Sumber Foto Hiasan : Sinar Harian

 

Jika mengikut perancangan awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekolah menengah di seluruh Malaysia dijangka akan bersedia untuk dibuka kembali bermula 3 Oktober ini membabitkan ‘batch’ pertama pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

Namun persoalan sama ada ia selamat untuk membenarkan keseluruhan pelajar tingkatan lima dan enam untuk berada dalam kompaun sekolah tersebut masih menjadi tanda soal terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang risau akan faktor kesihatan dan keselamatan anak mereka.

Apakah meja kelas perlu disusun pada jarak 1 meter? Adakah cukup ruang kelas yang ada bagi memuatkan para pelajar yang pastinya akan melimpah disebabkan penjarakan fizikal ini. Banyak persoalan yang timbul sebenarnya. Lalu, sidang media khas yang dikendalikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin pada sebelah petang ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan baharu dengan strategi pembukaan semula sekolah.

Pertamanya, sekolah akan menggunakan sistem penggiliran minggu di dalam kelas. Kaedah ini membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dan kedua akan dibenarkan mengikuti kelas di sekolah secara bergilir-gilir.

Ads

Sekolah Buka : Separuh Pelajar Di Dalam Kelas, Separuh Lagi Di Rumah

Kapasiti 50 peratus saja kumpulan pelajar yang akan hadir pada minggu pertama manakala 50 peratus lagi akan mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah atau PDPR. Memasuki minggu kedua, mereka akan bertukar giliran dan pusingan ini akan terus dilaksanakan.

Ads

Kaedah ini demi mengurangkan risiko jangkitan di dalam kelas serta mengelakkan keadaan bersesak yang dialami di luar sekolah sewaktu masa kehadiran dan masa pulang pada tahun lalu.

Pendekatan terbaru ini diambil setelah pihak kementerian menerima pandangan dari semua pihak terbabit bagi mencari jalan tengah terbaik. Akui Datuk Radzi, ini bukanlah satu kerangka sempurna dan ia tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Namun buat masa ini, ia adalah satu kerangka terbaik dalam konteks pemulihan negara terutamanya dalam sektor pendidikan.

Ads

“Apa yang penting adalah membawa kembali anak-anak ini ke sekolah kerana mereka telah lama renggang daripada sekolah. Maka sebab itu, keputusan dibuat melihat kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada kaedah penggiliran ini. Mereka bebas untuk hadir ke sekolah pada setiap minggu atau tidak perlu hadir ke sekolah lalu meneruskan sistem PdPR yang dilaksanakan selama ini. Ia diberikan kepada:

  • Murid Berkeperluan Khas (MBK) di SMKPK/SMPKV/SKPK dan PPKI.
  • Murid tingkatan 6 semester 2 dan IBD Tahun 2.
  • Murid sekolah asrama sepenuhnya – Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SABK Berasrama Penuh, Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Malaysia.
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa – IGSCE O-Level, A Level, Australia Higher School Certificate & IBDP.
  • Murid prasekolah/tadika swasta/pusat perkembangan minda (4-6 tahun)
  • Sekolah kurang murid (kurang dari 150 murid)

*

Datuk Radzi juga mengingatkan bahawa semua sekolah di negeri Fasa Satu perlu meneruskan sistem PdPR dan masih tidak dibenarkan pulang ke sekolah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI