Selain ‘didendangkan’ dengan pelbagai kontroversi, dan perkara yang menggemparkan industri hiburan tanah air, tahun ini juga telah meninggalkan seribu satu catatan manis buat anak-anak seni yang berjaya mencapai kejayaan tersendiri dalam industri ini.
REMAJA mengimbau detik kejayaan insan seni yang menyerlah sepanjang tahun 2022, malah mampu mengukir senyuman bangga dengan pelbagai pencapaian yang dilakar.
Populariti yang diraih juga menyaksikan Meerqeen dan Anna Jobling berada dalam individu paling tinggi carian di Google bagi 2022.
Anna baru-baru ini turut sempat menzahirkan terharu apabila menjadi antara 10 personaliti di Malaysia yang tersenarai, namun yakin carian tersebut dibuat untuk perkara positif berkaitan perjalanan kerjaya seninya.
Selain itu, impak populariti yang diraih menerusi drama bersiri fenomena Melur Untuk Firdaus, Meerqeen kini menuai hasil paling bermakna apabila buat pertama kalinya muncul sebagai hero menerusi sebuah naskhah terbitan Indonesia berjudul Modus Operandi.
Penglibatannya dalam naskhah drama online tersebut merupakan satu daripada beberapa lagi tawaran yang diperoleh pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu dari negara jiran.
Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Ads
Penyanyi baharu, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin terus meraih perhatian orang ramai apabila lagu dan video muzik Casablanca hasil duet mereka, telah mencipta fenomena apabila menjadi karya Malaysia pertama yang mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia, pasa tahun ini.
Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee GoodMedia itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial.
Muzik video rasmi Casablanca dimuat naik di saluran YouTube Masyhur mencecah lebih 25 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 22 juta di Spotify.
Kini, kedua nama figura muda yang sudah itu terus melonjak naik sehingga dikenali di negara seberang itu bakal melancarkan single terbaharu mereka, pada tahun hadapan sebagai buah tangan baharu buat peminat mereka.
Aina Abdul
Dalam bidang muzik tanah air, antara nama yang menyerlah sepanjang 2022 adalah penyanyi Aina Abdul. Namanya sentiasa tersenarai dalam sorotan tahunan.
Ads
Selain itu, penyanyi lagu popular Semalam itu kekal menyerlah dan selesa pada kedudukan tersendiri. Seakan tidak tergugat, Aina terus cemerlang, termasuk merangkul trofi Vokal Terbaik, AJL36 menerusi lagu Sepi.
Beralih kepada fesyen yang diperagakan figura ini, Aina memang terkenal dengan fesyen di luar kebiasaan dan ‘pelik’ setiap kali menghadiri acara hiburan. Setiap warganet selalu ternanti-nanti apa pula yang akan ditampilkan penyanyi bersuara emas ini ketika menghadiri majlis atau melakukan persembahan.
Walau acap kali menerima pelbagai reaksi mengenai persalinan yang digayanya, namun penyanyi lagu Terus Hidup itu tidak pernah mengambil pusing kata-kata mereka dan sentiasa berfikiran positif. Bagus Aina ini.
Janna Nick
Lagu Gatal nyanyian pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Janna Nick yang juga merupakan hasil Aepul Drama Band telah menjadi fenomena dan kegilaan pengguna TikTok, termasuk Thailand, Russia serta Indonesia.
Nama semakin menjadi bualan ramai, Janna menzahirkan rasa bangga apabila lagu tersebut menjadi antara lagu Melayu paling banyak digunakan di aplikasi TikTok sepaniang tahun ini.
Meniti kejayaan daripada Gatal, ia sekaligus menjadikan pencapaian tersebut sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berkolaborasi dengan komposer yang berpotensi mencipta fenomena sama.
Malah, bintang antarabangsa, Psy yang cukup popular dengan lagu Gangnam Style turut memuat naik video menggunakan Gatal sebagai latar muzik.
Walaupun kekasih pelakon kacak, Dini Schatzmann itu menerima kecaman dek kerana mutu persembahan vokalnya, namun kejayaan lagu Gatal membuatkan dirinya lebih berkobar-kobar meneruskan karier muzik.
Shazz Zainuddin
Dunia hiburan kita semakin mengembang dan semakin ramai yang melibatkan diri di dalam dunia YouTube. Bukan sahaja para lelaki malahan para wanita juga terlibat dalam mengeluarkan idea dan menghasilkan video yang menarik minat orang ramai.
Bagi pengguna tegar aplikasi Youtube sudah pastinya mengenali gadis Youtuber cantik jelita ini. Penampilan yang bersahaja dan petah bercakap malah rajin melayan setiap pengikutnya, ia sekaligus mengangkat nama baik Youtuber popular Malaysia, Shazz Zainuddin, sebagai Youtuber paling popular dan berpengaruh dalam negara ini.
Terbaharu, Shazz meraih kejayaan apabila menjadi Youtuber top 1 wanita paling Boom! dengan mendapat undian sebanyak 23.26 peratus. Kini, jumlah ‘subscribers’ lebih 637 ribu pengguna platform tersebut. Wah, semakin mendunia Shazz sekarang ya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau dan suaminya, Rizky Febian akan mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya bagi mengelakkan tekanan pada masa akan datang.
