Akibat tidak penuhi salah satu rukun nikah, perkahwinan pasangan penyanyi Indonesia terkenal ini diputuskan tidak sah oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Menurut portal Kapan Lagi, jurucakap Pengadilan Agama Jakarta Selatan, H. Suryana berkata, wali yang menikahkan pasangan ini bukan wali yang berhak dan itulah yang menjadi sebab pihak majlis hakim mengambil keputusan tersebut.
“Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan pernikahan yang dilaksanakan mendapati salah satu rukun nikah tidak terpenuhi.
“Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak,” katanya kepada media, hari ini.
Menurut Suryana, wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz, tetapi pemilihan individu terbabit bertentangan peraturan ditetapkan dalam undang-undang.
Ads
“Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya
“Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim,” ujarnya.
Menurut Suryana lagi, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.
Dua Jenis Wali
Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, yakni wali nasab dan wali hakim iaitu wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan saudara dengan mempelai perempuan.
Ads
Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.
Namun, dalam kasus Rizky dan Mahalini, majlis hakim menemukan bahawa proses pengangkatan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang.
“Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum,” ulasnya.
Suryana menjelaskan, menegaskan keputusan pengadilan dilakukan mengikut prosedur undang-undang iaitu fakta persidangan dan aturan perundangan sedia ada.
Kini Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah berikutnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.
Terdahulu, pasangan terbabit bernikah pada awal pagi Jumaat pada 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, manakala resepsi berlangsung di hotel sama sebelah malamnya. Untuk info, Mahalini yang berasal dari Bali dan beragama Hindu memeluk agma Islam sebelum mereka berkahwin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perubahan perancangan sepanjang baki tahun 2020 dijangka berlaku kepada banyak sektor dan tidak ketinggalan ialah sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19.
Baru sebentar tadi, menerusi sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin mengenai peperiksaan awam yang bakal berlangsung pada tahun ini akan ditunda hingga tarikh yang diberitahu.
Manakala, UPSR dan PT3 pada tahun 2020 akan dibatalkan.
Dalam sidang media itu, beliau turut memaklumkan hanya kelas yang akan menduduki peperiksaan sahaja akan dibuka. Namun, aspek kebersihan amat dititik beratkan sepanjang tempoh tersebut.
Tarikh SPM,SPMV ditunda ke suku tahun 2021
KPM turut mengumumkan bahawa tarikh SPM,SPMV (serta yang sewaktu dengannya) akan ditunda ke suku tahun 2021. Manakala peperiksaaan semester 2 STPM akan dibuat pada Ogos 2020 dan STAM serta STPM semester 3 akan ditunda ke suku akhir 2021.
Untuk peperiksaan UPSR dan PT3, Dr. Mohd Radzi memberitahu bahawa KPM telah membatalkan peperiksaan tersebut pada tahun ini.
Sumber : Astro Awani / Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zendaya sememangnya merupakan puteri Disney yang benar-benar wujud di kalangan kita semua.
Pagi ini, pemerhati fesyen seluruh dunia sedang bercakapkan mengenai pakaian paling cantik dan menarik yang disarungkan ke atas tubuh selebriti A-list Hollywood sempena acara tahunan Met Gala.
Dianjurkan oleh jenama fesyen berpengaruh Vogue, acara tahun ini mengangkat konsep CAMP yang bermaksud fesyen yang tidak semestinya perlu difahami oleh orang ramai.
Malah, pakaian seseorang itu harus menimbulkan tanda tanya di kalangan kita semua. Tiada yang betul dan tiada yang salah, asalkan ia boleh dijadikan topik perbualan bermakna selebriti itu sudah berjaya menilai konsep CAMP yang diperkenalkan oleh Vogue.
Lady Gaga menukar pakaian sekerap 4 kali!Billy Potter sekali lagi mengulangi impak ‘grand entrance’ seperti semasa Anugerah Golden Globes awal tahun ini.
Sudah tentu, ramai selebriti yang tampil – err – menarik perhatian semua orang. Lady Gaga, Jared Leto dan Billy Porter ialah antara yang disebut-sebut sebagai selebriti yang hadir dengan pakaian paling menarik.
Tetapi, kami tertarik dengan kelibat selebriti yang seorang ini.
Pelakon, Zendaya Coleman telah bekerjasama dengan pereka fesyen Amerika, Tommy Hilfiger untuk mencipta kostum persis dress yang dipakai oleh karakter fantasi Disney iaitu Cinderella.
Menariknya, ia bukanlah konsep yang dipetik begitu saja. Tommy ingin meraikan perjalanan karier Zendaya sejak usianya 14 tahun dalam industri lakonan.
