Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang Uncle Kuan pada ketika in adalah BANGGA!
Semakin ramai yang mengenali personaliti tempatan bernama Uncle Kuan a.k.a Uncle Kentang. Menerusi usahanya untuk membantu golongan tidak berkemampuan, beliau telahpun menempa populariti terutamanya di kalangan warganet Malaysia.
Misalnya, beliau telah memperkenalkan tambang teksi berharga 10 sen, van jenazah dan banyak lagi usaha kebaikan yang membawa kelebihan untuk golongan memerlukan. Bak katanya sendiri, KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.
Baru-baru ini, tular perkhabaran mengenai aktivis berusia 58 tahun itu yang dikatakan bakal menjadi penerima keempat kelahiran Malaysia yang akan dikurniakan penghormatan daripada Ratu Elizabeth II di atas usaha kemasyarakatan beliau.
Ads
Anugerah ‘Points of Light’ ini merupakan anugerah yang dikurniakan pada setiap minggu kepada individu dari kelompok negara Komanwel sebagai pengiktirafan sumbangan mereka terhadap masyarakat.
Menerusi pencarian REMAJA di laman web rasmi pointsoflight.gov.uk, Uncle Kuan secara rasminya menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018.
Jujurnya, Uncle Kuan sememangnya layak di atas jasa baik menyediakan pelbagai bentuk barangan keperluan termasuklah wang Ringgit, perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.
Ads
Anugerah ini milik anda semua!
Ads
Menerusi akaun Facebook Uncle Kuan, beliau meluahkan rasa syukur dan menyifatkan anugerah tersebut sebagai hasil sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin serta bermurah hati dalam menjayakan misi bantuannya.
Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Mugello.
Pemandu remaja berusia 19 tahun itu sedang beraksi pada musim keduanya dalam Moto3 Grand Prix (GP), terjatuh selekoh ke-9 dan kemudian dilanggar oleh sekurang-kurangnya sebuah motosikal sebelum terseret di atas litar.
JASON Dupasquier digegaskan ke hospital menaiki helikopter selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi kelayakan Grand Prix Itali di Litar Mugello semalam sebelum disahkan meninggal dunia hari ini. – AFP
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh penganjur MotoGP dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad berkata pemergian Dupasquier amat dirasai.
“Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier.
“Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang.
“Anda akan dirindui Dupasquier.”
Hospital Careggi di Florence yang merawat Dupasquier mengesahkan pelumba remaja itu mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan di Mugello semalam.
Menurut kenyataan tersebut, petugas perubatan tiba di lokasi kemalangan untuk memberi rawatan segera sebelum dia digegaskan ke hospital.
“Walaupun pasukan perubatan litar berusaha keras untuk menyelamatkan pelumba Switzerland itu, pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa Dupasquier mengalami kecederaan yang teruk,” menurut kenyataan itu lagi.
Pasukan Dupasquier, Pruestel GP menarik diri daripada perlumbaan hari ini dan tindakan sama diambil pelumba Moto2 Switzerland, Tom Luthi yang sepatutnya beraksi bersama pasukan SAG Racing. – AFP
#RIP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ini dunia sedang membuka mata tentang apa yang terjadi di antara Palestin dan Israel. Serangan bertubi-tubi yang diterima Palestin sehingga mengorbankan banyak nyawa menjadikan warganet seluruh dunia mula sedar akan kekejaman negara haram Israel.
Dalam kekacauan yang berlaku, jenama fesyen mewah Louis Vuitton telah menerima kecaman kerana menjual skaf berinspirasikan Keffiyeh Palestin. Dijual dengan harga USD705 ataupun RM2908 untuk sehelai, ia dilihat sebagai satu tindakan yang tidak sensitif dan juga eksploitasi terhadap budaya dan warisan Palestin.
Dalam satu hantaran di Instagram pengulas fesyen popular, Diet Prada yang mula mengetengahkan isu ini sehingga kini menerima lebih 100 ribu tanda suka. Menerusi hantaran itu juga Diet Prada menyatakan, “Sikap LVMH mengenai politik adalah “berkecuali”, tetapi mereka masih membuat keffiyeh dengan logo $ 705, yang merupakan hiasan kepala tradisional Arab yang menjadi simbol nasionalisme Palestin.”
TENTANG KEFFIYEH
Keffiyeh Palestin merupakan skaf dengan corak genggang berwarna hitam putih yang digayakan sama ada di leher atau kepala. Aksesori ini merupakan satu simbol semangat nasionalisma Palestin bermula tahun 1936 ketika Arab Revolt terjadi.
Bella Hadid menggayakan keffiyeh saat melakukan demonstrasi. Sumber gambar: The Express Tribune
Ketika mandat British untuk membentuk negara Israel di tanah Palestin, pemakaian Keffiyeh ini menjadi satu simbol penentangan dan mereka menggunakan keffiyeh untuk menutup muka sebagai satu perlindungan identity. Sehingga kini keffiyeh menjadi satu simbol kepada perjuangan orang Palestin melawan pencerobohan Israel ke negara mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya semalam lepasan SPM 2020 telah meraikan kejayaan mereka menamatkan zaman persekolahan dengan menerima keputusan peperiksaan masing-masing, hari ini, berita yang sedikit merundumkan semangat pelajar telah diterima daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan telah mengumumkan pembatalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos ini.
Keputusan pembatalan PSRA dibuat berikutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama di seluruh dunia. Selain itu, pihak JAIS turut memantau peningkatan jumlah kes jangkitan serta kematian akibat wabak COVID-19 yang masih tinggi pada setiap hari.
Justeru, pembatalan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus melandaikan lekuk penularan wabak. Ia juga demi melindungi para pelajar, guru, petugas peperiksaan, ibu bapa dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perlaksanaan peperiksaan secara fizikal.
BEGITUPUN, JAIS akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara sebagai pengganti kepada peperiksaan PSRA.
Ini akan membantu pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi kemasukan 2022.
Pembatalan ini tentunya sedikit sebanyak akan mematahkan semangat para pelajar terutamanya serta ibu bapa dan guru yang telah bertungkus lumus menyiapkan diri bagi menghadapi PSRA.
Tambahan pula, tanpa cara pembelajaran formal yang tidak dijalankan pada tahun ini, tentunya usaha pelajar dan guru telah dilipatkali gandakan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). REMAJA turut tertanya mengapa PSRA tidak ditangguhkan saja seperti yang dilakukan kepada peperiksaan SPM 2020.
Apapun, korang janganlah merasa sedih. Seperti yang JAIS umumkan, akan ada peperiksaan yang akan dijadikan sebagai pengganti.
SUMBER : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!