Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini menyaksikan 6 buah negeri terlibat, termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Kesemua negeri tersebut dilarang untuk merentas negeri dan daerah, hanya dibenarkan bergerak dalam radius 10 kilometer sahaja dari kawasan rumah.
Persoalannya, bagaimana untuk kita melihat sama ada destinasi yang ingin dituju itu terletak dalam lingkungan 10 km? Nah, ada satu cara mudah yang telah dikongsi oleh amanz.my, korang boleh menggunakan laman web 2kmfromhome untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Di Ireland, laman web ini telah dibangunkan bagi memudahkan warga negara tersebut mematuhi jarak perjalanan maksimum yang dikenakan kerajaan. Terdapat pilihan untuk jarak perjalanan 1,2, 5, 10, 15 dan 25 kilometer. Ia secara automatik akan menjejak lokasi korang dan menunjukkan kawasan di dalam jarak yang dicari dalam bulatan berwarna merah.
Ads
Ads
Jadi, sepanjang PKP ni tidaklah korang melilau merata-rata kalau dah tahu had yang dibenarkan untuk bergerak. Walau bagaimanapun, kalau tiada urusan penting jangan pula gatal-gatal nak keluar rumah ya. Hiks!
Kejadian mengejutkan pada 25 September 2021 (Sabtu) lalu membabitkan pelumba remaja Sepanyol, Dean Berta Vinales yang maut selepas terlibat dalam insiden perlumbaan kelas WorldSSP300 masih berlegar dalam minda ramai pihak. Lebih mendukacitakan apabila ia berlaku di negara kelahirannya.
Pada usia semuda 15 tahun, Dean Berta yang juga merupakan saudara kepada pelumba MotoGP terkenal, Maverick Vinales maut di litar Jerez, Sepanyol setelah dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian dada dan kepala. Setelah insiden yang membabitkan beberapa pelumba lain itu berlaku, kenderaan perubatan terus memasuki litar untuk membawanya ke pusat perubatan dalam kawasan litar.
Malangnya, Dean Berta disahkan meninggal dunia.
Twitter : MotoGPMendiang Dean Berta Vinales. Sumber Foto : Mirror UK
Ia nyata telah memberi impak kepada emosi ramai pelumba dan penganjur sukan permotoran di seluruh dunia. Sebagai contoh, perlumbaan ke-10 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sehari selepas kejadian telah dibatalkan untuk memberi penghormatan kepada Dean Berta.
Bukan itu saja, juara dunia dari Ireland Utara iaitu Jonathan Rea juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada ahli keluarga serta kenalan rapat mendiang. Bagi Rea, sukar untuknya dan para pelumba lain untuk bersaing pada hari Ahad lalu selepas tragedi tersebut.
“Adalah mustahil untuk saya anggap perlumbaan selepas ini akan menjadi mudah setelah apa yang berlaku (pada hari Sabtu lepas), dan sukar untuk (saya) berdiri di garisan permulaan (Ahad lalu) semasa kami berikan penghormatan kepada Dean.
“Tapi kami akan terus fokus pada tugasan (sebagai pelumba) dan cuma melakukan yang terbaik selepas ini. Ingatan ikhlas saya kepada keluarga dan rakannya sekarang. Juga kepada pasukannya agar mereka terus kuat semasa waktu yang sukar ini,” kata juara dunia berusia 34 tahun itu.
Untuk pengetahuan, mendiang Dean Berta Vinales merupakan pelumba remaja sensasi yang berpotensi untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang dalam dunia sukan permotoran.
*
Kejadian ini sekaligus menjadi kejadian maut kedua yang berlaku dalam masa beberapa bulan selepas insiden yang menimpa pelumba Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier pada bulan Mei lalu.
Bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) semakin terasa apabila banyak parti telah mengumumkan nama calon yang bakal bertanding pada 19 November ini.
Tambah menarik pada hari ini apabila aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kuan a.k.a Uncle Kentang telah menawarkan diri sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada PRU15 nanti di bawah tiket calon bebas.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik olehnya di platform Facebook pada hari ini, beliau mengajak masyarakat di kawasan Parlimen Puchong untuk sama-sama membawa suara rakyat yang sebenar dengan turun mengundi pada bulan November.
“Untuk orang Puchong. Yang ada undi di tangan anda di P103. Setelah sa
habat-sahabat kita ditinggalkan, kita bangkit semula.
“Kita muram, kita merajuk, kita mengalah kerana bukan sahabat kita jadi calon. Bukan orang tempatan jadi calon. Bukan mereka yang telah berkhidmat jadi calon,” catatnya yang turut menyifatkan dirinya bukanlah seorang ‘elit’ yang sukar untuk ditemui selepas ini.
“Jangan resah dan gusar. Kita masih ada seorang apek Cina yang boleh dipangkah.”
Tambah beliau lagi, orang ramai tidak perlu bimbang kerana mereka masih boleh berjumpa dengannya di mana-mana sahaja seperti sebelum ini untuk mengadu sebarang permasalahan.
Uncle Kentang yang cukup popular dalam kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak melaksanakan aktiviti sukarelawan selama ini bukanlah asing dalam kempen Pilihan Raya di Malaysia. Terdahulu, beliau pernah mencuba nasib sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tiga tahun lalu. Begitupun pada waktu itu, beliau tewas pada percubaan pertamanya.
Uncle Kentang dan penyokong hanya akan mengetahui siapakah lawan mereka secara rasmi sewaktu hari penamaan calon pada 5 November nanti.
Bagaimanapun mengikut rekod PRU terdahulu, Puchong merupakan kubu kuat parti DAP setelah ia ditandingi Gobind Singh Deo selama tiga penggal sejak 2008. Pada PRU-14 lalu, Gobind menang dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (PAS) dengan 10,255 undi.
*
PRU 15 kali ini juga meriah dengan kehadiran beberapa selebriti yang bakal bertanding di kawasan masing-masing.
Pelakon dan pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.
Manakala, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr. Ahmad Idham pula telah diumumkan sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah Parti Pejuang.
Wah, makin ramai muka-muka baru bertanding untuk PRU kali ini, bukan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begini pengakhiran nasib taman tema di Ipoh ini, terbaru ia diiklankan untuk dijual. Notis jualan Maps atau Movie Animation Theme Park yang dikeluarkan oleh salah satu akhbar tempatan telah menarik perhatian ramai selepas taman tema ini dilaporkan mengalami kerugian dan dilanda dengan isu pengurusan yang lemah.
Menurut laman Business Today, EY adalah firma yang dilantik untuk menguruskan notis penutupan mengeluarkan iklan dalam akhbar harian tempatan baru-baru ini.
Taman tema yang dibina di atas tanah berkeluasan 21 hektar, Movie Animation Park Studios (MAPS) dibuka kepada orang ramai sejak 26 Jun 2017.
MAPS akhirnya menghentikan operasi pada Januari tahun lalu akibat masalah kewangan dan tiada tempoh yang ditetapkan bagi penutupan tersebut. Hartanah ini katanya dijangka dapat dijual pada 1 April 2022 seperti yang dinyatakan di dalam iklan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!