Hampir 60% daripada kandungan badan manusia terdiri daripada air. Justeru, cara pengambilan air harian merupakan langkah pertama ke arah gaya hidup yang lebih sihat, ceria dan bertenaga.
Foto Via Pexels
Sebagai penggemar minuman air mineral, pastinya korang sedar akan kewujudan jenama air mineral mewah; Evian yang sering diminum oleh para selebriti tempatan dan golongan VIP.
Pada harga RM4.50 bagi pembelian sebotol kecil air mineral Evian, ia mungkin kedengaran agak mahal bagi kebanyakan daripada kita. Namun, mahalnya bukan sebarang mahal. Ada beberapa sebab yang membuatkan harga mencecah tiga ke empat kali ganda daripada air mineral biasa.
1. Pengiktirafan dari segi kesihatan dan kesedaran jenama (brand awarness)
Evian tidak lokek untuk melabur bajet yang besar demi pemasaran pengiktirafan kesihatannya di pelbagai kejohanan sukan antarabangsa. Sebagai contoh di kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon, Evian ialah penaja rasmi air yang diminum oleh para atlet dan mereka yang terlibat.
Ads
2. Dari Perancis ke Malaysia
Evian berasal dari wilayah tenggara Perancis yang dikenali sebagai Rhone-Alpes. Kos mengedarkan stok air mineral mereka saja sudah menjadi salah satu punca kepada harganya yang lebih mahal kerana perlu meliputi kos pengedaran global dari benua Eropah ke negara-negara di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia.
3. Botol dari bahan mudah dikitar semula
Ads
Menurut laman web rasmi mereka, sebotol jenama Evian diperbuat daripada bahan yang dipanggil polyethylene terephthalate (PET) dan ia melalui proses pembuatan yang kompleks. Kosnya juga agak mahal demi menghasilkan botol berkualiti 100% rPET daripada bahan yang mudah dikitar semula.
Proses ini sendiri memerlukan ujian meluas untuk memastikan botol minuman Evian selamat digunakan.
4. Baik untuk tulang, jantung dan mampu menurunkan berat badan
Air mineral Evian terbukti kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium. Kalsium memastikan tulang seseorang kuat, peredaran jantung yang lebih baik dan membantu menurunkan berat badan.
Ads
Jadi, tidak hairanlah harganya mahal kerana ia bukan sahaja bertujuan untuk menghilangkan dahaga tetapi juga membantu tubuh korang menjadi lebih sihat.
*
Sekarang barulah kita faham air mineral jenama Evian ini lebih mahal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan privasi, tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Vivy mengakui banyak penambahbaikan dalam hidupnya selepas mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
Selain itu, usahawan berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dilaporkan terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Namun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
Nampak kecil usaha yang diberikan oleh penduduk di Gaza ini. Namun ia amat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia.
Khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 semalam, penduduk di sana khabarnya telah menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakn sebagai simbol penghargaan kepada sumbangan dan peranan Malaysia dalam usaha membebaskan negara Palestin daripada pendudukan Israel secara haram.
Dalam foto yang dimuat naik oleh pengerusi Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) iaitu Muslim Imran itu, ia menampakkan sebuah papan tanda jalan dinaikkan di Bulatan Ansar, Gaza demi menamakan jalan di barat Gaza itu sebagai Malaysia Street.
Ini merupakan terjemahan catatan yang tertulis pada papan tanda tersebut.
“Malaysia : Ia merupakan salah sebuag negara Asia Tenggara yang telah mencapai kemerdekaanny daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957, dan ibu negaranya ialah Kuala Lumpur.
“Malaysia mempunyai peranan pentin dalam menyokong perihal berkaitan rakyat Palestin. Ia sering meminta agar penjajahan Israel dihentikan dan inginkan hak penduudk Palestin dikembalikan. Ia juga menentang normalisasi pendudukan Israel.”
سلامت هاري ميرديكا مليسيا ، إخلاص داري غزة- فلسطين!
Gaza Municipality names a road in the western district of Gaza city as “Malaysia Street” in commemoration of Malaysia’s independence today. #Merdeka1957
🇲🇾❤️🇵🇸 pic.twitter.com/gKgO5fFbbi
Untuk pengetahuan, Malaysia secara tegas tidak mengiktiraf pembentukan negara bernama Israel hasil rampasan tanah haram daripada rakyat Palestin. Malaysia juga tidak bersedia untuk menimbang usul jalinan hubungan rasmi atau diplomatik dengan Israel selagi rejim itu tidak mengubah dasarnya dan mengiktiraf kemerdekaan Palestin.
Hanya sekiranya dasar aperteid ke atas Palestin dan rakyatnya dihentikan selama-lamanya, barulah mungkin Malaysia terbuka untuk berbincang. Namun melihatkan keapda keadaan semasa dan pelbagai pelanggaran perjanjian yang pernah dilakukan Israel sebaik saja mereka mengumumkan genjata senjata, harapan itu mungkin tidak akan terjadi dalam masa terdekat.
Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Di saat rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk menyeberangi sempadan negara, nampaknya kita terpaksa melihat saja foto-foto menarik yang diambil oleh remaja di negara jiran, Singapura di sebuah tarikan baru di sana.
Perkenalkan, muzium AISKRIM di Dempsey yang akan mula dibuka pada Ogos ini. Walaupun bergelar muzium, tapi korang tak akan bosan bila berada di lokasi ini kerana korang tidak akan menemukan sebarang pameran atau susunan barang-barang antik atau artifak.
Sebaliknya yang ada di Muzium Aiskrim tersebut adalah permainan dan hiasan moden bertemakan warna pink dan warna-warni pelangi, serta sangat cantik untuk dijadikan sebagai background bergambar di Instagram!
Muzium Aiskrim seluas 60,000 kaki persegi itu mempunyai 14 tarikan utama yang disediakan khas untuk para pengunjung terutama golongan kanak-kanak.
Antara yang menarik adalah ‘hutan’ yang diisi dengan 10,000 pisang dan kolam taburan hiasan aiskrim berwarna-warni yang terbesar setakat ini.
Kapasiti muzium tersebut boleh memuatkan maksimum 200 pengunjung pada satu-satu masa. Muzium yang mula ditubuhkan di New York pada tahun 2016 ini sering mendapat sambutan hangat daripada pengunjung apabila tiketnya habis terjual dengan sangat cepat di Los Angeles,San Francisco dan Miami.
Sama keadaannya di Singapura, walaupun muzium itu hanya mula dibuka 2 bulan lagi namun tiketnya telah habis terjual dalam tempoh hanya 48 jam, menerusi tempahan secara online di laman web muzium berkenaan.
Tiket dijual bermula dari $38 atau RM118 seorang di laman web ini. Muzium Aiskrim ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 9 malam pada hari Khamis hingga Ahad.
Tak sabarnya nak melihat muzium aiskrim pertama yang dibuka di luar Amerika Syarikat ini!Harap-haraplah rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyeberang sempadan tak lama lagi.
Sumber: The Straits Times & Kredit Gambar: MUSEUM OF ICE CREAM SG
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!