Kini pada usia 22 tahun, Zendaya telah berkembang daripada status pelakon cilik saluran Disney menjadi pelakon A-list yang membintangi filem blockbuster seperti Spiderman: Far From Home. Dalam tempoh 8 tahun ini, Zendaya juga telah menjadi selebriti tetap yang dijemput ke acara Met Gala pada setiap tahun.
Semasa tiba di karpet merah, Zendaya memulakan persembahan teaterikal dengan ‘Stylist Godmother’-nya yang ‘menjampi’ dress tersebut supaya ia mula bercahaya (dengan lampu LED dari dalam dress) dan berkembang menjadi ballgown.
Ada juga komen nakal yang menganggap Kendall Jenner dan Kylie Jenner sesuai memainkan karakter kakak tiri Cinderella.
pKemudian semasa berjalan menaiki tangga tinggi Met Gala, Zendaya sengaja menanggalkan kasut kacanya seperti yang selalu diceritakan dalam cerita dongeng itu.
Apa pendapat korang? Love ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih seorang ibu tidak semestinya hanya hadir melalui ikatan darah. Ada kalanya, hubungan yang terbina melalui kasih sayang, penerimaan dan keikhlasan jauh lebih menyentuh hati.
Itulah yang dapat dirasakan menerusi ucapan ulang tahun kelahiran yang dikongsikan oleh Watie buat anaknya, Talita. Perkongsian di instagram tersebut bukan sahaja meraih perhatian ramai, malah turut membuatkan ramai netizen tersentuh dengan keikhlasan kasih sayang yang ditunjukkan.
Menerusi hantaran itu, Watie menitipkan kata-kata penuh emosi buat Talita sempena hari istimewanya. Dalam ucapan tersebut, Watie mengakui walaupun bukan dirinya yang melahirkan Talita, naluri seorang ibu tetap hadir secara semula jadi dalam dirinya.
Ucapan Watie Buat Talita Buat Ramai Tersentuh
“Doa Mummy akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup u. Ingatlah walaupun bukan Mummy yang melahirkan u tapi Allah itu Maha Hebat… Melahirkan atau tidak tapi naluri & instinct seorang ibu itu sentiasa ada buat anaknya,” luahnya.
Kata-kata tersebut nyata mengundang sebak dalam kalangan pengikut media sosial yang mengikuti perkembangan keluarga mereka. Ramai menyifatkan ucapan itu sangat tulus dan menggambarkan kasih seorang ibu yang sebenar.
Ada juga netizen yang memuji cara Watie membina hubungan yang baik dengan Talita sehingga hubungan mereka kelihatan begitu rapat dan harmoni.
Talita Dianggap Sebagai Kawan Baik
Dalam ucapan yang sama, Watie turut berkongsi betapa akrabnya hubungan dia dengan Talita selepas mendirikan rumah tangga.
Bukan sekadar anak, Talita dianggap sebagai kawan baik yang sentiasa menjadi teman berbual, teman bergosip dan tempat berkongsi cerita setiap hari.
Menurut Watie, kehadiran Talita dalam hidupnya membawa makna yang cukup besar. Dia turut berterima kasih kerana Talita sentiasa menjadi anak yang baik, mendengar kata dan menerima setiap nasihat yang diberikan dengan hati terbuka.
“Terima kasih jugak menjadi anak yang baik buat Mummy. Anak yang mendengar kata, anak yang tidak pernah melawan saat Mummy membebel. Anak yang sentiasa ambil segala nasihat Mummy dengan baik,” tulisnya lagi.
Doa Seorang Ibu Untuk Anak Tersayang
Sebagai seorang ibu, Watie turut menitipkan doa agar Talita sentiasa diberikan kejayaan, kehidupan yang baik dan kebahagiaan dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga berharap agar dirinya terus menjadi tempat paling tenang untuk Talita pulang setiap kali berdepan kesedihan atau kesusahan.
“Mummy akan sentiasa doakan diri u, kejayaan u, kehidupan u dan kebahagiaan u. Semoga Mummy sentiasa menjadi tempat yang paling tenang dan yang akan u cari bila u rasa sedih dan susah sampai bila-bila,” katanya.
Luahan tersebut cukup ringkas tetapi sarat dengan rasa kasih dan keprihatinan seorang ibu terhadap anaknya. Ia memperlihatkan betapa Watie mahu sentiasa ada dalam hidup Talita bukan sahaja ketika saat gembira, malah ketika anaknya memerlukan seseorang untuk bersandar.
Ramai netizen turut meninggalkan komen positif dan mendoakan agar hubungan mereka terus berkekalan serta dipenuhi kasih sayang.
Perkongsian ini secara tidak langsung membuka mata ramai bahawa kasih sayang sebenar tidak semestinya lahir daripada hubungan darah semata-mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...