Menurut Mahalini atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja (25), ia adalah salah satu perkara yang sudah lama dirancang olehnya dan pasangan selebriti Indonesia itu membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu tertekan dengan komen dan kritikan pengguna media sosial.
“Doakan saya (selamat sehingga melahirkan anak). Tapi saya tidak mahu mendedahkan wajah anak kerana mahu menghindari komen dan kritikan orang”
“Saya akan tertekan nanti kerana kita pun tahu mental seorang ibu baharu berbeza. Saya harap semua pihak mengerti dan tidak akan mendedahkan wajah anak saya dalam konten masing-masing,” katanya.
“Biar saya dan Rizky benar-benar siap, kami sendiri akan dedahkan wajah anak kami,” ujar Mahalini lagi.
Mahalini kini diketahui sedang hamil tujuh (7) bulan selepas selamat diijab kabul dengan Rizky Febian pada tahun lalu.
Pelantun lagu ‘Mati-Matian’ dan ‘Sial’ itu juga difahamkan sedang menghitung hari untuk bergelar ibu dengan menimang cahaya mata sulung serta telah banyak persiapan yang dilakukan.
Pada masa yang sama, Mahalini juga dilaporkan sudah tidak melakukan persembahan pentas, sebaliknya beliau dan Rizky sibuk membuat persiapan menyambut anak mereka yang bakal lahir beberapa bulan lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, memilih untuk memaafkan pelawak veteran, Lan Senario, susulan insiden kenyataan tidak sopan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Keputusan Fazura untuk mengambil pendekatan tenang dan berlapang dada itu mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat serta pemerhati industri hiburan tempatan.
Terdahulu, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 57, menerima kecaman hebat selepas tular satu rakaman video penstriman langsung di media sosial yang memaparkan beliau berbual bersama Fazura.
Dalam sesi tersebut, Lan dilihat menjawab soalan netizen mengenai bila Fazura bakal berkahwin semula dengan nada yang dianggap tidak sensitif dan kurang beradab.
Kenyataan tersebut bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat Fazura, malah turut dianggap menyentuh isu peribadi yang seharusnya dihormati.
Ramai netizen berpandangan bahawa sebagai figura awam berpengalaman, Lan sepatutnya lebih peka terhadap batasan dalam bergurau, terutama melibatkan hal sensitif seperti kehidupan peribadi seseorang.
Lan Senario Tampil Memohon Maaf Secara Terbuka
Susulan kecaman itu, Lan tampil membuat permohonan maaf menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram. Dalam video tersebut, beliau mengakui kesilapan dan menyatakan rasa kesal atas kata-kata yang terlepas cakap ketika sedang berseloroh.
“Untuk Fazura, Abang Lan minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tidak sedar ketika sedang melawak, ada perkara yang menyentuh hati dan perasaan Fazura,” katanya dengan nada penuh kesal.
Lan turut memohon maaf kepada peminat Fazura serta ahli kumpulan Senario, sambil bersumpah demi nama Allah SWT bahawa kata-katanya itu sama sekali tidak mempunyai niat buruk.
Permohonan maaf tersebut dilihat sebagai usaha bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan yang telah mencetuskan kontroversi.
Susulan permohonan maaf tersebut, Fazura menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau memilih untuk segera memaafkan, meskipun mengakui hatinya pernah terguris. Sikap ini sekali lagi membuktikan kematangan Fazura dalam menangani konflik secara berhemah.
“Walaupun hati pernah terguris, keinginan mencapai redha Allah SWT adalah lebih utama,” tulis Fazura dalam kenyataan tersebut.
Tindakan ini mendapat pujian ramai, terutama dalam kalangan peminat yang melihatnya sebagai contoh keperibadian mulia dan nilai empati yang tinggi dalam dunia hiburan.
Pertemuan Bersemuka Jadi Titik Perdamaian
View on Threads
Difahamkan, Lan kemudiannya mengambil inisiatif untuk bertemu Fazura secara bersemuka bagi sekali lagi menyampaikan permohonan maaf secara peribadi.
Pertemuan itu dikatakan berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hormat, sekali gus memperlihatkan keikhlasan Lan dalam bertanggungjawab atas kesilapannya.
Menurut Fazura, beliau berharap agar insiden berkenaan dapat dijadikan pengajaran dan teladan buat semua pihak, khususnya mereka yang aktif menggunakan media sosial dan terlibat dalam industri hiburan.
Dalam dunia hiburan yang sering sarat dengan kontroversi, kisah ini menjadi peringatan bahawa keikhlasan, tanggungjawab dan kemaafan masih mempunyai nilai yang tinggi.
Ia juga mengingatkan masyarakat bahawa setiap kata-kata yang dilontarkan, walaupun secara berseloroh, mampu memberi kesan mendalam kepada orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alahai, seronoknya jika lelaki-lelaki ini dating jemput dinner or spend whole day dengan kita kan? Well, tak salah kalau nak berangan kejap. Mana tahu, kalau korang post dekat timeline IG or FB korang hero pujaan korang ni setuju nak date dengan korang kan? Hiksss!
Selamat mencuba!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...