
Penampilan anak kepada pelawak Shuib, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita, mencuri perhatian netizen selepas mengenakan gaun dedah bahu pada sebuah majlis baru-baru ini.
Masih di peringkat awal remaja, pemilihan persalinan berwarna merah jambu itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang berasakan gaun tersebut kurang sesuai dengan usianya yang kini mencecah 13 tahun.

Difahamkan, Thalita mengenakan busana tersebut ketika menghadiri majlis gender reveal kandungan ibu tirinya, Watie Hanifiah, yang berlangsung di sebuah gelanggang acara di Gombak.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak selain teman rapat serta rakan selebriti seperti Fasha Sandha dan Sharifah Shahirah.
Pada acara itu, Thalita turut menghiburkan para tetamu dengan mendendangkan beberapa buah lagu, sekali gus meraih pujian ramai atas bakat nyanyian yang dimilikinya.

Namun begitu, di sebalik pujian yang diterima, terdapat segelintir netizen yang menitipkan nasihat di ruangan komen agar Shuib dan Watie lebih cakna dalam pemilihan pakaian buat remaja sepertinya, dengan menyifatkan persalinan tersebut sebagai kurang manis.
Setakat ini, baik Shuib mahupun Watie dilihat belum memberikan sebarang maklum balas berhubung teguran yang dilontarkan oleh netizen tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IGmakeupbyaqielahm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Korang Kena Ambil Travel Insurans Kalau Pergi Bercuti

Kalau bercakap soal percutian, rasanya semua orang pun excited sebab siapa je yang tak suka berjalan kan? Tak kisahlah dalam atau luar negara, kalau ada peluang dan rezeki memang atleast setahun sekali korang kena pergi travel.
Bukan saja dapat merehatkan diri, malah korang juga boleh menimba pengalaman baru di tempat orang.
Tiket pesawat dah beli, hotel dah book, tour guide pun dah ada, cuma ramai yang masih kurang kesedaran tentang travel insurans yang sebenarnya penting untuk korang ambil ketika pergi bercuti.
Disebabkan sepanjang percutian tidak pernah berlaku apa-apa, jadi ramai yang menganggap bahawa mengambil insurans semasa travel adalah satu pembaziran.
Guys, malang tidak berbau. Kalau sebelum ni korang rasa semuanya ok, esok lusa kita tak tahu. Bukanlah nak mendoakan perkara yang tidak baik berlaku, tapi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Betul tak?
Seperti yang pernah dikongsi oleh Joe di laman twitternya, jika sebelum ini dia tidak ambil kisah sangat tentang travel insurans, tapi semasa percutiannya di China tahun lepas berlaku rebut taufan. Airport tutup, flight delayed kepada empat hari selepas kejadian.


Jadi, dari situ dia mula sedar bahawa betapa pentingnya travel insurans.
Jom kita baca thread yang telah dikongsi oleh lelaki ini.
Risiko semasa travel
Ada banyak risiko yang boleh dihadapi sepanjang percutian korang dan antaranya adalah seperti berikut:

Contoh coverage travel insurans
Jangan terkejut kalau flight cancel korang boleh dapatkan ganti rugi sebanyak RM50k dan flight delayed minima 2 jam pun dah boleh dapat dalam RM5k.
Berbaloi kan?
Berikut antara coverage yang korang akan dapat melalui travel insurans dan mengikut pakej yang mereka tawarkan.

Cara nak apply?
Korang boleh apply secara online. Mudah je tak sampai 10 minit. Harganya pun tak mahal. Sewaktu Joe ke China, harga travel insurannya tak sampai RM50 pun. Memang berbaloi dengan coverage yang diberikan.

Takaful travel insurance

Ha, korang dah faham kenapa travel insurans tu penting? Harganya pun bukanlah mahal sangat. Tak kisahlah kalau kena bayar sikit asalkan boleh membantu di waktu susah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masa Untuk OOTD Krismas, Lihat 6 Dekor Best Shopping Mall Pilihan Remaja

Musim perayaan pada akhir tahun ini lebih terasa kemeriahannya apabila rata-rata pusat membeli-belah di seluruh negara sedang giat mempersembahkan dekorasi krismas mereka.
Pengunjung terutamanya di kalangan remaja tak melepaskan peluang untuk menyimpan kenangan foto OOTD di dekorasi yang disediakan mereka. Shopping mall yang mana satu menjadi pilihan REMAJA? Jom lihat.
01
CURVE, MUTIARA DAMANSARA

Pastinya ramai akan menyukai Curve pada musim Krismas tahun ini kerana mereka membawakan karakter tercomel iaitu teddy bear. Dengan tema A Beary Merry Christmas, sebuah rumah anak patung memenuhi ruang utama Curve. Korang boleh mengambil foto bersama permainan, karakter teddy bear dan replika kereta santa.

Selain setting yang comel, Curve juga menyediakan persembahan muzikal Merry Beary Musical Christmas featuring karakter beruang bersaiz sebenar menari bersama keseluruhan kru. Ia akan dipersembahkan pada hujung minggu dan hari cuti umum, setiap jam 2 petang dan 5 petang.
.
.
.
02
IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Ini khas untuk korang yang suka sangat dengan filter glitter di Instagram & Snapchat. Why not korang terus gunakan props yang IOI Putrajaya ini sebagai sebahagian daripada foto OOTD. Dengan tema Sparkle, Shimmer & Shine, ia mempunyai 'istana' kecil di bahagian tengah siap dengan gelongsor untuk kanak-kanak lagi.
Bagi yang menggemari format foto portrait atau yang mempunyai efek bokeh, gunakan bola krismas bergermelapan di laluan tepi untuk efek gambar menarik.

Pada malam sambutan 1 Januari pula, IOI Putrajaya akan menyediakan persembahan bunga api di bahagian luar
.
.
.
03
PARADIGM MALL
Peminat We Bare Bears, this is for you!
Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya kini sedang melancarkan kempen jumlah We Bare Bears paling banyak di pokok krismas. Pada ketinggian 8.3 meter, pokok tersebut mempunyai sejumlah 1,202 patung kecil We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear.

Bukan saja cantik untuk pengunjung mengambil OOTD bersama, malah mereka turut mencatatkan Malaysia Book of Records.
.
.
.
04
PARADIGM JOHOR BAHRU
Rumah terbalik penulis tahu, tetapi pokok Krismas terbalik? Itu memang rare.

Walaupun shopping mall ini boleh dikira sebagai antara yang terbaru di Johor, ia juga tak mahu terlepas daripada mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Record menerusi pokok Krismas yang tertanggung daripada siling daripada formasi terbalik. Pada bahagian lantai pula dipenuhi dengan hiasan karakter We Bare Bears daripada saluran Cartoon Network.

.
.
.
05
PAVILION KUALA LUMPUR

Centre Court popular di Pavilion ini sekali lagi tak mengecewakan apabila ia bertukar wajah menjadi spot OOTD terbaik peminat filem Star Wars.
Dengan kolaborasi daripada Disney, OOTD korang boleh kelihatan seperti di dalam pertarungan intergalactic dengan Millennium Falcon sebagai props di belakang.

.
.
.
06
1 UTAMA
Tak ada bajet nak rasai perayaan Krismas di luar negara?

Tak apa, korang boleh rasainya di 1 Utama. Dengan tema Whimsical Woodlands, 1 Utama meneruskan tradisi 'all out' pada perayaan Krismas dengan props mega berupa pokok krismas di centre court utamanya. Nampaklah macam di hutan Skandinavia gitu..

.
.
Jadi, mana satu yang paling best?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Selebriti Yang Belanja Sakan Untuk Pasangan, Korang Pun Boleh Dengan Bajet Lebih Rendah!

Kalau nak diikutkan, tiada apa pun yang menghairankan selebriti kegemaran korang memuat naik gambar berbelanja.
Kadangkala, selebriti membeli bukannya sebab mereka suka untuk membazir pun. Tetapi ia adalah untuk memenuhi keperluan mereka. Cuma netizen yang melihat gaya hidup membeli mereka itu sebagai satu pembaziran.
Untuk selebriti berstatus single, sememangnya mereka akan membeli barang untuk diri sendiri. Kalau tidak pun, mereka akan membeli untuk ahli keluarga, BFF mahupun untuk peminat mereka (ingat tak Oprah Winfrey?!)
Namun, apabila selebriti sudah berpunya, pastilah segala perbelanjaan dicurahkan kepada girlfriend atau boyfriend masing-masing. Ada juga yang kononnya berbelanja sakan untuk skandal. Opps!
Nak tahu betapa dalamnya cinta selebriti kepada pasangan? Cuba tengok 5 selebriti pilihan REMAJA ini, sakan ke tidak?
==============================
Elfira Belanja Sufian Naik Helikopter
Amboi, tak cukup bawa jalan-jalan naik kereta, Sufian Suhaimi dikejutkan oleh tunangnya, Elfira Loy yang mengajak menaiki helikopter sempena hari jadi Sufiab yang ke-25, tahun ini.
Pada mulanya mereka berdua sekadar breakfast nasi lemak je di Kuala Lumpur. Sekali, Elfira persembahkan chopper ride selama 20 minit untuk mereka berdua saja, bermula dari Tasik Titiwangsa.

Lahirkan Anak, Amyra Dapat Kereta
Besar pengorbanan pelakon, Amyra Rosli yang melahirkan anak sulungnya bersama Amar Baharin pada 15 Oktober 2017. Walaupun sehingga sekarang, pasangan selebriti ini merahsiakan nama bayi mereka (just tell us already!), satu kejadian yang menarik perhatian peminat sehingga like posting tersebut mencecah 185,800 likes adalah apabila Amar menghadiahkan kereta baru kepada Amyra.
Wow! Setiap tahun pun kita sanggup beranak ni hehe..

Aaisyah Rai Birthday Ke-3 Di UK
Okay, ni jeles. Sempena hari lahir ketiga si comel Aaisyah Dhia Rana 1 November lalu, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin telah membawa puteri mereka itu untuk melancong ke London, Paris dan Geneva.
Sebenarnya, hadiah percutian selama 10 hari itu sepatutnya diberikan kepada Aaisyah pada tahun lalu. Namun kerana pada tahun lalu, Che Ta telah disekat daripada ke luar negara kerana isu tunggakan cukai, percutian terpaksa ditunda ke tahun ini. Untunglah dapat pergi Disneyland Paris!

Beberapa Lagi Selebriti Dapat Kereta.
Bukan Amyra Rosli seorang saja, rupanya ramai lagi yang dapat kereta baru! September lalu, pelakon Yana Samsudin dikejutkan oleh suaminya dengan hadiah kereta jenis SUV berwarna putih. Siap diikat riben pink lagi tau!
Khai AF1 juga mempunyai idea yang sama apabila menghadiahkan isterinya, Rosma dengan kereta mewah Audi TT setelah Rosma dilaporkan lama mengidam untuk memiliki model kereta tersebut.

50 Kuntuman Ros Untuk Fattah
Okay, lepas ni penulis boleh pergi check-up kaki. Takut-takut kencing manis pulak sebab mereka ini sweet sangat!
Sempena hari lahir ke 27 Fattah Amin pada September lalu, pasangan skandal are-they-or-are-they-not Fattah iaitu pelakon, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntum ros merah, dessert dan kad ucapan berbentuk heart (OMG!) kepadanya. Mungkin mereka berdua ini sememangnya obses dengan bunga ros apabila Fattah juga pernah memberikan 500 kuntum bunga yang sama kepada Fazura sebagai hadiah hari jadi.
==============================
Sweet ke tidak? Kebanyakan daripada hadiah yang diberi oleh para selebriti memanglah mahal sehingga mencecah ratusan ribu Ringgit. Bunga ros sekarang pun dah mahal tau!
Sebenarnya korang pun boleh menghadiahkan pasangan dengan hadiah dengan bajet yang kureng sikit daripada mereka. REMAJA war-warkan beberapa produk khas keluaran Disember ini yang pastikan akan buatkan pasangan sayang lebih punyalah!

Body Shop Special Edition Festive Fragrance
Dipakejkan dengan gel mandian, sugar scrub, body butter dan krim tangan, korang tak perlu lagi susah-susah nak balut hadiah kerana packaging set daripada Body Shop ini memang dah cantik dah! RM99 untuk setiap perisa.

Fenty Beauty Holiday Collection
Yasss, Rihanna is back! Koleksi mekap yang dijual dengan jumlah terhad ini pasti menjadi favourite pasangan korang yang sukakan glitter. Paling mencuri tumpuan tentulah palet Galaxy Eyeshadow yang memuatkan 14 warna glitter. Bermula dari RM80 hingga RM240

Laneige Pop! Holiday Collection
Jika pasangan sukakan warna-warna ceria pula, koleksi ini memang wajib dimiliki. Ini kerana ia mengandungi pelbagai produk berversi mini seperti Sleeping Mask, Two-Tine Tint Lip Bar, Cushion Blusher dan pembayang mata. Bermula dari RM85 hingga RM165

SK-II Facial Treatment Essence
Khas untuk peminat SK-II, korang perlu gasak pasangan masing-masing untuk menghadiahkan koleksi edisi terhad ‘Change Destiny’ ini. Pilih saja rekaan botol berserta mesej yang korang sukakan. Walaupun sedikit mahal tetapi essence daripada SK-II ini memang diakui berkesan. Bermula dari RM657
innisfree Winter Skin Care Puzzle Collection
Bayangkan pasangan boleh mendapat semua jenis produk penjagaan diri di dalam sebuah kotak? Mereka mesti dah tak ada alasan nak merajuk dengan korang. Koleksi musim percutian daripada jenama Korea Selatan ini menyediakan Green Tea Seed Serum (bestseller!), pupur Black Green Tea Mas, Orchid Enriched Cream (krim anti-penuaan), Green Tea Mineral Mist, dan Green Tea Sleeping Pack). Kalau tak cantik juga ni tak tahulah hehe. RM120
==============================
Bestkan!
Bukanlah bermaksud rasa kasih sayang antara pasangan, adik-beradik, ibu-anak dan kawan akrab itu terletak pada pemberian hadiah. Namun jika pasangan mampu, apa salahnya untuk memanjakan mereka sekali-sekala.
Paling penting, hadiah doa yang ikhlas kepada pasangan wajib diberi; seperti yang dilakukan ibu Neelofa, Datin Kartini kepada anaknya sempena ulang tahun ke 28, awal tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



