Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini dilaporkan sudah bernikah semula susulan saranan Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pejabat Agama Setia Budi, Jakarta Selatan, Nasrullah seperti dilaporkan media Tribunnews.
Menurut Nasrullah, pasangan itu telah bernikah semula pada 27 Disember lalu mengikut rukun nikah yang betul dan telah sah mengikut lunas agama dan negara.
Kredit: Kompas
“Perkahwinan mereka telah diadakan, ia sah dari segi negara dan agama. Mereka bernikah di Pejabat Agama Setia Budi dan terus didaftarkan di sini,” jelas Nasrullah menerusi video yang dimuatnaik di Youtube Cumicumi.
Sebelum ini, Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti itu diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Menurut jurucakap mahkamah itu, H Suryana, salah satu rukun nikah tidak dipenuhi dan panel hakim mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama.
Keputusan itu diketahui selepas pasangan tersebut memohon pengesahan perkahwinan dari mahkamah.
Ads
Ketika majlis pernikahan pada 10 Mei lalu, pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim, namun majlis hakim mendapati bahawa proses tersebut dalam menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang di Indonesia.
Kredit: Mahalini
Dalam pada itu, H Suryana menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang yang berkenaan.
“Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada,” jelasnya.
Sementara itu, khabar bahawa Mahalini kini sedang berbadan dua akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan perkara tersebut selepas memuat naik gambar menampakkan baby bump menerusi Instagram miliknya.
Terdahulu, Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna (27) dan Mahalini Ayu Raharja (25) bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei 2024.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ramai yang mengambil peluang untuk berjimat selagi boleh. Maka, kita perlu berbelanja dengan bijak untuk mengurangkan kos kehidupan harian.
Kedai Eco antara yang terkenal dikalangan ‘mak-mak’ kerana kesemua barang yang dijual hanya berharga RM2.10. Namun begitu, bukan hanya golongan mak sahaja yang berpusu ke sini, kaum lelaki dan anak muda juga menjadikan kedai ini sebagai pilihan utama untuk mereka berbelanja.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang tentang senarai barang pembersihan yang wajib beli di kedai tersebut. Walaupun murah, tapi kegunaannya memang tip top!
Buat apa nak membazir kalau boleh dapat murah kan? Jom kita lihat antara produk pembersih yang korang boleh dapat dengan hanya berharga RM2.10.
1. Tisu basah
Biasanya tisu basah digunakan untuk kegunaan peribadi, namun di kedai ini korang boleh dapatkan tisu khas untuk membersihkan rumah. Terdapat tiga jenis tisu basah, antibacterial wipes antaranya paling best kerana ia adalah multipurpose. Korang boleh letak di ruang rumah untuk senang dicapai.
Bagi jenis window wipes, ia bukannya hanya untuk cermin atau tingkap, sebaliknya korang boleh guna untuk lap barang perhiasan rumah yang dibuat daripada kaca atau kristal semasa membersihkan habuk. Nak cuci pintu peti ais pun boleh.
Untuk furniture wipes pula digunakan untuk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yang ada di rumah. Biasanya, penggunaan wet tissue ini digunakan untuk kerja pembersihan pantas 30 minit, untuk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.
2. Kain lap microfiber
Kain ini sangat bagus kerana ia merupakan water absorbent. Ia juga mudah dibersihkan dengan syarat selepas digunakan terus dicuci. Kalau gunakan untuk lap permukaan cermin, ia tidak akan meninggalkan cebisan kain di atas permukaan. Boleh juga digunakan untuk buat deep cleaning, guna kain ini untuk lap dan bersihkan habuk.
3. Kitchen cleaner
Produk ini setanding dengan kitchen cleaner yang lain, walaupun murah tetapi kesannya terbaik. Spray kitchen cleaner ini di dapur gas dan selepas itu, lap dengan kain microfiber tadi. Instant cleaning.
4. Pembersih botol susu dan sayur
Bersih dan wangi, selain daripada kegunaan sebagai pembersih botol, ia juga boleh digunakan untuk basuh buah dan sayuran yanh dibeli di luar.
Akan Datang
5. Anti-urine dan anti-tobacco
Dua pembersih hilangkan bau ini juga boleh dimasukkan dalam senarai korang. Gunakan anti-urine sekirannya korang membela kucing, jika ia kencing di bawah sofa atau mana-mana tempat yang tidak sepatutnya, korang boleh gunakan semburan ini.
Cairkan sedikit (ratio 2 anti-urine: 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yang sama. Hilang terus bau.
6. Pembersih mesin basuh
Rasanya ramai dah tahu tentang pembersih mesin basuh ini. Pembersih ini sangat membantu dan nak menggunakannya juga senang.
7. Magic span
Pernah viral sebelum ini, magic span ini sangat berguna untuk membersihkan permanent market pen, pensil atau krayon di mana-mana permukaan. Ia juga boleh membersihkan kekotoran kesan minyak, sambal dan banyak lagi.
8. Plastik sampah wangi
Memang wangi sungguh, satu dapur berbau harum. Korang boleh cari plastik sampah ini, memang berbaloi!
9. Laundry soap
Bukan hanya untuk mencuci pakaian, ia juga boleh disagat dan simpan di dalam bekas untuk kegunaan menyental bawah kuali dan periuk. Campurkan sabun ini dengan sabun basuh pinggan biasa, kesannya lebih berkilat.
Selain itu, korang juga boleh masukkan sedikit dalam air panas + cuka dan mop pada lantai. Memang berkilat. Kotoran pada baju putih juga mudah untuk ditanggalkan.
10. Laundry ball
Berfungsi untuk menambah geseran pada pakaian semasa dalam mesin basuh, geseran bertambah dan pakaian akan jadi lebih bersih. Lagi banyak laundry ball ini dimasukkan ke dalam mesih basuh, lagi banyak geseran terhasil dan pakaian juga akan lebih bersih.
11. Laundry net
Pakaian-pakaian kecil seperti pakaian dalam boleh dimasukkan di dalam laundry net ini supaya tidak cepat rosak. Jika tidak dimasukkan dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ini akan berpusing-pusing dan bersimpul dengan pakaian lain serta akan meregangkan tali bra dan hilang keelastikan getahnya. Di kedai Eco, terdapat tiga jenis laundry net, iaitu khas untuk bra, seluar dalam dan stoking.
12. Cleaning gel
Sebelum ini macam-macam jenis jenama telah digunakan, tapi harganya boleh tahan mahal. Kedai Eco juga mengeluarkan cleaning gel ini dan hasil penggunaannya juga boleh tahan bagus. Walaupun baunya tidak terlalu kuat, tapi masih okay untuk diletakkan di mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air, ia akan menghasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.
13. Compressed/vacuum bag
Produk ini digunakan untuk menjimatkan ruang dan semestinya ia sangat berguna untuk korang menyimpan barang atau pun ketika ingin melipat baju untuk dibawa semasa travel. Gunakan pam atau vacuum cleaner bagi menyedut udara dalam beg. Daripada tebal, ia terus menjadi nipis. Memang jimat ruang untuk disimpan.
Ha, memang berbaloi-baloi kan? Berbelanjalah dengan bijak. Hiks!
Nak pandu kereta rasanya semua orang boleh pandu dengan baik, tidak kira la sama ada lelaki atau pun perempuan. Tapi, tak semua pula tahu bagaimana nak menjaga kereta agar kondisi kekal tip top!
Mungkin untuk cik abang dekat luar sana tu dah memang ‘master’ bab-bab jaga kereta. Maklum saja, kereta kan ‘bini’ kedua kaum lelaki.
Cuma, untuk akak-akak yang tak berapa nak tahu dan ambil tahu, jangan risau sebab ada seorang brother ni cukup prihatin dengan kaum Hawa dan dia telah pun berkongsi tip penjagaan kereta khusus buat wanita. Sweet kan? Hiks!
Jom baca thread twitter yang dibuat oleh Sheikh Obaid ini.
Tip 1: Minyak hitam
Tip 2: Air Radiator
Tip 3: Tekanan udara tayar
Tip 4: Brake Pad
Tip 5: Penapis udara
Tip 6: Minyak kotak gear (Gearbox)
Tip 7: Bateri
Lepas ni, boleh la akak-akak dekat luar tu belajar serba sedikit tentang kereta. Nanti tak ada la mereka kata perempuan ni hanya tahu bawa tapi tak tahu jaga kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PELAJAR jurusan undang-undang dari Republik Czech, Krystyna Pyszková dinobatkan sebagai Miss World 2024 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan di Mumbai, India, pada malam Sabtu lepas.
Gadis cantik berusia 25 tahun ini berjaya mengalahkan 112 peserta yang lain untuk merebut gelaran tersebut.
Isu Penjagaan Kesihatan Wanita
Memberikan jawapan bernas ketika ditanya tentang isu berkaitan penjagaan kesihatan wanita, yang mana dia berpandangan bahawa masyarakat harus membuang stigma dan rasa malu untuk membicarakan perihal menstruasi (haid).
Dia yang juga seorang model berkata’ menjadi wanita adalah satu anugerah’ dan menstruasi tidak sepatutnya menjadi subjek tabu.
Impian Jadi Kenyataan
Malah, Krystyna Pyszková yang teruja dengan kemenangannya turut menyatakan impiannya menjadi kenyataan.
“Menjadi Miss World adalah impian yang menjadi kenyataan. “Saya amat berbesar hati untuk mewakili negara saya dan nilai-nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” kata Pyszkova.
Miss World 2023, Karoline Bielawska dari Poland, menyerahkan mahkota kepadanya Krystyna Pyszková. Malah, para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu popular Bollywood. Pertandingan ratu cantik itu kembali ke India buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.
Di sini Shetty dari India telah tersingkir selepas mara ke peringkat lapan akhir. Enam wanita India telah memenangi gelaran itu, termasuk Reita Faria (1966), Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1997), Yukta Mookhey (1999), Priyanka Chopra (2000) dan Manushi Chillar (2017).
Pertandingan Miss World ke-71 itu dihoskan oleh pembuat filem Bollywood Karan Johar dan Miss World 2013, Megan Young dari Filipina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembedahan laparoskopi PMX berjalan lancar bagi merawat para-umbilical hernia. Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani fisioterapi dan proses pemulihan.