Alahai, seronoknya jika lelaki-lelaki ini dating jemput dinner or spend whole day dengan kita kan? Well, tak salah kalau nak berangan kejap. Mana tahu, kalau korang post dekat timeline IG or FB korang hero pujaan korang ni setuju nak date dengan korang kan? Hiksss!
Pastinya mata siapa saja akan terpukau melihat si cantik Daiyan Trisha ini.
Selain memiliki rupa paras yang cantik, figura ini juga memiliki estetik gaya yang tersendiri dan bijak berfesyen. Dari rambut sampai ke kaki, memang nampak ‘segak’ dalm usia 29 tahun.
Agaknya, macam mana Daiyan menjaga kulit wajahnya sehingga nampak natural beauty, tak perlu pun nak solek tebal.
Kongsi Tentang Penjagaan Rambut
Menerusi satu temu bual EH! sebelum ini, Daiyan pernah berkongsi soal kecantikan.
Bila disoal tentang penjagaan rambut, biasanya jika di rumah dan tidak bekerja, dia lebih senang membiarkan rambut kering sendiri. Penggunaan pengering rambut selalu sebenarnya tak bagus sebab boleh membuat rambut menjadi kering.
Dan macam biasa, alat solek yang sering ada di dalam beg tangan Daiyan ada dua item iaitu bedak kompak dan lip balm. Kedua-duanya wajib ada untuk cantik!
Cara Daiyan Trisha Bersihkan Solekan
Aktif dalam bidang lakonan, jadi wajah akan selalu dihias dengan mekap. Jadi untuk bersihkan kulit daripada solekan, biasanya dia akan menggunakan micellar water dalam dua ke tiga kali sebelum pencuci muka.
Jika solekan ada menggunakan produk yang kalis air (waterproof), Daiyan akan gunakan pencuci berasaskan minyak. Jika tidak dicuci betul-betul akan membuatkan mata tak selesa.
Tentang Jodoh
Pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga menyerahkan perihal jodoh atau siapa bakal imamnya nanti kepada Allah. Daiyan juga memaklumkan, buat masa sekarang, dia mahu lebih fokus kepada kehidupan dan kariernya sendiri tanpa diganggu perkara yang tidak penting.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop terkenal, BTS baru-baru ini mengumumkan kumpulan itu tidak akan menghantar album terbaru mereka yang berjudul ‘Arirang’, termasuk semua lagu di dalamnya, untuk dipertimbangkan dalam Anugerah Grammy 2027.
Difahamkan, keputusan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati industri muzik antarabangsa, selain dilihat sebagai pendirian mereka terhadap perubahan kategori yang diperkenalkan oleh pihak penganjur anugerah berprestij itu.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik ketujuh-tujuh anggota, BTS memaklumkan bahawa mereka membuat keputusan untuk tidak mengemukakan karya ke Grammy pada tahun ini.
Kenyataan yang sama dimuat naik oleh ahli BTS di Instagram Story
“Kami telah memutuskan untuk tidak menghantar karya kami ke Grammy pada tahun ini. Kami berharap muzik dapat didengari dan dihargai sebagai muzik itu sendiri, bukannya dibezakan berdasarkan wilayah atau bahasa,” tulisnya.
Pada masa yang sama, mereka turut merakamkan penghargaan kepada ARMY dan semua penyokong yang sentiasa berdiri di belakang perjalanan seni mereka.
Langkah yang diambil BTS itu hadir hanya beberapa minggu selepas Recording Academy mengumumkan pengenalan kategori baharu, Best Asian Pop Music Performance, yang akan dipertandingkan bermula pada edisi Grammy akan datang. Kategori tersebut diwujudkan bagi mengiktiraf karya pop Asia, termasuk K-Pop, J-Pop, C-Pop serta lagu yang menggunakan satu atau lebih bahasa Asia secara signifikan.
Walaupun pihak Grammy menjelaskan kategori itu diwujudkan bagi mengiktiraf pengaruh muzik Asia yang semakin berkembang di peringkat global, pengumuman tersebut mengundang perdebatan dalam kalangan peminat dan penggiat industri. Ada yang berpendapat kategori berasingan itu boleh mengehadkan peluang artis Asia untuk bersaing dalam kategori utama, sekaligus mewujudkan jurang baharu dalam sistem pencalonan.
Turut menjadi perhatian ialah syarat kelayakan kategori tersebut yang menetapkan karya dengan penggunaan bahasa Asia secara minimum, seperti sekadar perkataan atau frasa pendek, selain lagu yang keseluruhan liriknya menggunakan bahasa Inggeris, tidak layak dipertandingkan. Perkara itu mencetuskan spekulasi bahawa sebahagian besar lagu dalam album Arirang mungkin tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Lebih menarik, keputusan BTS itu dibuat ketika kumpulan tersebut sedang menikmati satu lagi fasa gemilang dalam kerjaya mereka. Album studio kelima mereka, Arirang, berjaya menduduki tangga teratas carta Billboard 200 dengan rekod jualan minggu pertama yang memberangsangkan, manakala single utama berjudul ‘Swim’, turut mencipta sejarah apabila debut di kedudukan No. 1 carta Billboard Hot 100.
Terdahulu, BTS pernah menerima tiga pencalonan berturut-turut dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance dari tahun 2021 hingga 2023. Bagaimanapun, kumpulan itu masih belum berjaya membawa pulang trofi Grammy meskipun terus mencatat pelbagai pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, HYBE dilaporkan mengesahkan bahawa keputusan BTS itu hanya melibatkan karya kumpulan berkenaan dan tidak menjejaskan penyertaan artis-artis lain di bawah naungan syarikat tersebut. Ini bermakna mana-mana artis HYBE yang memenuhi syarat pencalonan masih berpeluang mengemukakan karya masing-masing untuk dipertimbangkan pada Anugerah Grammy 2027.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini dilaporkan sudah bernikah semula susulan saranan Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pejabat Agama Setia Budi, Jakarta Selatan, Nasrullah seperti dilaporkan media Tribunnews.
Menurut Nasrullah, pasangan itu telah bernikah semula pada 27 Disember lalu mengikut rukun nikah yang betul dan telah sah mengikut lunas agama dan negara.
Kredit: Kompas
“Perkahwinan mereka telah diadakan, ia sah dari segi negara dan agama. Mereka bernikah di Pejabat Agama Setia Budi dan terus didaftarkan di sini,” jelas Nasrullah menerusi video yang dimuatnaik di Youtube Cumicumi.
Sebelum ini, Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti itu diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Menurut jurucakap mahkamah itu, H Suryana, salah satu rukun nikah tidak dipenuhi dan panel hakim mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama.
Keputusan itu diketahui selepas pasangan tersebut memohon pengesahan perkahwinan dari mahkamah.
Ketika majlis pernikahan pada 10 Mei lalu, pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim, namun majlis hakim mendapati bahawa proses tersebut dalam menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang di Indonesia.
Kredit: Mahalini
Dalam pada itu, H Suryana menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang yang berkenaan.
“Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada,” jelasnya.
Sementara itu, khabar bahawa Mahalini kini sedang berbadan dua akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan perkara tersebut selepas memuat naik gambar menampakkan baby bump menerusi Instagram miliknya.
Terdahulu, Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna (27) dan Mahalini Ayu Raharja (25) bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei 2024.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!