikat pengurusan pelakon ini telah pun mengesahkan bahawa Kim Seon Ho bakal bergandingan dengan YoonA dalam sebuah filem yang berjudul 2 O’clock Date.
Filem romantik ini khabarnya mengisahkan tentang seorang wanita yang menyimpan sebuah rahsia besar dan lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahya, secara kebetulan asyik terserempak satu sama lain setiap hari.
Bakal diarahkan oleh pengarah filem ‘Exit’, Lee Sang Geun, 2 O’clock Date dijadualkan bakal memulakan penggambaran pada bulan Mac tahun hadapan.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...