Kejadian mengejutkan pada 25 September 2021 (Sabtu) lalu membabitkan pelumba remaja Sepanyol, Dean Berta Vinales yang maut selepas terlibat dalam insiden perlumbaan kelas WorldSSP300 masih berlegar dalam minda ramai pihak. Lebih mendukacitakan apabila ia berlaku di negara kelahirannya.
Pada usia semuda 15 tahun, Dean Berta yang juga merupakan saudara kepada pelumba MotoGP terkenal, Maverick Vinales maut di litar Jerez, Sepanyol setelah dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian dada dan kepala. Setelah insiden yang membabitkan beberapa pelumba lain itu berlaku, kenderaan perubatan terus memasuki litar untuk membawanya ke pusat perubatan dalam kawasan litar.
Malangnya, Dean Berta disahkan meninggal dunia.
Ads
Twitter : MotoGPMendiang Dean Berta Vinales. Sumber Foto : Mirror UK
Ia nyata telah memberi impak kepada emosi ramai pelumba dan penganjur sukan permotoran di seluruh dunia. Sebagai contoh, perlumbaan ke-10 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sehari selepas kejadian telah dibatalkan untuk memberi penghormatan kepada Dean Berta.
Bukan itu saja, juara dunia dari Ireland Utara iaitu Jonathan Rea juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada ahli keluarga serta kenalan rapat mendiang. Bagi Rea, sukar untuknya dan para pelumba lain untuk bersaing pada hari Ahad lalu selepas tragedi tersebut.
“Adalah mustahil untuk saya anggap perlumbaan selepas ini akan menjadi mudah setelah apa yang berlaku (pada hari Sabtu lepas), dan sukar untuk (saya) berdiri di garisan permulaan (Ahad lalu) semasa kami berikan penghormatan kepada Dean.
“Tapi kami akan terus fokus pada tugasan (sebagai pelumba) dan cuma melakukan yang terbaik selepas ini. Ingatan ikhlas saya kepada keluarga dan rakannya sekarang. Juga kepada pasukannya agar mereka terus kuat semasa waktu yang sukar ini,” kata juara dunia berusia 34 tahun itu.
Untuk pengetahuan, mendiang Dean Berta Vinales merupakan pelumba remaja sensasi yang berpotensi untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang dalam dunia sukan permotoran.
Kejadian ini sekaligus menjadi kejadian maut kedua yang berlaku dalam masa beberapa bulan selepas insiden yang menimpa pelumba Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier pada bulan Mei lalu.
Tahukah korang bahawa kucing pernah dipuja sewaktu tamdun mesir satu ketika dahulu kerana dipercayai akan menjaga rumah mereka.
Selain itu, tarikh 8 Ogos merupakan hari kucing antarabangsa tau jadi kepada pemilik kucing mungkin bolehlah buat sesuatu yang special untuk si manja korang hari ini kan?
Apa-apapun, mungkin korang familiar dengan kucing-kucing yang comel tapi takt ahu apa nama baka kucing tu. Kalau korang tau pun mungkin satu atau dua sahaja macam kucing parsi dan kucing siam.
So, sempena hari kucing antarabangsa ni, jom kita belajar mengenai lima baka kucing paling kiut!
Scottish Fold
Kucing ini teramatlah unik dan juga super duper unik sebab telinga dia yang macam kena lipat tu.
Himalayan
Jangan tak tahu, kucing jenis ini memang high maintenance tau!
Exotic Persian
Haa…kucing ni kita paling kucing muka grumpy. Tapi, walaupun nampak macam tu, kucing ini punyalah high maintenance dan juga sangat diva. Pendek kata, apa dorang nak memang kena ikut.
Munchkin
Oh my! Dah la kecil, comel yang amat pulak tu! Sebijik macam nama dia.
Siberian
Jangan tak tahu, kucing pun ada jenis Siberian tau! Dah la bulu Panjang dan tebal, memang best kalau dok peluk-peluk.
Maine Coon
Psst… nak tahu tak kucing jenis ni boleh membesar dengan jayanya tau. Ada kajian mengatakan sebesar seekor anjing!
Sumber: The Odyssey Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usaha usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Shukri bersama Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna merakam album Bobo Di Mana, nampaknya sekali lagi menjadi kontroversi.
Bobo Di Mana dikatakan sebuah lagu lucah kerana aksi “goyang lebih penyanyinya”, mampu merosakkan minda para remaja malah pelbagai komen negetif dilemparkan para netizen sejak lagu itu dilancarkan secara rasmi Khamis lalu. Jika Aliff, Sajat dan Lucinta bertanya Bobo Di Mana, mungkin disebabkan marah dengan lagu berkenaan, ada netizen membuat parodi menjawap BOBO DI NERAKA! Marah sungguh bukan.
Di sebalik isu tidak suka menonton ini, sekalipun baru lima hari disiarkan di official mereka di laman You Tube, lagu Bobo Di Mana sudah mendapat 3,081,161 view dengan 27 k menyukai dan 232 k tidak menyukainya (jumlahnya setakat ditulis).
Lagu Bobo Di Mana dikecam netizen sehinggakan 232k tidak menyukainya
Inilah muzik video jawapan Bobo Di Neraka yang disiarkan di You Tube
Netizen dikatakan sudah membuat laporan kepada You Tube kerana content lagu ini dikatakan tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana unsur lucahnya. (MSAR Online)
Satu soalan, tak suka tapi tetap nak tengokkan! Inilah naluri kuat manusia untuk mengetahui di sebalik apa yang hangat diperkatakan. Tapi nampaknya para netizen tidak segan silu mempamerkan rasa ketidak puasan hati mereka termasuk ada yang mahu buat report terus ke You Tube kerana merasakan lagu ini mengandungi kelucahan melampau.
Untuk rekod, sebelum Bobo Di Mana, lagu Abang Nak Tegur nyanyian Aliff Shukri dan Sajat yang dilancarkan 10 bulan lalu juga mendapat 2.630,003 tontonan dengan 54k menyukai sementara 136k tidak menyukainya.
Lagu Abang Nak Tegur juga mendapat kecaman dari netizen
Jika mengikut rekod dari dua buah album berkenaan, usaha mengambil penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna nampaknya tidak membuahkan hasil kerana semakin ramai tidak menyukainya. Tapi mungkinkah netizen mempamerkan “kemarahan” kepada dua usahawan tersebut sebagai signal “mereka sudah muak”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 akan dibuat di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September ini.
“Setakat hari ini, masih belum ada lagi cadangan untuk kita tetapkan waktu bekerja empat hari seminggu pada peringkat kementerian.”
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim. – Foto BERNAMA
Permohonan untuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19 juga termasuk dalam aturan kerja fleksibel di bawah pindaan tersebut.
Tapi ingat walaupun masa kerja disingkatkan, kena bijak rancang waktu juga untuk siapkan tugasan yang diberikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.