Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian dilaporkan telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di hotel di Jakarta, Indonesia, tadi.
Berita gembira tersebut itu dikongsikan penyanyi lagu popular Hingga Tua Bersama itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, SAH!” coretnya ringkas.
Menerusi beberapa perkongsian foto tersebut, pasangan ini sama cantik dan padan mengikut busana adat Sunda berona putih.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.
Ads
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan perasaan teruja selain tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan dua merpati sejoli itu.
“Alhamdulillah, barakallah & geklin. Bahagia selalu, selamat menjalani ibadah terpanjang,” komen seorang pengikut.
“Happy wedding day aiky liniii! So happy for both of you, samawa bahagia selaluuu. Selamat bermuara,” komen juga pengguna lain.
Ads
Pada Ahad lalu, pasangan ini mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan.
Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya.
Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat Bali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah tentunya perasaan sedih menyelubungi diri apabila hilang kucing tersayang…
Perkara sedih itu terjadi kepada pelakon dan penyanyi popular, Kilafairy apabila kucing kesayangan baka kacukan British Shorthair dan R. Blue itu hilang, baru-baru ini.
Menerusi hantaran Instagram, Kilafairy memaklumkan kucing berwarna kelabu yang berusia 10 tahun itu hilang sejak 27 Februari lalu di kawasan Subang Jaya.
Susulan daripada itu, pelakon filem popular Karak tersebut sanggup menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang terambil kucing peliharaannya yang bernama Koiivu atau Kovu selepas 15 hari haiwan itu tidak pulang ke pangkuannya.
Selain ganjaran, aktres jelita itu juga sanggup membelikan seekor kucing kelabu lain untuk mereka yang mengambil haiwan itu sebagai ganti kucing kesayangannya itu.
“Kepada yang mengambil anak saya, tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak nak kucing berwarna kelabu, saya boleh belikan seekor untuk awak. Tapi tolong sangat-sangat, pulangkan kembali Kovu saya,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, anak perempuan kepada pelakon veteran Rohana Jalil itu memohon para bantuan pengikutnya untuk menghubungi nombor yang dikongsikan sekiranya terjumpa mahupun ternampak kucing kelabu seperti Kovu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menzahirkan rasa simpati dengan situasi menimpa pelakon itu, selain ada yang memberikan tip kepadanya untuk mendapatkan semula kucing peliharaannya itu.
“Semoga Allah permudahkan urusan pencarian. Cuba sembang-sembang dengan kucing luar sekitar sana juga minta tolong carikan… Bunyi macam gila tetapi menjadi. Saya banyak cuba cara ini dan tak pernah fail lagi. Dengan izin Allah,” komen seorang pengguna.
“Sedihnya… Masih tak jumpa-jumpa lagi.. Semoga Kovu selamat dan moga dapat jumpa dia balik.. InshaAllah,” komen juga pengguna lain.
“I feel u…kucing saya hilang tiga hari. Hari-hari berendam air mata… cari setiap hari… InshaAllah jumpa. Dont give up!,” komen pencinta kucing yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kaca mata hitam atau sunglasses bukannya sekadar perlindungan mata je sekarang.
Malah, kalau dilihat pada pentas runway setiap kali berlangsungnya Minggu Fesyen sedunia, pasti sunglasses menjadi antara aksesori wajib yang disarungkan pada model.
Setiap musim, rekaan dan trend-nya berbeza. Namun bentuk rangka atau frame kaca mata hitam masih sama.
4 rangka kaca maya paling popular adalah Browline, Aviator, Oversized & Retro Square. Masalahnya, yang mana paling sesuai dengan muka korang.
Cer jawab kuiz ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindu Puteri Mahkota Amelia Mignonette Thermopolis Renaldi atau lebih dikenali sebagai Mia Thermopolis, Puteri Genovia? Berita gembira buat peminat filem ini, The Princess Diaries is back!
Lagi menarik, menurut laporan Francais ‘Princess Diaries’ ini bakal diarahkan oleh anak Malaysia.
Princess Diaries
Princess Diaries 3 Diarahkan Oleh Adele Lim Dari Malaysia
Peminat filem di Malaysia pasti lebih meraikan berita gembira ini apabila mengetahui filem terbabit turut diarahkan oleh Adele Lim dari Malaysia.
Ini adalah kali kedua Lim sebagai pengarah selepas pertama kali mengarahkan filem komedi ‘Joy Ride’ (2023).
Di samping itu, Princess Diaries 3 akan diterbitkan oleh Debra Martin Chase di bawah syarikat penerbitan Somewhere Pictures milik Hatheway. Penerbit Eksekutif ialah Naia Cucukov dan Melissa Stack, manakala skrip pula ditulis oleh Flora Greeson.
Princess Diaries yang merupakan francais di bawah Disney telah pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, dengan sekuel ‘The Princess Diaries: Royal Engagement’ pada 2004.
Kedua-duanya dibintangi oleh Hathaway selaku Mia Thermopolis, dan Julie Andrews sebagai neneknya dan juga ratu. Diarahkan oleh mendiang Garry Marshall, kedua-dua filem itu mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta.
“Sebagai seorang peminat tegar Princess Diaries original, saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang akan menghidupkan siri ketiga ini. Kami tidak sabar untuk meraikan kuasa wanita, kegembiraan dan bimbingan dengan penonton di seluruh dunia,” kata Lim dipetik Deadline.
Hathaway memberi isyarat bahawa filem tersebut telah dibangunkan sejak 2022 dan tahun lepas, lapor CNA.
Buat yang tidak tahu, Adele Lim merupakan pengarah serta penulis dari Malaysia yang menulis lakon layar filem pecah panggung Crazy Rich Asians.