Baru-baru ini, nama Malaysia sekali lagi bergema di pentas antarabangsa apabila jurugambar tempatan, Yuji Haikal, berjaya meraih gelaran naib juara dalam kategori Portraiture di Anugerah Foto Antarabangsa Xposure (XIPA) yang berlangsung di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, malah menjadi simbol kemampuan anak tempatan menembusi persaingan global melalui seni visual.
Memetik laporan Astro Awani, Yuji atau nama sebenarnya Syed Muhammad Haikal Syed Mahbar (41), berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok terbaik daripada lebih 29,000 penyertaan seluruh dunia menerusi karya berjudul ‘Lost In Translation’. Lebih membanggakan, pendekatan fotografi jalanan yang sering dianggap ‘underground’ ini terbukti mampu berdiri sama tinggi dengan karya bertaraf antarabangsa.
“Perasaan seperti tidak percaya dan dalam masa yang sama rasa berbangga,” katanya.
Menurut Yuji, kejayaan tersebut membuktikan fotografi jalanan turut mempunyai nilai seni dan naratif untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Beliau juga sempat menjelaskan karya berkenaan yang merakam seorang gadis pelarian dari Rusia berdiri di sebalik cermin sebuah kedai serbaneka ketika konflik Rusia–Ukraine memuncak.
Ads
“Tanpa arah tuju yang pasti, kehidupannya seolah-olah terperangkap di dalam cermin,” jelasnya menggambarkan simbolik kehidupan individu yang tersepit dalam konflik geopolitik.
Pada masa yang sama, kemenangan ini turut melayakkan Yuji membawa pulang wang tunai AS$1,500 atau kira-kira RM6,000, selain karyanya dipamerkan di Hall of Fame Xposure Festival. Sepanjang sembilan hari festival berlangsung, semua kos penginapan dan penerbangan turut ditanggung pihak penganjur sebagai penghargaan kepada para pemenang.
Ads
Di samping itu, dalam kategori yang sama, tempat pertama dimenangi jurugambar dari Myanmar, Aung Kyaw Zaw, yang menewaskan lima peserta lain di peringkat akhir. Anugerah ini dinilai oleh barisan juri antarabangsa berprofil tinggi termasuk Muhammad Muheisein, Essdras M. Suarez dan Giles Clarke, sekaligus mengukuhkan kredibiliti kemenangan tersebut.
Ads
Sekadar info, kejayaan Yuji hadir seiring dengan kerjayanya sebagai pelatih teknologi maklumat (IT), membuktikan minat dan kerjaya profesional boleh berjalan seiring. Terdahulu, beliau pernah mencipta sejarah di Athens, Greece pada 2024 apabila dinobatkan sebagai Book Photographer of the Year pada International Photography Awards (IPA) ke-21 menerusi buku Why Aren’t You Taking Photos Anymore?.
Susulan itu, kisah Yuji Haikal juga menjadi bukti bahawa keberanian untuk mencuba dan konsisten berkarya mampu membuka peluang tanpa sempadan. Dengan kepercayaan terhadap hasil sendiri serta kesungguhan untuk terus melangkah, anak Malaysia mampu mencorakkan nama di peta dunia melalui apa jua bidang yang diceburi.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kajian tersebut, penyelidik di Florida State University mengarahkan seramai 51 orang pelajar untuk mencuci pinggan mangkuk.
Namun sebelum mereka memulakannya, separuh daripada jumlah pelajar diminta untuk membaca satu perenggan panjang mengenai arahan mencuci pinggan manakala sebahagian lagi diminta membaca perenggan yang pendek.
Mereka diminta berbuat demikian untuk melihat adakah seseorang itu akan menumpukan perhatian pada tugas yang diberikan. Dalam kata mudah, ketika mencuci pinggan, seseorang itu akan sepenuhnya sedar dirinya sedang mencuci pinggan dan dapat mengurangkan kadar stres yang mereka hadapi.
“Setelah membaca perenggan tersebut, secara automatik saya terus menjadi diri saya sendiri, sedar akan kehadiran, fikiran dan tindakan saya,” kata salah seorang daripada mereka.
Fokus individu yang mencuci pinggan terletak pada aroma sabun, suhu air dan sentuhan (pinggan) mengalami peningkatan inspirasi sebanyak 25% dan penurunan rasa gugup dalam diri sebanyak 27%.
Manakala, mereka yang tidak mencuci pinggan tidak mendapat manfaat sama sekali daripada tugas yang dilakukan.
Hasil kajian tersebut mendapati, seseorang individu dapat mengurangkan tekanan hanya dengan melakukan pelbagai aktiviti harian yang umum tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk merawat tekanan dan kemurungan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pixels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah air yang berlaku di kawasan Lembah Klang seakan tiada kesudahannya kerana hampir sahaja setiap beberapa bulan pasti mengalami gangguan bekalan air.
Terbaru, sebanyak 89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah alam dikatakan akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac dan 6 April depan.
Fuh, boleh tahan lama juga tu!
Ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual untuk beberapa asset utama Air Selangor tahun ini. Antara kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip air baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam.
Gambar hiasan
Berikut kami senaraikan antara 8 kawasan yang bakal mengalami gangguan air.
Wilayah Petaling
1. Pinggiran USJ 3 pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
2. Taman Perindustrian Sime UEP 7 (TP 7) pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
3. Pinggiran USJ pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
4. USJ 3 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
5. USJ Height pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
Wilayah Klang
1. Bandar Putera pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
2. Bandar Putera Height pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)3) Bukit Naga pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
3. Desa Latania (Seksyen 36) pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
4. Jalan Bukit Rimau pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
5. Jalan Bukit Rimau pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
6. Jalan Samarinda pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
7. Kampung Bukit Lanchong pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
8. Kampung Kebun Bunga pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
9. Kampung Sungai Kandis pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
10. Pinggiran Subang USJ 3 pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
11. Taman Kandis Permai pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
12. Taman Maznah Klang pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
13. Taman Sentosa pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
14. Taman Subang Mas pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
Wilayah Shah Alam
1. Seksyen 22 pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
2. Seksyen 25 pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
3. Seksyen 26 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
4. Seksyen 27 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
5. Seksyen 28 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
6. Seksyen 29 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
7. Seksyen 30 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
8. Seksyen 32 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
9. Seksyen 33 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
10. Seksyen 34 pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
11. Taman Batu Tiga pulih sepenuhnya pada (31/3/2021, 9.00 malam)
12. Taman Desa Kemuning pulih sepenuhnya pada (1/4/2021, 9.00 pagi)
Gambar hiasan
Berikut merupakan senarai kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penggantian injap di Jajaran Paip Air Mentah dari Empangan Klang Gates.
Kawasan ini akan bermula pada 6 April 2021, jam 9 pagi hingga 9 April 2021, 5 pagi (68 jam)
Wilayah Gombak
1. Bukit Wangsamas pulih sepenuhnya pada ( 8/4/2021, 5.00 pagi)
2. Dataran Wangsa pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
3. KLSC Wangsa Maju pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
4. Taman Keramat AU4 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
5. Taman Wangsa Jaya pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
6. Wangsa Maju Seksyen 1 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
7. Wangsa Maju Seksyen 2 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
8. Wangsa Maju Seksyen 4 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
9. Wangsa Maju Seksyen 5 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
10. Wangsa Maju Seksyen 6 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
11. Wangsa Maju Seksyen 10 pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
12. Wangsa Melawati pulih sepenuhnya pada (8/4/2021, 5.00 pagi)
Wilayah Kuala Lumpur
1. Apartment Putra Ria pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
2. Brickfields pulih sepenuhnya pada 8/4/2021, 5.00 pagi
3. Bukit Bandaraya pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
4. Bukit Bangsar pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
5. Bukit Bintang pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
6. Bukit Ceylon pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
7. Bukit Persekutuan pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
8. Bukit Tunku pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
9. Chow Kit pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
10. Damansara Height pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
11. Dang Wangi & Capsquare pulih sepenuhnya pada 8/4/2021, 5.00 pagi
12. Hampshire Park pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
13. Idamansara pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
14. Imbi pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
15. Jalan Raja Laut pulih sepenuhnya pada 8/4/2021, 5.00 pagi
16. Jalan Sultan Hishamuddin pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
17. Jalan Travers pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
18. Jln Tuanku Abdul Rahman pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
19. Kampung Attap pulih sepenuhnya pada 8/4/2021, 5.00 pagi
20. Kampung Baru pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
21. Kampung Datuk Keramat pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
22. Kampung Padang Merbok pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
23. Kementah pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
24. Kuala Lumpur City Center 1 pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
25. Kuala Lumpur City Center 2 pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
26. Kuala Lumpur City Center 4 pulih sepenuhnya pada 8/4/2021, 5.00 pagi
27. Medan Tuanku pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
Wilayah Kuala Lumpur
28. Parlimen pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
29. Persiaran Sultan Salahuddin pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
30. Persiaran Tuanku Ja’afar pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
31. Pudu pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
32. Pulapol pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
33. Semantan pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
34. Taman Bandaraya pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
35. Taman Bangsar pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
36. Taman Bangsar Baru pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
37. Taman Damansara Endah pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
38. Taman Dato Ahmad Razali pulih sepenuhnya pada 8/4/2021, 5.00 pagi
39. Taman Duta pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
40. Taman Lucky pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
41. Taman Putra Sulaiman pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
42. Taman SA (Bangsar) pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
43. Taman SA (Damansara) pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
44. Tasik Perdana pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
45. Tijani pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
46. Titiwangsa Sentral pulih sepenuhnya pada 9/4/2021, 5.00 pagi
Gambar hiasan
Jika kawasan tempat tinggal korang termasuk dalam senarai tersebut, cepat-cepatlah buat persediaan apa yang patut ya.
Sama-samalah kita berdoa agar bulan Ramadan nanti tiada gangguan bekalan air lagi.
Tidak keterlaluan rasanya untuk meletakkan Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar sebagai salah seorang pelakon pelapis tempatan yang sedang kencang mengorak langkah di haluan yang tepat untuk satu hari nanti bergelar ikon dunia lakonan serantau.
Nadhir, 27 tidak gentar mencabar dirinya untuk membawakan watak-watak yang bervariasi. Adakala dia menjadi seorang pelajar sekolah, kemudian beralih ke watak seorang suami ‘kaki dera’ dan tidak kurang pula watak sebagai pendekar Tanah Melayu.
Terbaru, Nadhir diberikan kepercayaan untuk membawakan watak utama sebagai seorang guru dalam drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi. Diadaptasi daripada drama popular Jepun berjudul Mr. Hiragii’s Homeroom, ia mengisahkan tentang Hiragi (Nadhir) yang menjadi 19 orang pelajar kelas 5A sebagai tebusan bagi menyelesaikan kemusykilan di sebalik kematian salah seorang rakan kelas mereka.
Teraju utama drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Nadhir Nasar.
Ibarat Abang Kepada Junior Hero Remaja dan Dewi Remaja
Seperkara lagi yang membuatkan drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi istimewa di hati penonton adalah disebabkan kemunculan begitu ramai pelakon baharu yang rata-rata merupakan bekas peserta pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja.
Ibarat abang kepada junior-juniornya itu, Nadhir menyambut baik kehadiran mereka semua ke dalam set penggambaran yang sama. Tambahan pula, ini merupakan pengalaman sulung kebanyakan daripada mereka untuk berlakon dalam sebuah drama televisyen berskala besar seperti ini.
“I like it, I love it! Dewi-Dewi dan Hero-Hero baru yang turut sama membintangi drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini memberikan 100 peratus komitmen mereka. Saya rasakan merekalah muka-muka yang akan memenuhi industri, insyaAllah pada masa akan datang. Kehadiran mereka jugalah antara salah satu faktor utama saya ingin sertai projek drama ini.
“ ‘Pelajar-pelajar’ saya ini… saya memang sukakan mereka. Fokus yang mereka berikan sepanjang penggambaran menampakkan mereka benar-benar serius untuk berada dalam industri seni bagi jangka masa yang lama. Saya juga pernah berada di tempat mereka semasa baru ingin menapak sebagai pelakon baru dan sekarang, tiba masa mereka pula,” maklum Nadhir.
Biarpun secara relatifnya, Nadhir juga merupakan seorang pelakon dan pengarah baharu di Malaysia, status ‘senioriti’ yang dimilikinya berbanding pelakon lain seperti Aiman Ameer, Evertts Gomes, Razin Qidran dan Hakim Khan daripada Hero Remaja 2023 serta Nurel Baharin, Arabella Ellen, Azqa Aziz, Cora Waybin, Qist Rania dan Amira Rafik daripada Dewi Remaja 2023 bukanlah sesuatu yang dibangga-banggakan oleh Nadhir.
Sebaliknya, anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini merasakan peluang untuk menimba ilmu berdasarkan pengalaman yang ada pada setiap para pelakon dalam mana-mana set penggambaran adalah sesuatu yang berharga tidak kiralah sama ada mereka senior ataupun junior.
“Saya percaya saya boleh belajar sesuatu yang baru daripada junior saya ini dan mereka juga boleh belajar sesuatu yang bernilai daripada saya. Keberadaan saya dalam industri ini bukan hanya untuk kepentingan peribadi saya. Sebaliknya, saya juga ingin berkongsi kepada mereka di sekeliling sedikit ilmu yang saya ada.
“We learn some, we share some. Saya sendiri tidak suka melihat muka pelakon sama sahaja yang menghiasi skrin televisyen. Jadi dengan memberi peluang kepada muka-muka baru… well, yang lebih baru daripada saya (ketawa) …setidak-tidaknya industri kita lebih meriah dan berwarna-warni,” simpul Nadhir.
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...