Tidak lama lagi bakal bergelar suami kepada Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut bersedia memikul tanggungjawab sebagai figura bapa kepada dua cahaya mata bakal isterinya.

Menurut Syed Saddiq, persediaan menuju alam rumah tangga bukan hanya tertumpu kepada kehidupan sebagai pasangan suami isteri, sebaliknya turut melibatkan perancangan masa depan keluarga termasuk aspek pendidikan dan keperluan anak-anak.

Sejak Tahun Lalu Timba Ilmu Kekeluargaan, Syed Saddiq Sedia Jadi ‘Ayah’ Kepada Anak Bella Astillah

Bincang Masa Depan Sejak Awal

Jelasnya, perkara tersebut sudah dibincangkan bersama Bella sejak awal sebagai langkah untuk memastikan mereka mempunyai persefahaman yang baik dalam membina kehidupan berkeluarga.

“Bila kita pergi kursus perkahwinan pun, kita sudah ditaklimatkan dan dididik mengenai tanggungjawab seorang lelaki, suami dan bapa.

“Perkara itu adalah perkara hakiki tetapi bukan sekadar hakiki. Tentunya kita nak buat yang terbaik, bukan sekadar bare minimum.

Sejak Tahun Lalu Timba Ilmu Kekeluargaan, Syed Saddiq Sedia Jadi ‘Ayah’ Kepada Anak Bella Astillah

“Ini semua perkara yang sudah saya bincangkan dengan bakal isteri saya, Bella. Bukan setakat nafkah batin dan zahir, tetapi banyak lagi seperti kos pendidikan anak dan masa depan anak-anak. Semua ini sejujurnya sudah dibincangkan dari awal,” katanya.

Komunikasi Jadi Asas Rumah Tangga

Dalam pada itu, Syed Saddiq melihat komunikasi dan perbincangan secara terbuka sebagai antara perkara penting dalam memastikan sesebuah rumah tangga dapat dibina dengan kukuh.

Ads

Baginya, perbincangan mengenai pelbagai perkara sejak awal juga boleh membantu pasangan memahami tanggungjawab masing-masing serta mengurangkan risiko berdepan konflik pada masa hadapan.

“Bagi saya, ia penting untuk kita mengelakkan krisis rumah tangga dengan membuat perbincangan awal dalam situasi yang harmoni.

“Sebab itu saya rasa ia bukan satu beban kerana ia merupakan aset. Insya-Allah, lebih banyak saya laburkan masa dan tenaga dalam keluarga, lebih banyak pintu rezeki akan dibuka,” ujarnya.

Sejak Tahun Lalu Timba Ilmu Kekeluargaan, Syed Saddiq Sedia Jadi ‘Ayah’ Kepada Anak Bella Astillah

Rajin Timba Ilmu Sebelum Bergelar Bapa

Bukan sekadar berbincang, Syed Saddiq turut mengambil inisiatif mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan kehidupan berkeluarga.

Ads

Katanya, dia sudah mula membaca buku mengenai kekeluargaan sejak tahun lalu selain mendapatkan pandangan daripada individu yang dianggap berjaya bukan sahaja dalam kerjaya, malah dalam kehidupan rumah tangga.

“Tidak ada kesempurnaan. Sejak akhir tahun lalu, kami sudah berbincang untuk memulakan rumah tangga dan memang tidak putus-putus membaca buku berkaitan kekeluargaan.

Sejak Tahun Lalu Timba Ilmu Kekeluargaan, Syed Saddiq Sedia Jadi ‘Ayah’ Kepada Anak Bella Astillah

“Saya belajar bagaimana hendak menjadi ayah dan ibu bapa yang baik. Saya juga berjumpa dengan banyak figura dan tokoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, tetapi lebih penting berjaya menguruskan rumah tangga.

“Anak-anak mereka berpendidikan tinggi dan berbudi bahasa. Saya banyak menimba pengalaman daripada mereka untuk dikongsikan bersama keluarga baharu ini.

Ads

“Saya cuma harap walaupun dapat belajar satu peratus daripada mereka, itu pun sudah menjadi satu nikmat yang sangat besar,” kongsinya.

Bakal Disatukan 10 Oktober Ini

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella, 32, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.

Sejak Tahun Lalu Timba Ilmu Kekeluargaan, Syed Saddiq Sedia Jadi ‘Ayah’ Kepada Anak Bella Astillah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads